Sunday, 7 October 2012

Segmen Mialiana.com - Mari Berpantun

Segmen Mialiana.com - Mari Berpantun


Assalamualaikum.. Dah sedar segmen ni semalam.. Sebab terlalu sibuk kerja dipejabat, memang tak sempat nak kerah otak la balas pantun Kak Mia.. Eraz tak kan terlepas punya segmen Kak Mia.. Kecuali memang Eraz tak tahu la.. hehe.. Salah satu segmen yang sangat menarik untuk korang join.. Berminat? Klik banner di atas.. Harap-harap tak de yang gelak la lepas baca pantun ni.. ;)

Kak Mia jual Pantun : 

Malam-malam pergi kedai nyonya
Kedai jauh naik kereta Waja
Andai Mia ingin bertanya
Apakah nama panggilan manja

Jawab :

Pandu kereta ke restoran Baba & Nyonya
Sambil dengar lagu Jason Mraz
Tak salah Kak Mia bertanya
Panggilan manja saya ialah Eraz

Kak Mia jual Pantun : 

Kepala pening berpinar-pinar
Penat sungguh berlatih yoga
Jangan malu jawablah benar
Adakah bujang atau berkeluarga

Pernah pening berpinar-pinar
Ketika di pejabat sibuk memanjang
Inilah jawapan yang sebenar
Eraz ni bukan berstatus bujang

Kak Mia jual Pantun : 

Langit cerah indah warnanya
Ambil gambar rasa teruja
Ingin juga tahu statusnya
Sedang belajar atau bekerja

Sering bertanya jika tak tahu
Bertanya pula yang penting sahaja
Mungkin ramai yang sudah tahu
Eraz ni sebenarnya sudah bekerja

Kak Mia jual Pantun : 

Buat kopi pekat-pekat
Makan roti dengan tuna
Adakah jauh adakah dekat
Tinggalnya di negeri mana

Laparnya perut sebab belum makan
Dalam kepala terbayang, sedapnya maruku
Johor bukan KL pun bukan
Jawapannya Kelantan, negeri tinggalku

5 comments:

  1. Terima kasih daun sadri
    Sudi membeli pantun ini
    Tersenarai sudah link entri
    Dalam entri segmen ini

    ReplyDelete
  2. pandainya eraz berpantun.. ^_^
    tinggal kelantan rupanya..

    ReplyDelete
  3. waaa terbaik..
    bila lelaki mula brpantun..
    heee~~
    dtg dr segmen yg sme :)

    ReplyDelete
  4. Datang mengunjung melawat tapak,
    Sungguh indah pantun dibeli,
    Follower 3117 meninggalkan jejak,
    Jemput kembali di Laman Norzi,

    Salam ukhwah dari segmen yang sama

    http://norzibeautilicioushouse.blogspot.com/2012/10/segmen-mialianacom-mari-berpantun.html

    ReplyDelete
  5. Terkedek-kedek singgah di sini
    Membaca pantun penuh jawapan
    Menyusun daku sepuluh jari
    Salam perkenalan daku hulurkan..

    http://kelip-kelipancontest.blogspot.com/2012/10/segmen-mialianacom-mari-berpantun.html

    ReplyDelete

Penulis tidak bertanggungjawab atas apa-apa komen yang ditinggalkan oleh pembaca / pengunjung. Semua komen adalah di bawah tanggungjawab mereka. Sila gunakan bahasa yang sopan. Terima kasih.