Friday, 19 October 2012

Scha Al-Yahya Mencuri? Dengar Penjelasan Dari Mulut Scha Sendiri..

Scha Al-Yahya Jawab Tuduhan Mencuri !


Masa dalam flight tadi, terbaca artikel Scha Al-Yahya jelaskan pasal kes tuduhan mencuri baru-baru ni.. Eraz ingat kes ni dah selesai.. Melodi pun dah terjah Scha baru ni rasanya.. Tapi orang masih duk bising-bising pasal ni.. Kadang-kadang fikir, tak logik jugak.. Bagi yang belum tahu, kes ni berikutan Scha Al-Yahya dituduh mencuri pakaian yang bernilai RM2,000 di sebuah gedung pakaian jenama terkenal dan dikatakan telah menjual semula pakaian tersebut di kedai milik mereka..

"Saya pening sebenarnya.. Ada yang mengatakan saya yang mencuri pakaian jenama itu dan ada yang kata Awal yang melakukan perbuatan itu.. Walaupun saya tahu untuk orang mempercayai penjelasan saya sangat sedikit, tetapi saya mahu katakan bahawa saya tidak melakukan perkara terkutuk itu, tidak mungkin.. Perkara ini benar-benar membuatkan saya tertekan kerana nama saya sudah tercalar.." Scha Al-Yahya

Scha lebih berdiam diri sebelum ni sebab ingatkan kes ni akan selesai, tetapi nampaknya bertambah parah.. Scha telah berjumpa dengan pengurusan gedung pakaian itu dan meminta pihak terbabit untuk membuat satu kenyataan khas bagi menjelaskan situasi sebenar..

"Saya siap tanya kepada mereka adakah benar kes kecurian itu berlaku? Tetapi mereka kata, tidak ada.. Kemudian saya meminta pihak gedung berkenaan untuk melakukan sesuatu kerana nama kami sudah tercalar, namun mereka enggan membuat sebarang penjelasan secara formal kerana menganggap tiada sebab untuk mereka berbuat demikian.. Nak buat macam mana, saya hormat keputusan mereka.." Scha Al-Yahya

Alahai la.. Kalau dah jadi artis, macam-macam kes berlaku.. Kadang-kadang melibatkan memalukan family pun ada.. Siapa-siapa nak jadi artis, kenalah betul-betul berhati cekal ya.. Cool!


3 comments:

  1. Rasa macam tak percaya je. Fitnah la nie.

    ReplyDelete
  2. skg ni fitnah tu dah jd perkara biasa..mcm xtaw dosa pahala plak yg wat citer tu

    ReplyDelete

Penulis tidak bertanggungjawab atas apa-apa komen yang ditinggalkan oleh pembaca / pengunjung. Semua komen adalah di bawah tanggungjawab mereka. Sila gunakan bahasa yang sopan. Terima kasih.