Friday, 5 October 2012

Noraniza Idris Dipenjara 80 Hari!

Noraniza Idris Dipenjara 80 Hari!


Bila terpandang je tajuk tu, terus buka link berkenaan dan baca berita yang sebenarnya.. Mesti ramai yang terfikir Noraniza Idris yang dimaksudkan oleh berita tu ialah penyanyi popular Malaysia tu.. Tapi sebenarnya, inilah kes yang betul.. Terpadaya sudah aku! Haha.. 

SHAH ALAM 4 Okt. - Seorang bekas pegawai akaun, Noraniza Idris dihukum penjara 80 hari dan diperintah membayar pampasan RM40,000 kepada bekas majikannya oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini setelah mengaku bersalah melakukan pecah amanah antara Julai dan September tahun lalu.

Noraniza, 25, yang hamil tiga bulan mengaku menyalahgunakan wang RM60,651 milik syarikat perkhidmatan penghantaran logistik, syarikat East West Freight Services Sdn. Bhd. antara 29 Julai dan 7 September tahun lalu di syarikat berkenaan di Pelabuhan Klang.

Tertuduh dilihat menangis teresak-esak apabila Hakim Mat Ghani Abdullah menjelaskan berulang kali tentang hukuman penjara lapan bulan jika dia gagal membayar pampasan tersebut dalam tempoh empat bulan iaitu sehingga 4 Februari tahun depan.

SUMBER


Entri Menarik Lain :

11 comments:

  1. ciss!ingtkn betoi2x artis td..

    ReplyDelete
  2. haha...mesti ramai yg ingatkan noraniza idris yg artis.hehe..

    ReplyDelete
  3. kesian dia...tp tulah..silap diri sendiri

    ReplyDelete
  4. hemmmm...konfem heboh besar lpas nih.

    ReplyDelete
  5. hi eraz,

    thanks join segmen emma :) nanti email kat emma address and full name okay :)

    nurazimah.emma@gmail.com

    http://emmaeema.blogspot.com/2012/10/review-blog.html

    ReplyDelete
  6. Kesian...Pregnant lagi tu...
    Tapi, salah sendiri...

    ReplyDelete
  7. muhasabah diri...

    bayangkan kalau kita ditempatnya...

    ReplyDelete
  8. susah nak baca la tulisan kau

    ReplyDelete

Penulis tidak bertanggungjawab atas apa-apa komen yang ditinggalkan oleh pembaca / pengunjung. Semua komen adalah di bawah tanggungjawab mereka. Sila gunakan bahasa yang sopan. Terima kasih.