Aishwarya Rai Dilantik Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Sebagai Duta Besar Melalui Program UNAIDS Secara Rasmi
Penyakit yang paling digeruni oleh semua manusia di dunia ni.. Penyakit yang tak pasti lagi akan penawarnya.. Ada yang kena akibat perbuatan diri sendiri dan ada juga kes yang dapat penyakit HIV dan AIDS ni dengan cara yang tidak sengaja.. Mintak jauh.. Untuk mewujudkan kesedaran kepada semua orang, satu langkah yang biasa diambil oleh pihak-pihak tertentu ialah melantik duta dikalangan selebriti dunia yang mempunyai pengaruh yang tersendiri..
Terbaru, Aishwarya Rai telah dilantik Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) sebagai duta besar melalui program UNAIDS secara rasmi.. Sebagai duta, beliau bertanggungjawab untuk menyampaikan maklumat berhubung gejala tidak sihat yang boleh mengakibatkan penularan penyakit HIV dan AIDS di kalangan wanita..
"Sebagai seorang ibu, saya prihatin terhadap tahap kesedaran masyarakat berhubung masalah ini.. Sebagai duta, memberikan maklumat dan meningkatkan tahap kesedaran terutamanya kepada wanita dan kanak-kanak kini antara keutamaan saya.." Aishwarya Rai
Sumber : Aiswarya
ada kesedaran
ReplyDelete