Sunday 14 October 2012

Kelantan Umum Cuti 21 Oktober 2012

KELANTAN UMUM CUTI PADA AHAD 21 OKTOBER 2012

Sedia maklum Kelantan berjaya ke Final Piala Malaysia.. Seperti biasa, Kerajaan Kelantan yang memikirkan keselamatan rakyat Kelantan yang akan ke Shah Alam untuk menyokong perlawanan Akhir Piala Malaysia 2012 antara Kelantan dan ATM akan memberi cuti peristiwa kepada semua rakyay Kelantan tak kira perlawanan itu menang atau kalah.. Oleh sebab itu, 21 Oktober 2012, Ahad, diumumkan cuti.. Ini petikan daripada Sinar Harian :

"Kerajaan Negeri Kelantan mengumumkan 21 Oktober ini sebagai cuti peristiwa atas kejayaan The Red Warriors mara ke perlawanan akhir Piala Malaysia musim ini.. Perkara ini diumumkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Belia, Sukan dan NGO negeri, Datuk Abdul Fattah Mahmood pada sidang media di kediaman rasmi Menteri Besar, JKR10 di sini, hari ini.‎​.

"Setelah mendapat persetujuan Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, maka kerajaan negeri bersetuju memberi cuti peristiwa kepada rakyat Kelantan.."

Kita mahu penyokong setia Kelantan pergi dan pulang tidak dalam keadaan tergesa-gesa. Insya-ALLAH, semoga Kelantan dapat membawa pulang Piala Malaysia ke negeri ini sekali lagi," katanya.Final Piala Malaysia Sabtu ini menyaksikan pertemuan Kelantan dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Published with Blogger-droid v2.0.9

3 comments:

  1. wa, bestnya cuti...=)
    semangat eh pergi tengok orang main bola..=p

    ReplyDelete
  2. huwaa..kite org kelantan jugak,tapi tak leh cuti,sebab exam........!!!!

    ReplyDelete

Penulis tidak bertanggungjawab atas apa-apa komen yang ditinggalkan oleh pembaca / pengunjung. Semua komen adalah di bawah tanggungjawab mereka. Sila gunakan bahasa yang sopan. Terima kasih.