Tuesday 16 October 2012

Bila Jiran Tidak Menjaga Kawasan Sendiri

Bila Jiran Tidak Menjaga Kawasan Sendiri


Assalamualaikum dan Selamat Pagi.. Isu ni biasa je sebenarnya.. Tapi jika kita tidak bertindak untuk majukan diri sendiri, perkara ni tak selesai.. Salah satu contohnya ialah apabila jiran kawasan perumahan kita tidak menjaga kawasan masing-masing.. Kadang-kadang sakit juga hati kan..

Mana taknya, kita yang selalu bersihkan longkang rumah kita TETAPI disebabkan jiran kiri kanan tak jaga longkang diaorg, air tetap akan bertakung di dalam longkang depan umah kita.. So penuh dengan sampah bila diaorang tak bersihkan.. Serajin mana pun kita sendiri bersihkan longkang kita, air tu tetap bertakung.. Dan yang lebih buat kita rasa sakit hati bila hujan lebat atau hal-hal sewaktu dengan berlaku, sampah-sampah yang ada di kawasan diaorang bertakung terus ke depan kawasan umah kita sebab longkang kita tak tersumbat dengan sampah.. Aik! Camne tu? Penat la camni.. 

Aku bukan ape, time perlu bersihkan longkang, aku buat.. Buat ape, sebabnya at least, nyamuk tak membiak dengan air bertakung tu dan sampah dalam longkang tak de.. Pernah berlaku dalam dua hari aku berbau busuk giler.. Yang pasti aku dah semak semua kawasan umah aku yang tak de pun haiwan-haiwan mati.. Rasenya kawasan umah aku yang sebelah kiri..

Tapi selepas dua hari, hujan turun then pagi-pagi aku bangun tengok tikus mati yang dah berulat bersemadi mengalir ke depan umah aku.. Giler sakit hati.. Sampai nak muntah aku nak bersihkan! Diaorang tak rase bersalah ke? Camne diaorang leh hidup dengan bau cmtu sedangkan aku sebagai jiran pun leh terhidu bau tu kadang-kadang.. Tapi bila dah beralih ke depan umah kita, terpaksa la aku bersihkan sendiri walaupun benda tu dah banyak hari didepan umah orang lain.. Astagfirullahaladzim.. Sabau je la..

Ini baru satu dua kes yang melibatkan jiran.. Tak larat nak cerita.. Tapi semuanya terletak di atas attitude masing-masing.. Kalau diri sendiri tak berubah dulu, camne la nak jaga kawasan rumah pulak kan.. Fuh!

10 comments:

  1. dh lama tak merasa suasana hidup berjiran...ssh jugak kalau jiran tak boleh nak tolerate..sabar je la

    ReplyDelete
  2. klu dpt jiran yg baik okay la kan..sma la sy juga ada masalah dgn jiran..hmm..pening juga kepala nie..

    ReplyDelete
  3. Hurmm..org mcm ni susah nak ditegur..

    ReplyDelete
  4. kak mia pun baru je gaduh dengan jiran sebelah, pasal sukati dia je letak barang kat belakang rumah. rumah sendiri taknak letak...

    ReplyDelete
  5. thanx smua sbb respon.. ssh nk tegur klu mereka sendiri tak nk berubah.. kesdaran sivik smua tu.. dh la diaorg lbh berusia dr kita.. tapi.. ntah la..

    ReplyDelete
  6. macam ku kenal siapa orang y dimaksudkan. hihihihihi.

    ReplyDelete
  7. jiran yang baik adalah jiran yg bg password wifi...erkk..lari tajuk ke?

    ReplyDelete
  8. hahah En fendy saya sokong ..... susah kalau sesama tak tolerate... kalau masam muka berdosa lak... tapi sebenarnye dalam islam telah termaktub bahawa hidup berjiran (menjaga hati jiran) merupakan salah satu element penting dalam kehidupan .. tu le sendrik mau ingat le ...

    ReplyDelete
  9. rasa nak bom je rumah jiran tu kalau dapat jiran tak kompromi macam tu...

    ReplyDelete
  10. jiran yg tahu hal masing2 la tu kan..

    ReplyDelete

Penulis tidak bertanggungjawab atas apa-apa komen yang ditinggalkan oleh pembaca / pengunjung. Semua komen adalah di bawah tanggungjawab mereka. Sila gunakan bahasa yang sopan. Terima kasih.