Thursday, 27 September 2012

Zed Zaidi | SENIMAN Iktiraf Kejayaan Shila Amzah di Asian Wave Shanghai 2012

Zed Zaidi | SENIMAN Iktiraf Kejayaan Shila Amzah di Asian Wave Shanghai 2012


Zed Zaidi bersuara lagi.. Tetapi kali ini sesuatu yang positif.. Presiden Persatuan Seniman Malaysia (Seniman), Zed Zaidi berbangga dengan pencapaian yang diperoleh Shila Amzah menerusi pertandingan Asian Wave 2012,  berjanji bakal menganjurkan suatu acara yang istimewa khusus untuknya..

"Insya-Allah, saya bersama Seniman memang ada merancang sesuatu untuk mengiktiraf kejayaan Shila.. Mengikut perancangan, sebuah majlis istimewa itu akan diadakan pada bulan November nanti.. Kami akan mengiktiraf Shila sebagai perintis artis muda serta mahu memberikan sumber inspirasi dan motivasi kepada artis yang lain. Ia juga sedikit sebanyak dapat menghargai jasa dan sumbangan Shila pada pertandingan itu.."

"Sebenarnya, artis kita banyak memberikan sumbangan kepada negara.. Bukan hanya ahli sukan saja.. Apabila atlet berjaya di peringkat antarabangsa, pelbagai imbuhan yang diterima mereka.. Lihat saja apa yang diterima Dato' Lee Chong Wei dan seangkatan dengannya.. Tetapi ianya tidak berlaku kepada artis tempatan telah mengharumkan nama negara.. Kementerian ada bagi apa-apa ke? Di sini, saya lihat ada berlakunya sedikit pilih kasih.. Kami seperti dianaktirikan mereka.. Jadi, saya tidak mahu mendiamkan diri saja dan perkara ini perlu diselesaikan dengan segera.. Saya mahu artis kita turut dipandang tinggi masyarakat. Jangan hanya menggunakan artis bila diperlukan saja.."

"Setakat ini, saya belum ada kesempatan untuk memberitahu Shila mengenai hasrat Seniman.. Bagaimanapun, kami telah merancang untuk mengadakan majlis ini di hotel JW Marriot.. Majlis ini juga bersesuai dengan penghijrahan Shila yang sudah berhijab sekaligus mengharumkan nama negara ke peringkat antarabangsa.." Zed Zaidi

Sumber : Murai.com


1 comment:

Penulis tidak bertanggungjawab atas apa-apa komen yang ditinggalkan oleh pembaca / pengunjung. Semua komen adalah di bawah tanggungjawab mereka. Sila gunakan bahasa yang sopan. Terima kasih.