Sunday, 30 September 2012

Siapa Kenal Patung Liberty?

Info / Sejarah Tentang Patung Liberty, New York


Assalamualaikum / Salam Sejahtera,

Mesti ada pembaca yang pelik kenapa Eraz tiba-tiba publish entri pasal Patung Liberty ni kan.. Bukannya apa, ianya sekadar berkongsi info.. Mana la tahu kot-kot info ni diperlukan dalam mana-mana peperiksaan yang melibatkan korang.. Idea ni dah lama timbul.. Tapi hanya sekarang berpeluang publish..

Rupanya Patung Liberty dah lama wujud.. Manr tak nya, kalau siapa-siapa perasan, masa tengok filem Titanic, patung ni ada masa tu.. Titanic kan dah tenggelam lebih 100 tahun.. Sebab tu la Eraz timbul idea nak cari Info Tentang Patung Liberty.. So! Dibawah ada sedikit info yang E'raz boleh sharekan..

Liberty Enlightening the World, lebih dikenali dengan nama Statue of Liberty atau Patung Kebebasan, adalah satu patung berukuran raksasa yang terletak di Pulau Ellis, di muara Sungai Hudson di New York, Amerika Syarikat.. Patung ini dihadiahkan oleh Perancis untuk Amerika Syarikat pada akhir abad ke-19 dan merupakan suatu simbol selamat datang untuk pengunjung, imigran dan orang Amerika yang pulang ke tanah air mereka..

Patung yang diberikan pada 28 Oktober 1886 ini merupakan hadiah seratus tahun kemerdekaan Amerika Syarikat dan merupakan simbol persahabatan antara kedua-dua negara.. Pemahat patung adalah Frederic Auguste Bartholdi, dan Gustave Eiffel (pereka Menara Eiffel) merancang struktur dalamannya.. Patung Liberty adalah salah satu lambang AS yang paling terkenal di seluruh dunia, dan melambangkan kemerdekaan dan kebebasan..

Done! Sekian, terima kasih..


------------------------------------
Nak mintak tolong sikit untuk klik button LIKE photo di Facebook.. Sekejap je masa yang diperlukan.. Button LIKE korang amatlah dihargai.. Terima kasih.. Link photo : http://www.facebook.com/eraz.fadliii/posts/174373302699763 atau klik SINI 

2 comments:

Penulis tidak bertanggungjawab atas apa-apa komen yang ditinggalkan oleh pembaca / pengunjung. Semua komen adalah di bawah tanggungjawab mereka. Sila gunakan bahasa yang sopan. Terima kasih.