Friday, 7 September 2012

Sharnaaz Ahmad Jumpa Suami Noraniza Idris Kerana Panas Baran

Sharnaaz Ahmad Jumpa Suami Noraniza Idris Kerana Panas Baran


Masa baca-baca mStar Online tadi, tertarik dengan tajuk 'Sharnaaz Ahmad Jumpa Suami Noraniza Idris Kerana Panas Baran'.. Sebelum tu baru update cerita Shila Amzah Berjaya ke Final Program 'Asian Wave' di Shanghai.. Sekarang terbaca pulak kisah kekasih dia, Sharnaaz.. Rasanya berita ni satu perkembangan yang sangat baik bagi orang yang berusaha untuk ke arah kebaikan..

Sebenarnya Sharnaaz memberitahu sering berjumpa dengan suami kepada penyanyi Noraniza Idris iaitu Jeffri Hudi untuk mendapatkan nasihat mengenai sikap panas baran yang dihadapinya.. Jeffri sering memberikan tip berguna kepadanya dalam mengurangkan masalah itu.. Sharnaaz kerap berjumpa dengan Jeffri kerana selesa berkawan dengannya yang juga seorang bilal dari Singapura..

"Kadang-kadang perkara yang kecil pun boleh membuatkan saya marah dan saya sendiri hairan dengan perangai saya itu.. Bagaimanapun selepas bertemu abang Jeffri saya mula berubah secara perlahan-lahan.. Dulu saya tidak sedar sikap panas baran saya ini sebenarnya telah banyak memberi rezeki kepada saya kerana sering diberikan watak-watak jahat.. Malah ia juga menjadi satu terapi kepada saya apabila dapat menghilangkan sikap buruk itu dalam bentuk lakonan.."

Komen tentang Shila Amzah, "Shila banyak memberikan sokongan kepada saya walaupun dia tahu saya memang seorang yang panas baran tetapi dia sentiasa berada di sisi saya..”

--------------------------------------------
Kalau korang rasa nak tahu info, boleh la klik entri di bawah ni :
(Entri 1) (GAMBAR) Shila Amzah Berjaya ke Final Program 'Asian Wave' di Shanghai! Tahniah!

1 comment:

Penulis tidak bertanggungjawab atas apa-apa komen yang ditinggalkan oleh pembaca / pengunjung. Semua komen adalah di bawah tanggungjawab mereka. Sila gunakan bahasa yang sopan. Terima kasih.