Sunday, 23 September 2012

Kisah Pesta Kolam Golongan Lesbian, Gay, Biseksual, Transgender (LGBT)

(VIDEO) Kisah  ‘Pool Party’  Golongan Lesbian, Gay, Biseksual, Transgender (LGBT)


Siapa yang membaca Metro Ahad hari ni, mesti akan terbaca berita ni.. Kadang-kadang Eraz tak percaya kes-kes macamni boleh berlaku di Malaysia.. Perkara-perkara macamni la yang boleh buat budak-budak atau kanak-kanak terjebak dengan perkara yang tidak elok atau songsang.. Dibawah ni sedikit berita tentang  ‘Pool Party’ yang telah dianjurkan di Kuala Lumpur yang dilaporkan oleh Metro Ahad 23 September 2012..

Jika sebelum ini negara pernah digemparkan dengan parti kolam atau ‘Pool Party’ yang menggalakkan wanita berbikini sambil berparti liar, sebuah pusat hiburan di sini bertindak lebih berani menganjurkan pesta kolam serupa tapi khusus untuk golongan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT), Ahad lalu.. Parti liar yang diadakan secara percuma kepada pengunjung itu dinamakan ‘Rainbow Party’ atau Parti Pelangi, dan pemilihan simbol pelangi memang sinonim dengan golongan LGBT..

Selepas mendapat maklumat daripada sebuah laman sosial dan berdasarkan siasatan daripada kunjungan pertama, wartawan Metro Ahad menyamar sebagai pelanggan dan memasuki pusat hiburan berkenaan untuk melihat dengan lebih dekat bagaimana parti itu berlangsung.. Terbukti, parti liar yang bermula seawal jam 4 petang sehingga lewat pagi itu cukup meriah, lebih-lebih lagi dengan tarikan pertunjukan parti bikini yang disajikan kepada pengunjung..

Berikut adalah VIDEO yang berjaya wartawan Metro Ahad jadikan bukti :


3 comments:

Penulis tidak bertanggungjawab atas apa-apa komen yang ditinggalkan oleh pembaca / pengunjung. Semua komen adalah di bawah tanggungjawab mereka. Sila gunakan bahasa yang sopan. Terima kasih.