Kisah : Kerana Nafsu, Pasangan Gay Dicekup !
Akhbar mesti biasa melaporkan berita tentang pasangan ditangkap KHALWAT kan.. Tapi Harian Metro hari ni melaporkan pasangan Gay pulak di tangkap 'khalwat'! Adoi dunia sekarang.. Berita macam ni sebenarnya dipaparkan untuk memberi iktibar kepada semua yang mungkin terlibat.. So! Fikir-fikirkan..
Jom baca sikit berita tentang kes pasangan Gay dicekup ni.. Aksi dua lelaki homoseksual yang asyik melepaskan gelora nafsu songsang mereka di kawasan rekreasi Taman Gelora, terbantut apabila mereka dicekup penduduk tempatan yang melakukan rondaan bagi mencegah perlakuan itu, awal pagi kelmarin..
Seorang daripada penduduk terbabit berkata, dua remaja lelaki berusia 19 dan 20 tahun itu dicekup jam 2 pagi selepas intipan dilakukan 15 minit.. Menurutnya, penduduk kawasan perumahan berhampiran Taman Gelora kerap melakukan rondaan untuk mencekup pasangan homoseksual selepas tidak sanggup melihat taman rekreasi itu menjadi lubuk maksiat golongan terbabit..
Penduduk terbabit berkata, ketika dia dan seorang rakan melakukan rondaan awal pagi kelmarin, mereka mengesan aksi mencurigakan dua individu yang dilihat asyik memadu asmara..
Alamak, aksi mereka ni dah 15 minit telah diperhatikan rupanya tanpa mereka sedar.. Fuh! Apa mau kata? Tak nak komen lebih-lebih, cuma nak share berita yang mungkin boleh memberi kesedaran kepada semua.. InsyaAllah..
geli!
ReplyDeleteAduhhhhhhhaiii!!
ReplyDeleteMalu deh
ReplyDelete