Sunday, 16 September 2012

Info Tarikan Taman Tema Legoland Malaysia

Apa Yang Menarik Tentang Taman Tema Legoland Malaysia, Nusajaya Johor? Terjah Senarai Harga Juga..

Info Tarikan Taman Tema Legoland Malaysia

Taman Tema Legoland Malaysia

Mesti ramai yang dah tahu tentang pembukaan Taman Tema Legoland Malaysia yang terletak di Nusajaya, Johor kan.. So semalam, lebih 10,000 orang terjah Taman Tema Legoland pertama di Asia yang dibuka secara rasmi semalam sekali gus menjadikan Johor dan Iskandar Malaysia sebagai antara hab hiburan utama di Asia..

Pembukaan semalam mencetuskan keyakinan ia bakal menjadi daya tarikan baharu pelancongan mengatasi Universal Studios di Singapura.. Sedikit info tentang Legoland, Taman Tema Legoland Malaysia merupakan Legoland keenam di dunia selepas Legoland Billund di Denmark, Legoland Windsor di England, Legoland California dan Legoland Florida di Amerika Syarikat serta Legoland Deutschland di Jerman..

Info Harga Taman Tema Legoland Malaysia
Dewasa : RM 140.00 Seorang
Kanak-Kanak : RM 110.00
(Hari biasa termasuk hujung minggu dan cuti umum)

7 comments:

  1. best...tp tgok hrga..mak aiii..:) mohon buat GA bagi tiket free ni..hahaha

    ReplyDelete
  2. Aku org johor xpernh jejak kaki kat sane pon..huhuhu..wt malu jer..

    ReplyDelete
  3. mahal..tapi kwn cakap berbaloi... sb dia dh pg.... nak tgu aien pg hehe tgulah dah ada ank dua 3 kot hehe

    ReplyDelete
  4. time murah ritu xdpt p.. ne da mahal. kena kmpul duit la dulu

    ReplyDelete
  5. memg nk g sne..tp nk kumpl duit dlu.huhuu

    ReplyDelete
  6. untuk rakyat malaysia rm110 if tak silap..

    ReplyDelete

Penulis tidak bertanggungjawab atas apa-apa komen yang ditinggalkan oleh pembaca / pengunjung. Semua komen adalah di bawah tanggungjawab mereka. Sila gunakan bahasa yang sopan. Terima kasih.