Monday, 17 September 2012

BERITA TERBARU : Kontroversi 'Innocence of Muslims'

Google Malaysia Sekat Klip Video Hina Islam : Kontroversi 'Innocence of Muslims' 

Setakat ni, Eraz belum update lagi tentang Kontroversi 'Innocence of Muslims'.. Tapi terbaca di mStar Online hari ni tentang Google Malaysia Sekat Klip Video Hina Islam.. Terbaru, Google Malaysia menyekat akses laman YouTube klip video kontroversi 'Innocence of Muslims' sebagai respons kepada aduan daripada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC).. Selain Malaysia, video tersebut turut disekat di beberapa negara termasuk Indonesia, India dan Mesir..

MCMC telah menfailkan aduan rasmi kepada Google pada Sabtu berhubung video tersebut.. Pegawai Komunikasi dan Perhubungan Awam Google Malaysia, Zeffri Yusof mengesahkan video tersebut telah disekat di Malaysia..

"Di mana kami telah melancarkan laman Youtube tempatan dan kami diberitahu bahawa sebuah video adalah haram di negara ini, kami akan menyekat akses kepada video tersebut selepas pemeriksaan teliti," katanya pada Isnin.

3 comments:

  1. assalamualaikum eraz...memang geram jika ada yg suka melaga-lagakan sesama bangsa n agama...:)

    ReplyDelete
  2. macam haram je orang yang buat movie nie.

    ReplyDelete

Penulis tidak bertanggungjawab atas apa-apa komen yang ditinggalkan oleh pembaca / pengunjung. Semua komen adalah di bawah tanggungjawab mereka. Sila gunakan bahasa yang sopan. Terima kasih.