Thursday, 9 August 2012

WASPADA : Lelaki Lebih Berisiko Hidap KANSER PAYUDARA

Lelaki Lebih Berisiko Hidap KANSER PAYUDARA

Wahai kaum lelaki, berwaspada la kita..


MUAR: Golongan lelaki di negeri ini perlu membuang perasaan malu dan melakukan pemeriksaan kanser payudara kerana mereka sebenarnya lebih terdedah kepada penyakit itu berbanding wanita.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita dan Keluarga, Kebajikan Masyarakat dan Kesihatan Negeri, Dr Robia Kosai, berkata masih ramai lelaki tidak mengetahui mereka sebenarnya lebih mudah terdedah kepada penyakit berbahaya itu.

Lebih menakutkan, katanya, ia (kanser) lebih sukar dirawat sekiranya seseorang lelaki menghidapnya kerana kekurangan sel berbanding wanita.

Menurutnya, walaupun jumlah lelaki dilaporkan menghidap penyakit itu di negeri itu masih kurang, langkah pencegahan awal seharusnya dilakukan.

“Jumlahnya tidak banyak (pesakit barah payudara lelaki), tetapi ia tidak boleh dipandang ringan dan disebabkan itulah, kami galakkan mereka melakukan pemeriksaan sendiri kerana ia amat berbahaya,” katanya selepas merasmikan program ‘Home Help’ Dijejaki Disayangi serta melancarkan ikon sukarelawan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Johor di Bakri di sini, semalam.

Turut hadir dalam program itu, Pengarah JKM Johor, Khatijah Abdullah dan ikon sukarelawan Johor iaitu pelakon dan pelawak, Abon atau nama sebenarnya Shahrizan Ahmad. - HARIAN METRO

1 comment:

Penulis tidak bertanggungjawab atas apa-apa komen yang ditinggalkan oleh pembaca / pengunjung. Semua komen adalah di bawah tanggungjawab mereka. Sila gunakan bahasa yang sopan. Terima kasih.