Wednesday 15 August 2012

Shila Amzah : Raya 2012 !

Shila Amzah : Raya 2012 ! Bakal Beraya Bersama Shahnaz Ahmad


"Insya-Allah jika tiada aral, Shila sekeluarga akan beraya di kampung mama yang terletak di Banting, Selangor pada raya pertama dan kemudian bertolak ke Perak.. Kami juga merancang untuk singgah ke rumah Sharnaaz di Pulau Pinang, namun tidak pasti lagi pada raya ke berapa kerana saya ada terlibat dengan program raya.."

“Tipulah jika kami tidak pernah membincangkan hubungan kami, namun Sharnaaz sendiri memberi Shila masa memandangkan usia Shila masih lagi muda untuk membawa hubungan kami ke tahap seterusnya.. Apa yang boleh Shila katakan ialah hubungan yang kami jalinkan bukan main-main, sebaliknya kami serius membina hubungan ini.. Namun biarlah masing-masing mengukuhkan karier terlebih dahulu.." kata Shila yang mana masing-masing belum bersedia untuk mengikat hubungan ke peringkat seterusnya..

Bakal Lancar Album Baru : Februari 2013

“Album baru ini bakal memuatkan tujuh lagu yang kesemuanya Shila buat sendiri.. Lagu-lagu ini berkisarkan semua perkara yang berlaku di sekeliling, bukan hanya menceritakan kisah cinta sahaja.. Bukannya saya tidak mahu beri lagu-lagu ciptaan saya, malah saya cukup berbesar hati apabila ada yang minta saya buat lagu untuk mereka.. Tetapi bagilah saya peluang untuk membuktikan lagi bakat penulisan saya dalam album terbaru saya nanti.. Walaupun ramai yang menggemari lagu Patah Seribu, namun saya mahu buktikan dalam album kali ini saya mampu mencipta pelbagai genre lagu.." kata Shila yang kini mempunyai koleksi 50 buah lagu ciptaannya sendiri..

--------------------------------------------

Photoshoot Cover Mag Mingguan Wanita - Sumber : Shila Amzah

2 comments:

  1. selamat hari raya maaf zahir batin bro

    ReplyDelete
  2. alhamdulillah...semoga dipermudahkan urusan beliau..

    ReplyDelete

Penulis tidak bertanggungjawab atas apa-apa komen yang ditinggalkan oleh pembaca / pengunjung. Semua komen adalah di bawah tanggungjawab mereka. Sila gunakan bahasa yang sopan. Terima kasih.