Tuesday, 14 August 2012

Rentetan Berita, 'Datuk Yusof Haslam Tegur Neelofa' : Mereka Ceritakan Kisah Disebalik !

Rentetan Berita, Datuk Yusof Haslam Tegur NeelofaMereka Ceritakan Kisah Disebalik !



Kenyataan Neelofa

"Ramai yang tidak tahu bahawa keluarga saya dan uncle (panggilan buat Yusof) saling kenal mengenali dan kami mempunyai hubungan yang agak rapat.. Selama ini pun saya banyak minta tunjuk ajar daripadanya dan apa saja teguran atau nasihat yang diberi, saya terima kerana dah anggap beliau macam bapa sendiri.. Sebab itu saya selesa memanggilnya uncle.. Rasanya, berita tentang teguran uncle yang dikeluarkan Ahad lalu sengaja diperbesarkan oleh pihak ketiga.."

Neelofa menganggap teguran Datuk Yusof terhadapnya seperti yang disiarkan sebuah akhbar pada Ahad lalu bukanlah satu isu besar sebaliknya ia adalah nasihat daripada bapa kepada seorang anak.. Neelofa berkata dia tidak berkecil hati dengan teguran yang diterima daripada orang yang berpengalaman seperti Yusof, lebih-lebih lagi hubungan mereka akrab seperti sebuah keluarga.

Ahad lalu, sebuah akhbar menerusi ruangan pojok melaporkan teguran Yusof terhadap sikap Neelofa yang dikatakan enggan memberi kerjasama mempromosikan filem Saya Amat Mencintaimu (S.A.M) terbitan Skop Production selain tidak hadir ke pelancaran filem itu.. Dalam artikel tersebut, Neelofa turut dikatakan tidak mengendahkan tawaran watak utama dalam sebuah filem baru terbitan produksi tersebut.

Dalam pada itu, tambah Neelofa, ketiadaannya ketika majlis pelancaran filem S.A.M pada 16 Julai lalu itu bukan sengaja dibuat-buat sebaliknya ketika itu dia berada di tanah suci Mekah menjalani penggambaran drama Kau Yang Terindah..

Kenyataan Datuk Yusof Haslam

"Sebenarnya ia sekadar perbualan biasa antara saya dengan wartawan dan saya tak mahu perkara seperti itu diperbesarkan.. Mengenai teguran tersebut, ia juga bukan niat saya untuk menjatuhkan atau memalukan Neelofa. Saya lihat dia mempunyai potensi besar untuk bergelar bintang.. Apabila dilihat ada beberapa perkara yang tidak kena, saya tegurlah.. Diharap, teguran itu diterima dengan positif. Sebagai orang muda, bukan sahaja Neelofa, sebaliknya semua artis perlu bersikap positif untuk menerima teguran dengan hati terbuka jika hendak berjaya.."

Datuk Yusof Haslam yang dihubungi mStar Online pada Isnin berkata, dia tiada niat mahu memburukkan pelakon itu yang sudah pun dianggap seperti anak sendiri.. Sebaliknya kenyataan tersebut dibuat ketika beliau “berborak kosong” dengan wartawan akhbar berkenaan.

--------------------------------------------

6 comments:

  1. assalamualaikum eraz...biasa la tu teguran membina memang bagus kan...:)

    ReplyDelete
  2. biase la kalau kiter ckp cara penyampaian org lain akan menjadi lain:)

    ReplyDelete
  3. alhamdulillah la tu ada juga orang yang sanggup nak memberi teguran..kiranya masih ada orang yang sayang lagi...

    ReplyDelete
  4. betul tu,nama dh naik elok2 pastu ada wat prob mmg akn jatuh balik so be profesional

    ReplyDelete
  5. myb d. ysuf nk amek jd menantu kod 😁😁

    ReplyDelete

Penulis tidak bertanggungjawab atas apa-apa komen yang ditinggalkan oleh pembaca / pengunjung. Semua komen adalah di bawah tanggungjawab mereka. Sila gunakan bahasa yang sopan. Terima kasih.