Peristiwa Nuzul Al-Quran, Hubungan Dengan Lailatul Qadar Dan Bila, Bagaimana Al-Quran Diturunkan
Peristiwa Nuzul Al-Quran
Peristiwa Nuzul Al-Quran merupakan peristiwa turunnya ayat al-Qur'an yang pertama kepada Nabi Muhammad s.a.w. hingga seterusnya berperingkat-peringkat menjadi lengkap sebagaimana kitab al-Quran yang ada pada hari ini. Peristiwa Nuzul Al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan, tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhammad s.a.w. ketika baginda sedang beribadat di Gua Hira, bersamaan dengan tanggal 6 Ogos 610M. Perkataan "Nuzul" bererti turun atau berpindah dari atas ke bawah. Bila disebut bahawa Al-Quran adalah mukjizat terbesar Nabi SAW maka ianya memberi makna terlalu besar kepada umat Islam terutamanya yang serius memikirkan rahsia al-Quran.
Ayat al-Quran yang mula-mula diturunkan Allah kepada Nabi Muhammad s.a.w. melalui perantaraan Malaikat Jibril ialah lima ayat pertama daripada Surah Al-Alaq.. | SUMBER |
Ingin dapatkan MAKLUMAT tentang Hubungan Lailatul Qadar dan Nuzul al-Quran dan Bila dan Bagaimana Al-Quran Diturunkan? Klik pada ayat tersebut.. Pada tahun 2012, Nuzul Al-Quran jatuh pada 06 Ogos 2012 (ISNIN) / 17 Ramadhan 1433H.. Jika ada info yang silap, mohon dapat korang beritahu.. TQ!
alhamdulillah membaca dan ambil ilmu Nuzul quran...nice entry ni
ReplyDeleteterbaik...
ReplyDelete