Wednesday, 15 August 2012

"Mama Tolong Kak Ngah.. Kak Ngah Sakit.. Kak Ngah Kena Bakar.."

"Mama Tolong Kak Ngah.. Kak Ngah Sakit.. Kak Ngah Kena Bakar.."


Apa perasaan korang bila mendapat panggilan telefon dengan dialog macam tajuk entri di atas? Fuh! Cuba baca statement di bawah ni dulu..
          
“Mama tolong kak ngah. Kak ngah sakit. Kak ngah kena bakar,” rintih seorang remaja perempuan berusia 16 tahun ketika menghubungi ibu angkatnya selepas dipercayai dibakar teman lelakinya di kawasan semak berdekatan Seksyen 1, Wangsa Maju, awal pagi kelmarin.

Kes ni berlaku jam 3.15 pagi.. Mangsa yang keluar bersama teman lelakinya berusia 19 tahun itu disimbah petrol sebelum dibakar menyebabkan terbakar lebih 25 peratus dari muka hingga ke pusatnya dan dilaporkan kritikal.. Bapa mangsa, Mat Zaki Mat Hussin, 45, berkata, anaknya, Nurul Firzanah yang masih bersekolah dalam tingkatan empat itu pergi ke rumah ibu angkatnya dan selepas tiba di sana, dengan kebenaran ibu angkatnya itu dia keluar untuk berjumpa teman lelakinya dipercayai untuk bersahur.

Apa mau kate? Apa-apa pun, same2 kite doakan semoga mangsa akan cepat sembuh.

--------------------------------------------

2 comments:

  1. tak tau nak cakap apa tapi neh laa hakikatnya sekang neh~

    ReplyDelete
  2. yela sedih btol, bajingan laki tu 😡😡😡

    ReplyDelete

Penulis tidak bertanggungjawab atas apa-apa komen yang ditinggalkan oleh pembaca / pengunjung. Semua komen adalah di bawah tanggungjawab mereka. Sila gunakan bahasa yang sopan. Terima kasih.