Thursday, 2 August 2012

Kenapa Manusia Boleh Terapung Di Laut Mati?

Kenapa Manusia Boleh Terapung Di Laut Mati?




Fakta Ringkas :

1. Laut mati merupakan tasik air masin yang terletak di sempadan Jordan dan Tebing Barat (yang kini dijajah makhluk paling laknat, Israel).

2. Tasik ini berukuran 67 km panjang dan 18 km lebar. Cabang sungai utamanya ialah Sungai Jordan.

3. Pantainya berada di kedudukan serendah 418 m di bawah aras laut yang merupakan kedudukan terendah di atas daratan dunia dan juga tasik masin yang terdalam dengan kedalaman 330 m.

4. Disebabkan kedudukannya yang rendah itu, air Laut Mati tidak dapat mengalir ke mana-mana. Sebab itu ia dipanggil Laut mati. Tambahan pula, setiap hari sekitar 7 juta tan air Laut Mati menguap ke udara, menjadikan air laut ini bertambah masin.

5. Airnya mempunyai kemasinan ke-2 tertinggi di dunia selepas Laut Asal di Djibouti dengan kemasinan sebanyak 33.7%. Ini lebih kurang 9 kali lebih masin dari laut biasa!

6. Bandingkan pula dengan kadar garam di dalam tubuh kita yang hanya 1-2%. Maka tak hairanlah kita akan terapung ketika berenang di Laut Mati.

TERIMA KASIH KEPADA BLOGGER dan SUMBER..

1 comment:

  1. laut mati melambangkan kekuasan Allah SWT serta membuktikan kejadian Allah menerbalikkan bumi utk pembalasan kaum Luth. Pasal tu kita akan terapung kerana kita berenang di kawasan dasar laut, pada hakikatnya yg biasa jika dalam keadaan normal akan membuatkan kita karam ke bawah. Wallah'alam..

    ReplyDelete

Penulis tidak bertanggungjawab atas apa-apa komen yang ditinggalkan oleh pembaca / pengunjung. Semua komen adalah di bawah tanggungjawab mereka. Sila gunakan bahasa yang sopan. Terima kasih.