Wednesday, 29 August 2012

Info Tentang Air Mazi

Air Mazi : Najis

Info Tentang Air Mazi

Persoalan ini Eraz petik daripada Harian Metro.. Mungkin ini boleh menjadikan info kepada semua yang musykil.. Ramai juga yang konfius antara Air Mazi dan Air Mani kan.. Jom ikuti Soalan dan Jawapan yang telah dijawab oleh Dr.Abdul Salam Muhammad Shukri, Penolong Profesor Kulliyah Ilmu Kemanusian, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.. Beliau sedia membantu umat Islam yang berhadapan kemusykilan agama..

YANG saya tahu, jika lelaki keluar air mazi, tidak perlu mandi jika hendak menunaikan solat. Adakah wanita juga begitu atau mereka perlu mandi jika hendak bersolat? Bagaimana pula jika ada wanita yang terbaca majalah berkenaan seks rumah tangga sehingga menyebabkan air mazinya keluar. Mohon penjelasan daripada Dr. 

MOHAMAD, Johor

JAWAPAN


HUKUM antara lelaki dan perempuan dalam perkara itu adalah sama. Air mazi dikira najis dan hendaklah dibersihkan sebelum berwuduk dan menunaikan solat. 

Sama ada lelaki dan wanita dikira berada dalam berhadas kecil saja apabila keluar air mazi. Berbanding dengan keluar air mani, kedua-duanya perlu mandi hadas besar.

Fikrah Dr. Salam


--------------------------------------------

2 comments:

Penulis tidak bertanggungjawab atas apa-apa komen yang ditinggalkan oleh pembaca / pengunjung. Semua komen adalah di bawah tanggungjawab mereka. Sila gunakan bahasa yang sopan. Terima kasih.