Friday, 3 August 2012

(GAMBAR) Norman Hakim Sebak Melihat Memey Suhaiza dan Abby Abadi Berpelukan

Norman Hakim Sebak Melihat Memey Suhaiza dan Abby Abadi Berpelukan


"Ketika itu tujuan saya dan Memey ke Shah Alam bertujuan untuk ambil anak-anak saya yang pada waktu itu dengan Abby. Kalau nak ikutkan sejak sekian lama saya dan Abby agak jarang berkomunikasi apatah lagi Memey. Dan apabila sampai di lokasi itu, tiba-tiba Abby menarik tangan Memey dan memeluknya sambil menangis. Saya agak terkejut dan semua senyap seketika. Anak-anak pula menjerit 'yeay! Mummy dan mama dah baik! Terasa macam filem Hindustan pula. Ia adalah satu keajaiban sebenarnya yang penuh bermakna dalam bulan Ramadan ini," cerita Norman ketika dihubungi mStar Online

"Saya ada juga tanya kepada mereka, apa yang membuatkan kedua-duanya kembali berdamai? Mereka cakap ' ini rahsia perempuan'. Apa-apa pun saya bersyukur kepada Ilahi tiada lagi persengketaan antara kami dan yang paling gembira semestinya anak-anak. Anak sulung saya, Danish siap bergurau dan berkata, kalau mama dan papa kahwin, Danish nak jadi pengapit," Tambah Norman lagi..

"Rasa seronok sangat dapat berbuka puasa bersama-sama. Abby dan Memey juga rancak berbual mengenai bayi di dalam kandungan Memey yang berusia dua bulan itu. Selepas itu, Abby telah menghadiahkan sepasang telekung kepada Memey sebelum kami menunaikan sembahyang jemaah Maghrib bersama.."

"Memey pula sangat fleksibel dengan saya. Malah, dengan apa yang telah dilakukannya sekarang ini (berbaik dengan Abby) adalah satu pengorbanan besar sebagai isteri. Bagaimanapun, saya dan Memey ada merancang untuk menunaikan umrah bersama-sama Abby. Itu pun selepas Memey bersalin pada Februari tahun depan," - NORMAN

SUMBER cerita ini Eraz dapatkan di mStar Online.. Alhamdulillah.. Kita sebagai pembaca hanya boleh doakan yang terbaik buat mereka.. Entri ini merupakan rentetan kepada entri (Gambar) Abby Abadi Berbuka Puasa dan Solat Maghrib Bersama Memey Suhaiza, Norman Hakim yang Eraz publishkan semalam..

6 comments:

  1. alhamdulillah....
    semoga tiada lagi persengketaan..... amin...

    ReplyDelete
  2. KALAU BERMADU OK GAK TU.HEHE..APEPUN MOGA MEREKA BAHAGIA..:)

    ReplyDelete
  3. bgus la diorg da bbaik.. tp yg musykilnya.. bkn Abby bukan bini norman ke?? jd mereka bukan muhrim kn.. jd knp boleh peluk2 pula.. err.. bkn Abby da jd alim ke.. sptutnya dia pn taw pasal ni..

    ReplyDelete
  4. assalamualaikum eraz...mudah2an berkekalan hendaknya...:)

    ReplyDelete
  5. haram la peluk bekas bini...apep un alhamdulillah..

    ReplyDelete
  6. Senangnya dalam hati kalau beristeri dua... Seperti dunia ana lah yang punya... Mungkin itu yg dipikirkan oleh Norman.... Hehehe

    ReplyDelete

Penulis tidak bertanggungjawab atas apa-apa komen yang ditinggalkan oleh pembaca / pengunjung. Semua komen adalah di bawah tanggungjawab mereka. Sila gunakan bahasa yang sopan. Terima kasih.