Monday, 6 August 2012

Datuk Lee Chong Wei Kalah Bermaruah

Datuk Lee Chong Wei Kalah Bermaruah : Rentetan Berjaya Menyumbangkan Pingat Perak Untuk Badminton Perseorangan Lelaki ; Olimpik 2012


"Maafkan saya, saya tahu rakyat Malaysia kecewa. Saya sudah melakukan yang terbaik," kata Datuk Lee Chong Wei selepas gagal dalam usahanya untuk memenangi pingat emas Sukan Olimpik selepas tewas buat kali kedua kepada musuh tradisi, Lin Dan pada perlawanan akhir di Arena Wembley, semalam. - UTUSAN MALAYSIA

I'm Sorry

Datuk Lee Chong Wei berkata tiada siapa tahu penderitaan dan pengorbanannya beraksi di Arena Wembley terutama selepas pulih daripada kecederaan buku lali kanan yang dialaminya semasa Piala Thomas pada Mei lalu.

"Saya terpaksa berehat hampir dua bulan selepas kecederaan itu sedangkan Sukan Olimpik semakin hampir. Tekanan bagi mendapatkan emas semakin kuat tetapi kecederaan menghalang saya untuk berlatih," katanya.

Beliau berkata dia hanya mempunyai tempoh dua minggu berlatih sepenuhnya ketika menjalani latihan fasa akhir di University of Bath, dekat sini sebelum beraksi di Arena Wembley.

"Di University of Bath, baru saya dapat berjoging, melakukan latihan di gimnasium dan latihan berat lain. Prestasi ketika itu dapat diterjemahkan bila saya terpaksa bermain di rubber-set ketika menentang pemain tidak ternama, Ville Lang dari Finland dalam perlawanan peringkat Kumpulan A," katanya. Pada perlawanan itu, Chong Wei menang 21-8, 14-21, 21-11. - BERITA HARIAN


Kredit Gambar : Team Malaysia

2 comments:

Penulis tidak bertanggungjawab atas apa-apa komen yang ditinggalkan oleh pembaca / pengunjung. Semua komen adalah di bawah tanggungjawab mereka. Sila gunakan bahasa yang sopan. Terima kasih.