Friday, 31 August 2012

Maksud Disebalik Warna di Bendera Malaysia

Maksud Disebalik Warna di Bendera Malaysia (Jalur Gemilang)

Maksud Disebalik Warna di Bendera Malaysia

Warna Merah pada jalur melambangkan kesanggupan, keberanian, kegagahan dan kegigihan rakyat menghadapi segala cabaran..

Warna Putih melambangkan keluhuran dan keikhlasan..

Warna Biru melambangkan perpaduan hidup yang rukun dan damai..

Warna Kuning melambangkan kesetiaan rakyat kepada Raja dan Negara..

--------------------------------------------

Pencipta Bendera MALAYSIA

Pencipta Bendera MALAYSIA

Sempena hari Kemerdekaan yang ke-55 ni, admin berminat untuk sharekan tentang Pencipta Bendera Malaysia.. Beliau ialah Mohamed bin Hamzah, Bekas kakitangan Jabatan Kerja Raya Johor.. Jom baca kisah beliau yang diceritakan oleh adiknya, Abu Bakar Hamzah..

Pencipta Bendera MALAYSIA

SEMASA hayatnya, Mohamed bin Hamzah merahsiakan beliaulah pencipta Jalur Gemilang, hingga ramai temannya sendiri tidak mengetahui perkara itu.. Hanya selepas kematiannya pada 1993, barulah adik beliau, Abu Bakar Hamzah (gambar), sekarang 73, mendedahkan secara terbuka perihal abangnya itu.

Jalur Gemilang menurutnya, mula dicipta pada 1947 apabila pemerintah masa itu mengadakan pertandingan mereka bendera Persekutuan Tanah Melayu.. Mohamed yang ketika itu berusia 29 tahun tidak mahu melepaskan peluang keemasan tersebut untuk menonjolkan bakat melukisnya.. Bekas kakitangan Jabatan Kerja Raya Johor itu memang berbakat dalam bidang seni lukis dan sanggup menghabiskan masa berjam-jam menyiapkan sesebuah lukisan.. 

“Saya masih ingat Allahyarham yang tamat persekolahan di English College (kini Maktab Sultan Abu Bakar) mengambil masa dua minggu mereka empat lakaran bendera untuk dihantar ke Kuala Lumpur.. Dia tersenyum lebar ketika lakaran bendera diciptanya dipilih dan dipaparkan dalam akhbar-akhbar tempatan,” katanya.

Allahyarham menghembuskan nafas terakhir pada 19 Februari 1993, 14 hari sebelum genap usia 75 tahun di rumah keluarganya di Kampung Melayu Majidee, Johor Bahru.. Allahyarham pernah meminta adiknya Abu Bakar untuk merahsiakan dirinya pencipta Jalur Gemilang dan biarlah masyarakat mengetahuinya sendiri..

Namun setelah meninggal dunia, banyak pihak tidak bertanggungjawab mengaku mencipta Jalur Gemilang membuatkannya tampil bercerita kisah sebenar meskipun memungkiri janji kepada abangnya.. Kini, perkara itu telah terungkai tetapi Abu Bakar masih memendam rasa kecewa berikutan Allahyarham masih belum menerima pengiktirafan sewajarnya.

“Jalur Gemilang sudah sampai ke angkasa lepas malah yang membawanya turut mendapat pengiktirafan tinggi tetapi pencipta bendera bagai dipinggirkan,” katanya.

Ditanya mengenai bangunan terakhir yang direka Allahyarham, Abu Bakar berkata, dia tidak mengingatinya kerana terlalu banyak yang direka bentuk oleh Allahyarham.. Antaranya bangunan Dewan Jubli Intan, Menara Johor. Bagi mengenang jasa abangnya, beliau dan saudara-mara mengadakan kenduri arwah setiap Ogos serta melawat pusaranya di Kebun Teh, Johor Bahru..

Allahyarham mendirikan rumah tangga empat kali dan terakhir bersama Robani Daud. Mereka dikurniakan seorang anak, Mariam serta empat anak angkat; Khadijah, Azizah, Mohd. Ali dan Mohd. Seth.. Bagi Abu Bakar, bendera itu melambangkan kedaulatan negara. Sebab itulah beliau sedih apabila Jalur Gemilang tidak dihormati.. Antara isu menyedihkan termasuklah ia dipasang terbalik, sudah lusuh atau koyak.. 

“Saya pernah memarahi individu yang sengaja mengibarkan bendera separuh tiang,” katanya.


--------------------------------------------

Thursday, 30 August 2012

Putera Harry Ditawar RM 31 JUTA Berlakon Filem 'Dewasa'

Putera Harry Ditawar RM 31 JUTA Berlakon Filem 'Dewasa'

Putera Harry Ditawar RM 31 JUTA Berlakon Filem 'Dewasa'

Mesti ada yang tahu dan ada yang tak tahu tentang kes Putera Harry kan.. Bagi yang tak tahu, hint nya ialah Gambar Bogel.. Berita lanjut, korang kena search kat internet tentang berita-berita tu.. Entri ni berikutan rentetan kepada kes berkenaan.. Artikel ni Eraz terbaca kat Berita Harian hari ni.. Review serba sedikit yang boleh diceritakan.. Sepenuhnya, korang kena baca Berita Harian la..

Penerbit filem dewasa, syarikat Vivid Entertainment, Steve Hirsch menawarkan bayaran AS$10 juta (RM31.2 juta) kepada Putera Harry jika beliau bersetuju berlakon dalam sebuah filem dewasa, sejurus pendedahan skandal beliau berbogel bersama rakannya di sebuah hotal di Las Vegas baru-baru ini..

Laman web hiburan online TMZ.com yang memetik berita daripada akhbar New York Daily News, melaporkan, Hirsch sudah menghantar surat tawaran itu kepada Putera Harry dan kini hanya menunggu jawaban beliau. Filem yang ditawarkan itu diberi judul The Trouble with Harry.. “Kami ingin menawarkan anda peluang untuk menjadi seorang ‘putera paling hebat’ sepanjang zaman dengan berlakon di dalam sebuah filem dewasa bajet besar yang menyeronokkan..

“Sudah tentu ‘Little Harry’ (merujuk kepada anggota sulit Putera Harry) juga akan ditampilkan, tetapi saya memberi jaminan skrip filem ini ditulis dengan baik dan ‘Little Harry’ akan dipersembahkan dengan cara paling hebat (bermaksud Harry perlu mendedahkan seluruh tubuh termasuk anggota sulitnya tanpa segan silu),” kata Hirsch yang dipetik akhbar itu.- Agensi


Apa mau komen? Sekadar membaca.. ;)

--------------------------------------------

Ada Apa Dengan GANGNAM STYLE?

Ada Apa Dengan Oppa GANGNAM STYLE? Kenapa Sangat Popular Sekarang Ini Termasuk Malaysia..

Oppa GANGNAM STYLE

Di Youtube, video GANGNAM STYLE telah ditonton seramai 73,613,624.. 73 Juta tu.. Lepas tengok sekali, errmmmmmm, tak tahu nak komen ape.. Atas pendapat masing-masing..

Tema Hari MERDEKA 2012

Tema Hari MERDEKA 2012 + Lagu Tema

Tema Hari MERDEKA 2012 + Lagu Tema

Mesti semua sedar kan yang kita akan menyambut hari kemerdekaan yang ke - 55 esok, 31 Ogos 2012 ! So tema? 'Janji Ditepati'.. Mungkin dah ramai blogger yang komen pasal tema Kemerdekaan hari ni.. So, E'raz rase tak perlu komen dah ni.. Siapa nak dengar lagu tema hari merdeka 2012, boleh download video atau MP3 atau lagi senang jom ke youtube, mesti dah ade sekali dengan lirik.. 

Apa-apa pun, marilah kita pupuk semangat kemerdekaan dalam diri!! MERDEKA!!!

Kesanggupan Peragut Tetak Mangsa Dengan Parang !

Harian Metro, 30 Ogos 2012 : Ditetak Peragut Hampir Putus Pergelangan Tangan Kiri !

Kesanggupan Peragut Tetak Mangsa Dengan Parang !

Mesti ramai yang dah tahu tentang kes ni melalui Facebook semalam.. Kejadian yang berlaku diluar jangkaan.. Kesanggupan peragut menetak mangsanya dengan parang! Mangsa hampir hampir putus pergelangan tangan kiri ketika diragut dua lelaki di Jalan Che Su Kota Bharu Kelantan.. Sampaikan mangsa cedera parah..

Kata saksi, mangsa cuba melawan sebelum suspek melibas parang dan menetak pergelangan tangannya namun gagal melarikan beg tangan mangsa.. Dosa meragut dah dapat, ditambah pulak dengan menetak orang? Errrmmmm...

Untuk berita penuh, korang boleh klik SUMBER ni..

--------------------------------------------

Wednesday, 29 August 2012

Info Tentang Air Mazi

Air Mazi : Najis

Info Tentang Air Mazi

Persoalan ini Eraz petik daripada Harian Metro.. Mungkin ini boleh menjadikan info kepada semua yang musykil.. Ramai juga yang konfius antara Air Mazi dan Air Mani kan.. Jom ikuti Soalan dan Jawapan yang telah dijawab oleh Dr.Abdul Salam Muhammad Shukri, Penolong Profesor Kulliyah Ilmu Kemanusian, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.. Beliau sedia membantu umat Islam yang berhadapan kemusykilan agama..

YANG saya tahu, jika lelaki keluar air mazi, tidak perlu mandi jika hendak menunaikan solat. Adakah wanita juga begitu atau mereka perlu mandi jika hendak bersolat? Bagaimana pula jika ada wanita yang terbaca majalah berkenaan seks rumah tangga sehingga menyebabkan air mazinya keluar. Mohon penjelasan daripada Dr. 

MOHAMAD, Johor

JAWAPAN


HUKUM antara lelaki dan perempuan dalam perkara itu adalah sama. Air mazi dikira najis dan hendaklah dibersihkan sebelum berwuduk dan menunaikan solat. 

Sama ada lelaki dan wanita dikira berada dalam berhadas kecil saja apabila keluar air mazi. Berbanding dengan keluar air mani, kedua-duanya perlu mandi hadas besar.

Fikrah Dr. Salam


--------------------------------------------

INFO : 6 Sebab Beruntungnya Perempuan Mempunyai Rahim

INFO : 6 Sebab Beruntungnya Perempuan Mempunyai Rahim


Rasanya ini mungkin info yang boleh di share kan bersama dengan semua orang di dunia.. Jom kita baca 6 Sebab Beruntungnya Perempuan Mempunyai Rahim..

1.) Dia bekerja dengan Allah..jadi 'kilang'manusia.Tiap-tiap bulan dia diberi cuti bergaji penuh..7 sehingga 15 hari sebulan dia tak wajib sembahyang tetapi Allah anggap diwaktu itu sembahyang terbaik darinya..

2.) Cuti bersalin juga sehingga 60 hari. Cuti ini bukan cuti suka hati tapi, cuti yang Allah beri sebab dia bekerja dengan Allah..Orang lelaki tak ada cuti dari sembahyang...sembahyang wajib baginya dari baligh sehingga habis nyawanya...

3.) Satu lagi berita gembira untuk wanita,sepanjang dia mengandung Allah sentiasa mengampunkan dosanya..lahir saja bayi,seluruh dosanya habis.. Inilah nikmat Tuhan beri kepada wanita, jadi kenapa perlu takut nak beranak? Marilah kita pegang kepada tali Allah. Seandainya wanita tu mati sewaktu bersalin, itu dianggapmati syahid.. Allah izinkan terus masuk Syurga.

4.) Untuk peringatan semua wanita yang bersuami: Seluruh kebaikan suaminya,semuanya isteri dapat pahala tetapi dosa-dosa suami dia tak tanggung..

5.) Diakhirat nanti seorang wanita solehah akan terperanjat dengan Pahala extra yang banyak dia terima diatas segala kebaikan suaminya yang tak disedari.. Bila dia lihat suaminya tengah terhegeh-hegeh di titian Sirat,dia tak nak masuk syuga tanpa suaminya, jadi dia pun memberi pahalanya kepada suami untuk lepas masuk syurga.Didunia lagi, kalau suami dalam kesusahan isteri boleh bantu tambah lagi di akhirat. Kalau seorang isteri asyik merungut, mulut selalu muncung terhadap suami dia tak akan dapat pahala extra ini..

6.) Manakala suami pula mempunyai tugas-tugas berat didalam dan diluar rumah, segala dosa-dosa anak isteri yang tak dididik dia akan tanggung ditambah lagi dengan dosa-dosa yang lain. Dinasihatkan kepada semua wanita supaya faham akan syariat Allah agar tidak derhaka denganNya. Dan semua lelaki fahami hati naluri seorang wanita & isteri agar tidak derhaka denganNYA.......


--------------------------------------------

Tuesday, 28 August 2012

SEGMEN ERAZ FADLI : Pencarian BLOGLIST

Alhamdulillah.. Akhirnya tamat sudah SEGMEN ERAZ FADLI : Pencarian BLOGLIST.. Alhamdulillah dalam masa yang agak singkat (+- 12 Jam), seramai 39 blogger yang sudi meletakkan link blog mereka di blog 'hijau' Eraz ni.. So, senarai telah disenaraikan dibawah.. Jom kite ber'blogwalking' untuk menambahkan kenalan dan meningkatkan trafik! TQ so much..

Diharapkan  SEGMEN ERAZ FADLI : Pencarian BLOGLIST ini dapat memberi kesan kepada semua yang join..

SEGMEN ERAZ FADLI : Pencarian BLOGLIST


Memandangkan Eraz baru sahaja bertukar domain ke www.erazfadli.com, semua bloglist Eraz hilang.. So hari ini, Eraz nak buat SEGMEN ERAZ FADLI : Pencarian BLOGLIST.. Dalam masa yang sama, korang boleh juga nak berblogwalking ke blog blogger yang join.. Harap-harap ada yang sudi join untuk senaraikan link blog korang kat blog Eraz yang masih 'hijau' lagi ni.. Segmen ni simple je, korang cuma perlu :

1. (TIADA PAKSAAN) Jika korang rasa nak follow blog ni, silakan FOLLOW dan kalau korang rasa nak ikut blog ni di Facebook, boleh LIKE Page Eraz di FACEBOOK dengan klik SINI atau LIKE Box di tepi kanan sana..

2. Buat satu entri dengan letakkan banner kat atas tu [boleh right click dan copy].. Korang perlu link kan banner tu ke entri ini..

3. Tajuk entri : 'SEGMEN ERAZ FADLI : Pencarian BLOGLIST'

4. Dah settle, letakkan link entri korang tu kat ruangan komen kat bawah..

PERHATIAN : Bloglist ini akan kekal sehingga 30 September 2012! 

Senarai Peserta Segmen : -

01. http://msvelentine.blogspot.com/
02. http://asmarpunyablog.blogspot.com/
03. http://syarafina85.blogspot.com/
04. http://maszull.blogspot.com/
05. http://sukatykupown.blogspot.com/
06. http://kei-seichi.blogspot.com/
07. http://misszberceloteh.blogspot.com/
08. http://zamani84.blogspot.com/
09. http://nurul-izwa.blogspot.com/
10. http://mujadafewa.blogspot.com/
11. http://iznawzi.blogspot.com/
12. http://norzillasensei.com/
13. http://juliajamaludin.blogspot.com/2
14. http://dindamaisarra.blogspot.com/
15. http://kumahuitu.blogspot.com/
16. http://cxopportunities.blogspot.com/
17. http://ehbloger.blogspot.com/
18. http://mulan-sahbanu.blogspot.com/
19. http://eryati.blogspot.com/
20. http://sipolanmelihatawan.blogspot.com/
21. http://itsmetira.blogspot.com/
22. http://khairunnisa3020.blogspot.com/
23. http://sayaeesya.blogspot.com/
24. http://coretangirlblog.blogspot.com/
25. http://mia-udax.blogspot.com/
26. http://sharfynarzmiss.blogspot.com/
27. http://onlajer.blogspot.com/
28. http://phatthegreat.blogspot.com/
29. http://opzzpinky.blogspot.com/
30. http://comey-comeyblog.blogspot.com/
31. http://www.coretancikmisi.com/
32. http://bluepinkiey.blogspot.com/ (TERBATAL)
33. http://sesaat-aieen.blogspot.com/
34. http://dewisyifaindehouse.blogspot.com/
35. http://elymirsada.blogspot.com/
36. http://skulluv.blogspot.com/
37. http://diarionlinenurul.blogspot.com/
38. http://cahayacinta.com/
39. http://www.mialiana.com/

+ Jika ade link yang tercicir, mohon maklumkan kepada saya.. +

Apa yang diharapkan kepada semua, tujuan utama SEGMEN ini dilaksanakan adalah (selain nak masukkan dalam Bloglist E'raz) untuk semua peserta dapat blogwaking melawat blog peserta yang lain supaya blog kita dikenali. Jangan menunggu blogger lain melawat blog kita dahulu. Apa kata, kita yang mulakan. Selamat ber'blogwalking'.. Jangan lupa jugak, tinggalkan jejak..

Tanda-Tanda LELAKI Masih Teruna !

Tanda-Tanda LELAKI Masih Teruna ! 

(Gambar Hiasan)

Menarik yang boleh dibaca pagi ini.. Haha.. Mungkin entri ini boleh buat ada yang cerah mata sebelum memulakan kerja.. Senarai dibawah maybe hanyalah pendapat atau pandangan sesetengah orang je.. So, just untuk suka-suka, jom baca ni..

1. Lelaki teruna suka mengintai-intai (curi pandang) perempuan cantik pada wajah berbanding lelaki tak ada teruna gemar melihat tubuh wanita.

2. Lelaki teruna segera mengalihkan pandangan apabila ditentang wanita cantik manakala lelaki tak teruna mengekalkan pandangan.

3. Lelaki teruna menunduk apabila dipandang wanita cantik dan menunjukkan reaksi gembira (mengetap bibir untuk cover senyum) tetapi lelaki tak teruna menunjukkan reaksi bersahaja.

4. Lelaki teruna malu membuka mulut untuk makan atau bercakap di hadapan wanita yg cantik. lelaki teruna seperti “kena interview” apabila bercakap dan badannya kaku.

5. Lelaki teruna berdegup kencang jantungnya apabila mendapati wanita cantik menyukainya.

6. Lelaki teruna membosankan apabila bercinta. gayanya agak “nerd”. gemar berlagak untuk menarik pasangannya.

7. Lelaki teruna juga sanggup menghabiskan banyak wang untuk pasangannya untuk menambat hati pasangannya.

8. Lelaki teruna terlalu sensitif. mereka akan sering menghubungi pasangannya sehingga dapat dan mereka akan rasa sedih yang amat sangat apabila diabaikan.

9. Lelaki teruna sering mengagung-agungkan pasangannya dan mengatakan orang lain tak cantik. mereka akan bercerita tentang pasangannya dan memuji-muji pasangan apabila berbual dengan kawan-kawan.

Read more : HERE


Senarai HIMPUNAN SEGMEN yang boleh korang join.. Edisi mengisi masa lapang yang tiada ruginya.. Support sesama blogger! Klik SINI..


--------------------------------------------

Monday, 27 August 2012

Drama Adam & Hawa

Episod 1 : Drama Adam & Hawa di Astro Mustika HD


Selesai drama Adam & Hawa malam ni.. Episod 1 berlalu dengan ....... agak slow kot.. Tak sangka jugak durasi drama ni hanya 30 minit untuk 1 episod.. Patut la banyak giler episod untuk dihabiskan.. Masa dengar2 drama ni nak dibuat, mati2 ingat Osman Ali yang direct! Tapi rupenye Feroz yang jadi director..

Nak review episod pertama, rasenye bukan kemahiran aku kot.. So ape pendapat korang..? Kite kumpulkan kt cni.. Mesti ade pelbagai pendapat lepas smua dah tengok episod 1 tadi.. Ke ade yang boleh download drama ni di internet.. Youtube, maybe ade la tu nanti..

Yang paling menarik skang ni ialah OST drama Adam & Hawa ni.. Gabungan Dato' Siti Nurhaliza dan Hafiz AF7.. Tajuk lagu tu ialah Muara Hati.. Betul kan? Dah ada kat youtube kalau korang nak layan.. MP3 pun dah boleh download dah.. Korang search je.. Termasuk lah lirik.. Mula2 heran jugak cmne Siti leh nyanyi lagu OST ni.. Rupe2nye, kak ipar dia penerbit.. Patutlaaaa... :-)

Tentang pelakon, memang pelakon dah ada nama.. Aaron Aziz memang tak payah sebut la.. Heroin, memang pelakon ni sangat berbakat.. Sebelum ni dah menang dua anugerah.. Dua2 untuk filem Cun.. Nadiya Nissa.. Kalau korang perasan, di blog ni memang ada entri memperkenalkan Nadiya Nisa (KLIK untuk info tentang Nadiya).. Anzalna? Pun korang dah kenal.. Makeup memang buat dia nampak garang! haha.. Just for info, di awal kemunculan Nadiya Nissa dulu, dia pernah berlakon dalam video klip BISAKAH nyanyian Dato' CT..

Ape2 pun, layan je la untuk episod 2, 3, 4, 5, 6, 7 dan seterusnye.. Watak Ain sekarang tengah ceria2 lagi.. Mungkin lepas ni akan mula sisi sedih dia.. Layaaaannnnn.. Idea asal entri ni adalah kerana terkejut 1 episod hanya setengah jam.. Sekali dah panjang berjela karang.. :-)

Published with Blogger-droid v2.0.6

(6 GAMBAR) Permandangan Dari Langit Patut Korang Tengok !

(6 GAMBAR) Permandangan Dari Langit ! Menarik !

Cool giler gambar-gambar..!

Suburbs of Copenhagen, Denmark

Fraser Island Dune, Australia

Tasmania, Australia

Palm Jumeirah in Dubai, United Arab Emirates

Mountains Near Jengish, Kyrgyzstan

Coal Mine in South Africa


http://blueranger-theonlyone.blogspot.com Akan Bertukar Ke http://www.erazfadli.com/


Untuk makluman semua, Eraz akan membuat pertukaran link blog daripada http://blueranger-theonlyone.blogspot.com ke http://www.erazfadli.com/.. Oleh sebab itu, mungkin dalam masa tiga hari ini, blog ini akan nampak macam tak se'ensem' sebelum ini sebab slow-slow, Eraz akan baik pulih.. Setting ada yang lari sikit daripada yang asal.. Bloglist juga nampaknya macam hilang.. So, insyaAllah dalam masa 3 hari, ianya akan menjadi sedia kala.. ;)

Shila Amzah : Isu TV dan SuratKhabar Masih Siar Imej Tidak Bertudung

Shila Amzah : Isu TV dan SuratKhabar Masih Siar Imej Tidak Bertudung & Akan Wakil Malaysia untuk satu Pertandingan

Jika korang perasan, di TV banyak program raya yang siarkan Shila tanpa hijab.. Latest rasanya dalam Nona semalam.. Kalau paper, dalam PancaIndera Mingguan Malaysia masih siarkan imej tidak bertudung dia.. Sebenarnya itu semua dirakamkan sebelum dia berhijab sepenuhnya..




" Assalamualaikum.. Buat Kwn2 sha kt sini..jgn terkeliru! Sha memang permanently berhijab pada pertengahan Ramadhan.. For newspaper and Tv show yg sha tak berhijab tu direcord atau di shoot seblm Sha berhijab dan kebanyakannya seblm bulan puasa lg.. Harap maaf and jgn ada yg confuse lg k.. Doakan sha berhijab smpi akhir hayat.. insyaAllah.. Oh ya.,InsyaAllah Sha akan bertolak ke Shanghai pd 31ogos to 6sept utk satu competition..Sha akan wakil Malaysia lg..doakan Sha.. "

Doa Apabila Menghadapi Tekanan (Stress)

Doa Apabila Menghadapi Tekanan (Stress)


Nota : Apabila menghadapi tekanan, baca ayat ini sebanyak mungkin sebagai zikir - InsyaAllah hati akan menjadi tenteram..


INFO : Cara Busuk.org Filter Artikel Lucah Di Ping Busuk

INFO : Cara Busuk.org Filter Artikel Lucah Di Ping Busuk

Kepada mereka yang selalu menggunakan Busuk.org, korang perlu baca ini..


Semua ayat dibawah adalah di copy daripada blog busuk.org..

[ atas permintaan ramai, kami telah menyiapkan sistem untuk menapis artikel lucah melampau di ping busuk.. tambahan pula ramai pengguna widget, merungut dan rasa bersalah apabila laman blog mereka menjadi medium penyebaran artikel lucah.. jadi sekiranya ada diantara artikel anda telah di-reject oleh kami, tolonglah faham kenapa ya.. sebelum ada yang tersalah faham dengan sistem baru kami ini, sila baca dan fahami dulu bagaimana sistem filter artikel lucah ini berfungsi..

melalui title dan description submission anda, kami akan check setiap perkataan yang ada untuk mengenal pasti mana satu artikel yang berkebarangkalian lucah ataupun tidak bersesuaian.. contohnya, kami akan kuarantin-kan mana-mana artikel yang mengandungi perkataan "bra"..

filter : bra
affected : ibrahim ali
affected : anwar ibrahim
affected : abraham lincoln

filter : raba
affected : antarabaangsa
affected : serabai

jadi sekiranya artikel anda tidak lucah tetapi disyaki lucah untuk di-review oleh admin kami, anda tidak perlu risau.. kerana prosedur seterusnya dilakukan oleh 'manusia' sendiri.. kami akan menilai berdasarkan akal fikiran kami untuk membenarkan artikel tersebut dikongsi pada umum ataupun tidak..

sekiranya anda berkeinginan atau ada pasang niat untuk submit artikel lucah, sila berfikir kembali.. adakah berbaloi perbuatan anda itu? halalkah pendapatan yang anda terima melalui blog anda itu? dan kami juga ingin ingatkan, sekiranya terlalu banyak artikel lucah yang anda submit, kami tidak akan teragak untuk ban domain atau username anda.. ] LINK SUMBER


--------------------------------------------

Sunday, 26 August 2012

Segmen : " Hanif Idrus Segmen Menerjah"

Segmen : "Hanif Idrus Segmen Menerjah"

Sebelum buat entri baru, sempat join segmen anjuran Saudara Hanif Idrus ni.. Siapa-siapa yang berminat, boleh klik banner dibawah untuk join.. ;)


Tag : 

Neil Armstrong Meninggal Dunia

Manusia Pertama Jejaki Bulan, Neil Armstrong Meninggal Dunia


Terbaca di Berita Harian tentang Angkasawan Neil Armstrong meninggal dunia.. Mungkin ramai yang tahu tentang sejarah yang dia cipta di mata dunia.. Jom baca sikit berita tentang kematian beliau.

WASHINGTON: Angkasawan Amerika Syarikat (AS), Neil Armstrong, manusia pertama menjejakkan kaki ke bulan meninggal dunia, lapor media AS hari ini.

Beliau berusia 82 tahun. Armstrong menjalani pembedahan jantung awal bulan ini selepas doktor mendapati ada sekatan di pembuluh jantungnya.

Beliau dan rakan angkasawan yang menaiki Apollo 11, Buzz Aldrin mendarat di bulan pada 20 Julai 1969 yang mencatat satu sejarah hebat serta mendapat tontonan ratusan juta penduduk dunia. - AFP (SUMBER)

--------------------------------------------

Adakah Lelaki atau Jejaka Jambu Itu GAY?

Forteen : Hentikan Menuduh Forteen Kumpulan Lelaki Gay


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera! Tajuk entri terlintas lepas baca artikel berita tentang kumpulan Forteen ni yang meminta masyarakat tidak tersalah anggap dengan melabelkan mereka sebagai lelaki gay kerana penampilan yang kemas dan bergaya.. Bagi aku sendiri, lelaki jambu atau berpenampilan kemas dan bergaya ni tak semestinya gay.. Jangan kerana nila setitik, rosak susu sebelanga.. Apa-apa pun, jom baca luahan mereka untuk boleh mewakilkan lelaki-lelaki lain yang senasib.. ;)

“Memang sudah banyak kali kami dengar mengenai tuduhan kononnya Forteen adalah kumpulan lelaki gay dan songsang kerana imej yang kami tonjolkan.. Orang perlu tahu bahawa imej dan fesyen ini hanya luaran sahaja. Hakikatnya, kami adalah lelaki sejati,” - Muhammad Izzul Islam Mazlan (Izzue Islam)

“Sejak awal kemunculan perkara ini sudah timbul, jadi kami ambil pendekatan untuk tenang menghadapinya. Tiada apa perlu dirunsingkan kerana ia bukan perkara besar pun.. Ibu bapa tahu siapa diri kami. Persepsi liar orang adalah harga yang perlu kami bayar kerana bergelar artis,” - Saiful Ridzuan Abd Hamid (Ariz)

“Bagi saya lebih mudah apabila kami tutup telinga sahaja daripada memikirkan dakwaan orang yang tidak tahu cerita sebenar.. Saya banyak menasihatkan rakan-rakan lain agar lebih kuat dan berani hadapi tuduhan ini kerana mereka tertekan ketika cerita ini mula-mula timbul,” - Muhammad Ridzuan Sharifuddin (One)

“Secara peribadi, saya kecewa dengan tuduhan begitu tetapi ia terpaksa ditelan kerana inilah harga yang perlu dibayar.. Lagipun, saya perlu sematkan bahawa tanpa peminat kami tidak akan dikenali seperti hari ini,” Mohammad Arif Ameerais Azhar (Ameer)

Sumber : mStar

Saturday, 25 August 2012

Drama Adam & Hawa di Astro Mustika HD

Sinopsis Drama Adam & Hawa di Astro Mustika HD Lakonan Aaron Aziz, Nadia Nisaa, Anzalna Nasir, Elfaeza Ul Haq, Dazrin Kamarudin, Norman Hakim, Amyza Adnan, Aznah Hamid, Rozie Rashid 


Mesti korang dah lama dengar tentang drama bersiri 80 episod Adam & Hawa terbitan Global Station Sdn Bhd ni kan.. Sekarang dah keluar iklan promo di Astro Mustika HD.. Giler clear gambar bila tengok di TV HD.. Drama ni akan dimainkan di saluran 134 setiap hari Isnin hingga Khamis, jam 10.00 malam bermula 27 Ogos 2012 ini..

Drama ni lakonan Aaron Aziz, Nadia Nisaa, Anzalna Nasir, Elfaeza Ul Haq, Dazrin Kamarudin, Norman Hakim, Amyza Adnan, Aznah Hamid, Rozie Rashid.. Sedia maklum drama ni diadaptasi daripada novel penulis Aisha Sofea ini.. Selain ni lagu tema drama ni ialah Muara Hati nyanyian Dato' Siti Nurhaliza dengan Hafiz..

Sinopsis Adam dan Hawa

Mengisahkan Ain Hawani seorang remaja lepasan SPM, bekerja di sebuah tadika milik kakak Adam Muhkriz kerana menggantikan guru yang bersalin.. Ain hanya bekerja sementara saja, kerana dia ingin menyambung pelajaran di peringkat lebih tinggi..

Semasa Ain bekerja di tadika tu lah Ain telah bertemu dengan Adam dan ada juga perasaan sukakan Adam.. Adam pula seorang pilot syarikat MAS, seorang yang kacak dan berperangai ala playboy..

Cita-cita Ain Hawani bagaikan terhenti di tengah jalan apabila berlaku peristiwa hitam dalam hidupnya, Ain telah ditangkap basah kerana dituduh berkhalwat dengan Adam.. Ain telah dipaksa berkahwin dengan Adam bagi membersihkan nama baik keluarga walaupun Ain tidak rela..

Timbullah perasaan benci Ain terhadap Adam kerana sikap Adam yang mendiamkan diri seolah benar mereka berkhalwat sedangkan mereka rupanya difitnah oleh bekas teman wanita Adam yang cemburukan Adam dan Ain Hawani.. Akhirnya mereka berkahwin, tetapi tidak seperti suami isteri yang lain, Ain masih membenci Adam dan tak boleh menerima Adam sebagai suami..

Ain Hawani kemudian melanjutkan pelajaran ke luar negeri dan dia dan Adam berpisah selama 8 tahun.. Adam masih menganggap Ain sebagai isterinya yang sah namun tidak bagi Ain. Akhirnya mereka telah bertemu kembali di depan pintu Masjidilharam di mekah.. Adam mengharapkan Ain kembali kepadanya tetapi Ain masih lagi ego tak mau terima Adam..

SUMBER

Thursday, 23 August 2012

SHILA AMZAH : Menjawab Status Akaun Twitter DEACTIVATED

SHILA AMZAH : Menjawab Status Akaun Twitter DEACTIVATED


Shila Amzah deactivated akaun Twitter? Kenapa? Shila memberi maklumbalas di FanPage Facebooknya tadi.. Katenye 'nak berehat sebentar dan doakan nya..'.. Boleh baca print screen yang Eraz upload di atas.. Khas untuk peminat Shila Amzah.. Tadi ramai yang bertindakbalas dengan pelbagai reaksi lepas RotiKaya paparkan hal ni.. :-)

Published with Blogger-droid v2.0.6

'Raya' di Pasar Besar Kedai Payang, Kuala Terengganu

'Raya' di Pasar Besar Kedai Payang, Kuala Terengganu


Raya Aidilfitri yang ke-5 ! Hari last beraya di Kuala Terengganu sebelum sambung beraya di Machang, Kelantan.. Mungkin paling selamat selepas Zohor, kami akan bertolak ke Kota Bharu.. Apa kaitan gambar di atas? Hehe.. Itu gambar Pasar Besar Kedai Payang, Kuala Terengganu..

Giler sangat ramai orang2 ke sini.. Aku pulak, melepak dekat pondok je la.. Tak larat nak masuk dalam atau pun nak beli ape2.. Dalam kepala memang tak de ape2 nak beli pun... Datang cume meneman orang je.. Tapi, jom menuju ke kereta! Balik dari tempat ramai orang ni.. Kire balik kampung lagi la ni.. Biasa la kalau dah banyak kampung nih..

p/s : DiariEraz

Published with Blogger-droid v2.0.6

KEPUTUSAN Piala Malaysia, 23 Ogos 2012

KEPUTUSAN Piala Malaysia, 23 Ogos 2012


Khas untuk peminat BOLA yang belum dapat berita tentang keputusan perlawanan bola sepak yang berlangsung semalam.. :-)

Published with Blogger-droid v2.0.6

GOLONGAN Yang Terpilih !

GOLONGAN Yang Terpilih !

Usahlah mengeluh apabila ditimpa musibah, bersyukurlah, sesungguhnya kita adalah golongan yang terpilih.. SABARLAH.. InsyaAllah, segala yang berlaku ada hikmahnya..

Published with Blogger-droid v2.0.6

Wednesday, 22 August 2012

Jiwa !

Ape yang lebih berharga? Kekayaan? Pangkat? Ape pilihan korang?

Ramai tak setuju jika ada kata-kata yang berbunyi, "Kesenangan hati dan ketenteraman jiwa lebih berharga daripada pangkat dan kekayaan !"?

Jika tidak tenang, walaupun kita kaya rasenye dunia tak aman jugak.. Jika kita berpangkat besar tp ade je masalah, pun tak tenang jugak.. So baiklah bersederhanaan dan mempunyai ketenangan atau ketenteraman jiwa n hati! Fikir fikirkan.. :-)

Published with Blogger-droid v2.0.6

Kesabaran .. !

Kesabaran .. !


"Janganlah di anggap KECIL tindakan kita mengalah dan menahan rasa sakit hati, lalu di padam dan di buang dari hati.. Pada sisi Allah di anggap besar kerana itu memerlukan tenaga SABAR yang begitu besar untuk berbuat begitu.."

Published with Blogger-droid v2.0.6

Tuesday, 21 August 2012

TOPIK Utama Di Hari Raya

Jalan raya jem memang satu topik utama di hari raya.. Hari ni tibe Eraz beraya di Kuala Terengganu.. Gambar kat atas tu Eraz snap masa sangkut kat traffic light sebelum naik ke jambatan Kuala Terengganu.. Cam biasa, kesabaran adalah sangat2 penting skang.. Haha..
Kesopanan di jalan raya memang kena ikut.. Jangan la nak ikut hati nak potong line orang je.. Orang lain pun nak cepat sampai ke destinasi gak.. Bukannya nak duk di jalan raya.. Kadang2 kecuaian kite boleh menyebabkan kemalangan.. Mintak jauh semua.. SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI..
Published with Blogger-droid v2.0.6

Monday, 20 August 2012

INFO ! 5 Ciri Orang Yang Berjaya !

INFO ! 5 Ciri Orang Yang Berjaya !


Entri untuk Raya Aidilfitri ke-2 2012.. Dihari raya ni, kurang aktif la sikit blog.. Susah nak curik masa.. 

Mood raya la katakan.. Ini pun update melalui Tab je.. Sib baik ade kemudahan ni.. :-)

5 Ciri Orang Yang Berjaya!

1. Sabar 
2. Strong
3. Sensitif
4. Serius
5. Super Spontan !!!


p/s : ade idea menarik utk idea blog.. tp tunggu dlu.. :-)  SELAMAT HARI RAYA..

Published with Blogger-droid v2.0.6

BUANG Sampah Melalui Kenderaan Di Jalan Raya

Korang pernah terserempak tak dengan adegan seperti tajuk kat atas? Kalau betul nak bersopan santun di jalan raya, jauhkan kan la diri sendiri atau keluarga korang daripada buat perkara tu.. Banyak benda boleh berlaku berpunca daripada perkara tu.. Jalan raya sah-sah kotor kan.. Camne kalau tibe2 sampah yang korang buang terkena pada cermin kereta belakang? Or, bayangkan korang buang air teh susu dalam plastik then terkena cermin kereta belakang..

Pernah terserempak dengan aku adegan lori dan kereta.. Pemandu lori tu buang plastik air teh or nescafe susu then jatuh ke cermin depan kereta bekakang lori.. Giler r.. Cuba korang bayangkan camne keadaan orang dalam kete tu.. Sib baik kete aku di belakang kete mangsa tu.. Tempias sikit-sikit je la..

Ape2 pun, fikir lah panjang2 sebelum membuat ape2 tindakan.. Mungkin tindakan anda itu akan menyusahkan orang lain.. Fikir fikirkan.. Assalamualaikum n Selamat Hari Raya..

p/s : MOOD nak membebel!

Published with Blogger-droid v2.0.6

Sunday, 19 August 2012

The Smurfs !

The Smurfs !


Entri ringkas + personal.. Best jugak movie ni rupenya.. Sebelum ni memang tak rase nak tengok la.. Sekali imbas tengok kt HBO skang ni, menarik jugak.. Tapi malam ni memang tak larat nak layan r.. Penat satu hari di Hari Raya..! Drive pun berjam jam kalau di kumpulkan.. Lenguh satu badan.. Nampaknya ada orang akan jadi mangsa untuk jadi tukang urut malam ni.. Hehe.. Ape-ape pun, SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI..

Saturday, 18 August 2012

Kisah Seksa 'NERAKA' 21 HARI !

Harian Metro - 18 Ogos 2012 : Kisah Seksa 'NERAKA' 21 HARI Akibat Menjadi Saksi Kes Samun Gangster

Derita yang tidak disangka-sangka.. Lepas tu, kena tumbuk, tampar, sepak terajang lak.. Dengan kata lain, kena seksa la akibat menjadi saksi kes samun sekumpulan 5 penjenayah.. Mohmad dikurung 21 hari dengan penuh derita.. Tapi alhamdulillah dibebaskan selepas 21 hari setelah membuat perjanjian.. Jom baca sedikit kata mangsa..

Harian Metro - 18 Ogos 2012 : Kisah Seksa 'NERAKA' 21 HARI Akibat Menjadi Saksi Kes Samun Gangster

“Bagaikan dalam neraka...hampir setiap hari saya ditumbuk, ditampar selain disepak terajang.. Jika saya tidak datang (perbicaraan), rakan mereka berpeluang untuk dibebaskan daripada kesalahan jenayah itu.. Dengan surat perjanjian itu, mereka (penjenayah) mengugut untuk membuat laporan polis mendakwa saya tidak membayar hutang berkenaan sekiranya menghadiri perbicaraan..” kata Mohmad, 34, menceritakan pengalaman ngeri dikurung selama 21 hari di sebuah rumah oleh sekumpulan lima penjenayah sejak ‘diculik’ di hadapan rumahnya di Cheras, di sini, pada 23 Julai lalu..

Mohmad berkata lagi, dia hanya dibebaskan kumpulan penjenayah itu jam 5 petang, 12 Ogos lalu selepas dipaksa menandatangani surat perjanjian yang kononnya dia berhutang dengan kumpulan itu RM15,000 sebelum membuat laporan di Balai Polis Cheras, di sini, kelmarin.. SUMBER

--------------------------------------------
Kalau korang rasa nak tahu info, boleh la klik entri di bawah ni :

Friday, 17 August 2012

30 Hari, INTERNET FREE! Wow!



Korang boleh nikmati Internet Free selama 30 hari.. Bagaimana caranya, link ini (SINI) akan explain segalanya!! SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI..

--------------------------------------------
Kalau korang rasa nak tahu info, boleh la klik entri di bawah ni :
Entri 1 : CubeRamadan
Entri 2 : IKLAN RAYA AZNIL HJ.NAWAWI
Entri 3 : IKLAN RAYA ERRA FAZIRA 
Entri 4 : Listerine!
Entri 5 : Celcom bagi Duit Raya Lebih RM 1000
Entri 6 : Info Samsung SIII