Tuesday 31 July 2012

RENTETAN Kes IJAZAH Palsu : Majikan Dinasihat Periksa Ijazah Pekerja

RENTETAN Kes IJAZAH Palsu : Majikan Dinasihat Periksa Ijazah Pekerja

"Saya nasihatkan majikan supaya melakukan pemeriksaan terhadap latar belakang pekerja jika mempunyai alasan kukuh yang mereka mungkin memiliki ijazah palsu," kata Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Dr Hou Kok Chung.

Majikan dinasihat membuat pemeriksaan terhadap latar belakang bakal pekerja mereka bagi mengelak daripada mengambil kerja mereka yang memiliki ijazah palsu.. Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Dr Hou Kok Chung, menegaskan terdapat laporan mengenai kes penjualan ijazah palsu termasuk yang dikeluarkan oleh universiti asing yang tidak wujud serta ijazah palsu yang kononnya dikeluarkan oleh universiti tempatan.

Timbalan Pendaftar Unit Perhubungan Awam, Universiti Sains Malaysia (USM), Mohamad Abdullah berkata universiti itu sentiasa menjalin hubungan baik dengan para majikan. "Terdapat majikan yang menghubungi kami untuk mendapatkan maklumat mengenai bakal pekerja mereka tetapi kebanyakannya ialah syarikat Singapura. Syarikat tempatan ada berbuat demikian tetapi tidak banyak," katanya.- Mstar.com

p/s : Sesiapa yang terlibat, baik la mengaku awal sebab kalau dah terkena, menyesal tak sudah nanti.. Apa-apa pun, mencegah adalah lebih baik daripada mengubati.. :)

--------------------------------------------
Kalau korang rasa nak tahu info, boleh la klik entri di bawah ni :

4 comments:

  1. tu la, tindakan orang malas, suka ambik jalan mudah nak ijazah tapi taknak belajar, jangan menyesal satu hari nanti sudah lar

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jika jalan mudah itu tidak mendatangkan masalah, ok la juga.. Tapi kalau mendatangkan masalah, cari nahas namanya..

      Delete
  2. mesty org beli ijazah palsu tgh mengelabah sekarang

    ReplyDelete

Penulis tidak bertanggungjawab atas apa-apa komen yang ditinggalkan oleh pembaca / pengunjung. Semua komen adalah di bawah tanggungjawab mereka. Sila gunakan bahasa yang sopan. Terima kasih.