Sunday, 29 July 2012

Perjuangan Nur Suryani Mohamed Taibi (Atlet Malaysia Yang Mengandung 8 Bulan 5 Hari) Berakhir

Perjuangan Nur Suryani Mohamed Taibi (Atlet Malaysia Yang Mengandung 8 Bulan 5 Hari) Berakhir


Perjuangan Nur Suryani Mohamed Taibi (Atlet Malaysia yang mengandung lapan bulan lima hari) berakhir.. Dia sekadar menduduki tempat ke-34 dengan bidikan 392 mata pada Sukan Olimpik kali ini untuk acara 10 meter Air Rifle individu wanita..

"Saya puas hati. Segala apa yang dirancangkan sebelum beraksi semuanya menjadi. Memang saya tidak meletakkan sasaran untuk meraih pingat tetapi tetap berusaha untuk melakukan yang terbaik. Sasaran saya ialah untuk mencatat 390 mata tetapi saya berjaya melakukan 392 mata. Ini dikira agak baik walaupun gagal menghadiahkan sesuatu kepada kontinjen negara. Sebelum memulakan saingan, bayi dalam kandungan saya terasa macam menendang dan selepas itu semuanya okey. Ketika mula nak tembak, bayi mula menendang dan saya cakap jangan ganggu dulu sebab mama nak mula beraksi. Selepas itu keadaan seperti biasa sehingga selesai pertandingan."


--------------------------------------------

1 comment:

  1. baby too bagi sokongan kat mama dyer..
    http://chocolateholic4eva.blogspot.com

    ReplyDelete

Penulis tidak bertanggungjawab atas apa-apa komen yang ditinggalkan oleh pembaca / pengunjung. Semua komen adalah di bawah tanggungjawab mereka. Sila gunakan bahasa yang sopan. Terima kasih.