Monday 30 July 2012

Kelibat UFO Dilihat Di Sunway Mentari?

Kelibat UFO Dilihat Di Sunway Dipaparkan di YouTube?

Hanya Gambar Hiasan

Masa jelajah Mstar Online tadi, tertarik dengan satu tajuk ni.. 'Kelibat UFO Dilihat Di Sunway Dipaparkan di YouTube?'..  Dalam artikel tu beritahu tentang rakaman video di You Tube mengenai kelibat UFO dilihat di Sunway Mentari.. Tetapi kesahihan tersebut telah dinafikan oleh pakar yang menjelaskan bahawa apa yang berlaku hanyalah satu fenomena alam..

Juruvideo bernama John Tan melihat cahaya bintang yang sangat terang dan berseri serta kelipan cahaya lampu berwarna warni ketika dia sedang menikamati makan malam di sini dua minggu lalu.. Dengan peralatan ditangan dia terus merakamkan insiden tersebut dengan disertakan komentar lucu daripada rakan-rakan yang turut serta dalam makan malam bersamanya..

Ada seorang pengulas YouTube menjelaskan teori yang mengatakan bahawa ia hanyalah layang-layang yang diterangkan, Tan enggan menerima pendapat tersebut sebaliknya dia menegaskan bahawa malam tersebut tidak ada angin langsung..

Maklumbalas daripada Agensi Angkasa Negara (Angkasa) berkata memberitahu masih terlalu awal untuk menyatakan layang-layang terlibat dalam fenomena tersebut..

Bagaimanapun Ketua Pengarah Angkasa, Dr Mustafa Din Subari agak skeptikal dengan dakwaan kewujudan makhluk asing yang mempunyai senjata canggih untuk turun dan membuat lawatan ke Bumi.. 

Sementara itu, angkasawan pertama negara, Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor berkata sudah pasti ada satu penjelasan logik mengenai apa yang berlaku..

"Satu daripada alasan kami pergi ke angkasa adalah untuk melihat sama ada terdapat bentuk hidupan lain di luar sana. Makhluk asing atau tidak, tidak ada bukti lagi dan kami masih mencarinya," katanya.. Ketika ini rakaman video misteri Tan masih belum diterangkan dan perkara sebenar belum dapat dirungkaikan..

Mungkin inilah VIDEO yang diperkatakan : YOUTUBE

--------------------------------------------

No comments:

Post a Comment

Penulis tidak bertanggungjawab atas apa-apa komen yang ditinggalkan oleh pembaca / pengunjung. Semua komen adalah di bawah tanggungjawab mereka. Sila gunakan bahasa yang sopan. Terima kasih.