Sunday, 8 July 2012

KEINSAFAN PIAN CECUPAK : Selepas Mencucuk 760 Jarum Kolagen

Terkini Harian Metro / Metro Ahad 08 Julai 2012 - KEINSAFAN PIAN CECUPAK : Selepas Mencucuk 760 Jarum Kolagen

Pengakuan Pian Cecupak ini diharapkan dapat membantu memberi kesedaran kepada semua golongan yang telah atau berhasrat untuk membuat perkara ini.. Mencegah lebih baik daripada mengubati.. Jom baca luahan Pian untuk kes diatas..

Terkini Harian Metro / Metro Ahad 08 Julai 2012 - KEINSAFAN PIAN CECUPAK : Selepas DIcucuk 760 Jarum

GAMBAR proses membuang kolagen
GAMBAR proses membuang kolagen

Pian menunjukkan kesan suntikan kolagen
Pian menunjukkan kesan suntikan kolagen

"Saat itu, saya berasa sakit yang tidak tertanggung.. Bayangkan, saya dalam keadaan sedar ketika jarum ditusuk ke kulit.. Sebelah punggung saja memerlukan kira-kira 380 batang jarum dan bayangkan saya suntik kedua-dua belah. Ini bermakna ada 760 batang jarum pada punggung.. Saya mengaku membuat suntikan itu lapan tahun lalu.. Namun, itulah kali pertama dan terakhir saya lakukannya.. Disebabkan mahu kulit lebih mulus dan anjal di samping bentuk punggung menarik, saya tak fikir risiko yang bakal ditanggung.."

ITULAH penjelasan Pian Cecupak semasa menceritakan kesakitan ditanggung ketika membuat suntikan kolagen pada punggung.. Selain punggung, Pian (Mohd Rafiq Abdul Rahman, 41) turut melakukan suntikan kolagen pada kedua-dua pipi, dagu dan hidung dengan kos mencecah puluhan ribu ringgit.. - PETIKAN daripada HARIAN METRO

5 comments:

Penulis tidak bertanggungjawab atas apa-apa komen yang ditinggalkan oleh pembaca / pengunjung. Semua komen adalah di bawah tanggungjawab mereka. Sila gunakan bahasa yang sopan. Terima kasih.