Friday, 20 July 2012

IZZUE ISLAM : Ikuti Kisah Jatuh Bangun Izzue Bermula Daripada Penjual Burger

IZZUE ISLAM : Ikuti Kisah Jatuh Bangun Izzue Bermula Daripada Penjual Burger



Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Jika korang perasan, sebelum ni ade beberapa entri tentang IZZUE ISLAM ni dalam blog ini.. Antaranya tentang Kisah Drama Senyuman Di Kuala Lumpur di Astro PrimaIZZUE ISLAM Dalam Persalinan Hatta Dolmat Untuk 5 STARS RAYA SHOW II, Drama Jangan Ambil Padang Kami : Pelakon & Lagu Tema.. Haha.. Salah satu sebab untuk jadikan beliau isu di blog ni kerana kami same-same berasal dari negeri  yang sama.. Kali ini pula ialah kisah jatuh bangun beliau untuk menjadi seperti sekarang.. Berminat untuk baca? Jom.. 

Semua ini adalah petikan daripada HARIAN METRO hari ini.. Izzue bermula hanyalah seorang budak kampung biasa yang menjadi penjual burger. Tetapi untuk kunjungan ke Kuala Lumpur gara-gara mahu menyaksikan satu ‘gig’ akhirnya membawa tuah kepada dia..

Selama tiga hari anak Kelantan ni menetap di Kuala Lumpur, dia dan rakannya kehabisan wang untuk balik ke Kelantan. Justeru, ketika menjamu selera di sebuah restoran di Desa Mentari, Petaling Jaya, dia tergerak hati untuk bertanya kepada pemilik kedai makan itu sama ada memerlukan pekerja untuk berkhidmat di situ.

“Syukur kepada Tuhan, apabila pemilik kedai itu sudi memberikan pekerjaan kepada kami. Malah memandangkan tiada duit untuk menyewa bilik, kami terpaksa pula menumpang tidur di kedai pakaian ‘bundle’ milik seorang kawan. Kalau diingatkan semula, memang susah kehidupan saya ketika mula-mula datang Kuala Lumpur dulu. Bagi menampung kehidupan, saya juga pernah melakukan beberapa kerja sambilan seperti menjadi penghantar susu, pembancuh air di gerai makan dan jurujual di pusat beli-belah. Terus-terang, saya tidak pernah rasa malu melakukan pekerjaan itu kerana apa yang penting mendapat rezeki yang halal..”

“Dalam keseronokan bekerja sambilan, ketika itulah saya terbaca iklan mencari pelakon di akhbar. Masih saya ingat lagi, uji bakat pertama dilalui untuk menjadi pelakon tambahan dalam drama Kampung Jaguh terbitan produksi Double Vision Sdn Bhd. Saya tak pernah menduga pun akan mendapat watak Halim. Dua episod watak Halim itu cukup membantu saya menonjolkan bakat dalam bidang lakonan. Sejak itu, saya aktif dalam industri seni dan menjadi pelakon tambahan selama dua tahun. Namun, berkat usaha dan kesungguhan saya, akhirnya dapat juga peluang melakonkan watak utama dalam drama Cita dan Cinta di TV9.

“Selepas itu, saya sudah mula meraih kepercayaan melakonkan watak utama sehinggalah membintangi filem. Malah, ketika sibuk berlakon itu jugalah saya mendapat lamaran daripada pihak KRU untuk menjadi salah seorang anggota Forteen. Tak dinafikan, saya tak berfikir panjang dan terus menerima tawaran itu. Menerusi Forteen, saya dapati nama semakin kukuh dalam industri seni. Bahkan, Forteen banyak membantu menaikkan nama saya sehinggalah berada di tahap ini sekarang. Jujur saya katakan, memang tak pernah pun ada cita-cita untuk menjadi artis. Kedatangan saya ke Kuala Lumpur dulu, hanyalah untuk menonton persembahan gig itu.

“Ketika di kampung saya ada kumpulan muzik sendiri yang dikenali dengan nama Hellow Yellow. Malah, harapan kami pun bukan untuk menjadi artis tapi sekadar mahu membuat persembahan di hadapan orang ramai walau pun hanya sekali. Apa yang kami inginkan adalah pengalaman,” katanya.

Semakin dikenali ramai, Izzue juga sehingga kini sudah membintangi enam filem iaitu Songlap, Hantu Kapcai, Cikaro, Mat Tudung, Ular dan 29 Februari. Filem yang menggandingkan Izzue dan Remy Ishak itu akan ditayangkan di pada 30 Ogos nanti.


--------------------------------------------
Kalau korang rasa nak tahu info, boleh la klik entri di bawah ni :

3 comments:

Penulis tidak bertanggungjawab atas apa-apa komen yang ditinggalkan oleh pembaca / pengunjung. Semua komen adalah di bawah tanggungjawab mereka. Sila gunakan bahasa yang sopan. Terima kasih.