Monday, 30 July 2012

'Hidup Kau Tidak Selamat, Aku Pasti Kau Mati' : Kerana Dendam Suami, Isteri Diperkosa

'Hidup Kau Tidak Selamat, Aku Pasti Kau Mati' : Kerana Dendam Suami, Isteri Diperkosa

Lagi satu kes yang terjadi pada orang yang tak bersalah.. Kerana dendam kepada suami, isteri menjadi mangsa.. Dimana tanggungjawab seorang suami terhadap isteri? Isteri sepatutnya dilindungi, bukan untuk dijadikan mangsa! Siapa belum baca HARIAN METRO hari ni, boleh baca disini secara ringkas..

Dendam Suami, Isteri Diperkosa, Nota Perogol

KUALA LUMPUR: ‘Hidup kau tidak selamat, aku pasti kau mati.’ Itu kandungan nota ditinggalkan dua lelaki selepas menodai seorang wanita berusia awal 20-an di rumahnya di Bandar Teknologi Kajang, di sini.

Dalam kejadian jam 3.30 petang Jumaat lalu, itu, dua lelaki berusia 30-an terbabit dipercayai meninggalkan nota berkenaan untuk ditujukan kepada suami wanita itu yang tiada di rumah.

Sumber berkata, ketika kejadian mangsa yang bersendirian di rumahnya berada dalam bilik air untuk mandi.

“Mangsa terkejut apabila melihat dua lelaki tidak dikenalinya berada di rumah.

Belum sempat menjerit meminta bantuan jiran, dua lelaki terbabit mengeluarkan senjata lalu mengugut untuk mencederakannya.

“Bimbang dengan ugutan berkenaan, mangsa mendiamkan diri sebelum kedua-dua tangan dan kaki diikat manakala mulutnya ditutup dengan kain,” katanya.

--------------------------------------------
Kalau korang rasa nak tahu info, boleh la klik entri di bawah ni :

2 comments:

Penulis tidak bertanggungjawab atas apa-apa komen yang ditinggalkan oleh pembaca / pengunjung. Semua komen adalah di bawah tanggungjawab mereka. Sila gunakan bahasa yang sopan. Terima kasih.