Saturday, 21 July 2012

EDISI RAMADHAN : Balasan Anak Tanggang, Dulu Buang Emak, Sekarang Dihalau Anak

EDISI RAMADHAN : Balasan Anak Tanggang, Dulu Buang Emak, Sekarang Dihalau Anak

Dosa ‘Tanggang’ dibalas tunai

Di dunia realiti.. Situasi ni berlaku di PADANG BESAR.. Ikuti kata-kata seorang lelaki yang kini diabaikan oleh isteri dan anak.. Ini satu pengajaran untuk kita bersama.. Berita ni E'raz petik daripada HARIAN METRO..

“Sekarang baru saya sedar dosa saya terhadap ibu dibalas tunai, tidak perlu tunggu di akhirat,” kata Abdul Rahman Talib, 60, yang kini tinggal di Rumah Sejahtera, Batu Bertangkup, di sini, selepas diabaikan isteri dan anaknya.

Kira-kira 10 tahun lalu, ibunya, Allahyarham Lijah Kasa menghuni rumah kebajikan sama selepas Abdul Rahman terlalu mengikut kehendak isteri dan membiarkan isterinya menghalau ibunya keluar dari rumah.

“Saya mengakui terlalu mengikut telunjuk isteri hingga mengabaikan ibu. Saya langsung tidak mengambil peduli nasib ibu dan hanya mengetahui arwah ditempatkan di sini (Rumah Sejahtera) selepas setahun arwah dihalau keluar dari rumah yang didiami bersama isteri di Bukit Kecil, dekat sini.

“Malah, bilik ibu sebelum ini bersebelahan bilik saya duduki sekarang,” kata Abdul Rahman ketika ditemui.

Menurutnya, sebelum ini dia difahamkan ibunya bergelandangan beberapa hari selepas dihalau keluar dari rumah dan ada ketikanya dia bermalam seorang diri di kandang kerbau yang diubah suai buat sementara sebelum diselamatkan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).



--------------------------------------------
Kalau korang rasa nak tahu info, boleh la klik entri di bawah ni :

1 comment:

  1. Allah nak balas tu kejap je, semoga diampunkan dosanya,

    Selamat berpuasa

    ReplyDelete

Penulis tidak bertanggungjawab atas apa-apa komen yang ditinggalkan oleh pembaca / pengunjung. Semua komen adalah di bawah tanggungjawab mereka. Sila gunakan bahasa yang sopan. Terima kasih.