Tuesday, 10 July 2012

Coret-Coret 'Dua Insan Bercinta' Sekitar Majlis Pernikahan Ella dan Azhar Ghazali

Coret-Coret 'Dua Insan Bercinta' Sekitar Majlis Pernikahan Ella dan Azhar Ghazali



1
Hanya sekali lafaz saja, penyanyi lagu Sembilu dan Pengemis Cinta itu sah menjadi isteri kepada Azhar pada jam 10.20 malam di depan Pendaftar Nikah Qariah Teluk Gadong, Klang, Haji Baharuddin Abu Bakar.

2
Majlis akad nikah itu mengalami sedikit kelewatan kerana terdapat masalah elektrik, namun semuanya dapat diselesaikan sejam kemudian. Seperkara yang boleh dikatakan, Ella seorang yang ‘super cool’ kerana tidak sesaat mengeluh, sebaliknya yakin ada hikmah di atas dugaan itu.

3
Pihak Ella menyerahkan sembilan dulang hantaran iaitu beg sandang dan kerja jenama Gucci serta Calvin Klein, alat penjagaan diri Calvin Klein, kek, kamera Canon jenis G1X, pewangi Annick Goutal, jam tangan Tag Heuer, sebentuk cincin dan sirih junjung.

4
Pihak pengantin lelaki pula membalas dengan tujuh dulang hantaran termasuk senaskhah al-Quran, kek, kelengkapan solat, manisan, wangian daripada jenama Annick Goutal, sebentuk cincin, sirih junjung dan mas kahwin serta wang hantaran RM50,300.

5
Majlis akad nikah Ella dan Azhar dihadiri lebih 1,000 tetamu yang terdiri daripada keluarga, sanak-saudara, teman, wakil media dan peminat yang tidak mahu melepaskan peluang melihat peristiwa bersejarah ini.

6
Majlis akad nikah ini bagaikan mengangkat warna putih sebagai tema dan konsep kerana selain busana Ella dan persalinan Azhar yang mengenakan warna ini, dekorasi dan hiasan di setiap sudut di kediamannya juga menggunakan warna putih termasuk bunga-bungaan.

7
Protege Ella, Caroline yang baru menjadi juara dalam program Mentor sempat menghiburkan tetamu dengan lagu Ombak Rindu, selain anak saudara Ella yang kini sudahpun menjadi penyanyi, Kaka yang juga menyumbangkan sebuah lagu.

8
Ella disolek kakaknya, Saidatul Nisa yang juga jurumekap terkenal selain bajunya direka khas pereka fesyen popular, Syaiful Bahrim.

9
Kakaknya yang juga pengurusnya selama ini, Jojie Aminuddin dan pembantu peribadinya, Nadia Fihat adalah insan paling sibuk dalam menguruskan perjalanan majlis dan memastikan semuanya berjalan lancar.

No comments:

Post a Comment

Penulis tidak bertanggungjawab atas apa-apa komen yang ditinggalkan oleh pembaca / pengunjung. Semua komen adalah di bawah tanggungjawab mereka. Sila gunakan bahasa yang sopan. Terima kasih.