Tuesday, 31 July 2012

Angkasawan Negara, Dr. Sheikh Muszaphar Bakal Menjadi BAPA Untuk Anak Ke-2..

Angkasawan Negara, Dr. Sheikh Muszaphar Bakal Menjadi BAPA Untuk Anak Ke-2

Allahamdulillah murah rezeki mereka.. :) Berita ini disahkan dalam FanClub Facebook Dr. Sheikh Muszaphar..


-----------------------------------
Kalau korang rasa nak tahu info, boleh la klik entri di bawah ni :

RENTETAN Kes IJAZAH Palsu : Majikan Dinasihat Periksa Ijazah Pekerja

RENTETAN Kes IJAZAH Palsu : Majikan Dinasihat Periksa Ijazah Pekerja

"Saya nasihatkan majikan supaya melakukan pemeriksaan terhadap latar belakang pekerja jika mempunyai alasan kukuh yang mereka mungkin memiliki ijazah palsu," kata Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Dr Hou Kok Chung.

Majikan dinasihat membuat pemeriksaan terhadap latar belakang bakal pekerja mereka bagi mengelak daripada mengambil kerja mereka yang memiliki ijazah palsu.. Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Dr Hou Kok Chung, menegaskan terdapat laporan mengenai kes penjualan ijazah palsu termasuk yang dikeluarkan oleh universiti asing yang tidak wujud serta ijazah palsu yang kononnya dikeluarkan oleh universiti tempatan.

Timbalan Pendaftar Unit Perhubungan Awam, Universiti Sains Malaysia (USM), Mohamad Abdullah berkata universiti itu sentiasa menjalin hubungan baik dengan para majikan. "Terdapat majikan yang menghubungi kami untuk mendapatkan maklumat mengenai bakal pekerja mereka tetapi kebanyakannya ialah syarikat Singapura. Syarikat tempatan ada berbuat demikian tetapi tidak banyak," katanya.- Mstar.com

p/s : Sesiapa yang terlibat, baik la mengaku awal sebab kalau dah terkena, menyesal tak sudah nanti.. Apa-apa pun, mencegah adalah lebih baik daripada mengubati.. :)

--------------------------------------------
Kalau korang rasa nak tahu info, boleh la klik entri di bawah ni :

Hati-Hati Dengan Perkataan Anda ! Beware..

BE CAREFUL YOUR WORDS CAN KILL!


Berhati-hatilah dengan kata-kata.. Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata? Jawab sendiri.. ;)

--------------------------------------------
Kalau korang rasa nak tahu info, boleh la klik entri di bawah ni :

Alhamdulillah, Sharifah Aleya Kini Bertudung

Sharifah Aleya Sudah Bertudung


Alhamdulillah.. Seorang lagi selebriti wanita Malaysia mengambil keputusan untuk bertudung / berhijab.. Ikuti kata-kata Sharifah Aleya.. Aleya juga ialah kakak kepada pelakon Sharifah Amani dan anak kepada Pn. Fatimah Abu Bakar.. Selain dari pelakon, dia juga seorang DJ di Hot FM..

"Saya minta maaf kerana tidak dapat mengulas lanjut mengenai penghijrahan saya kerana bagi saya ianya sangat peribadi untuk dikongsi. Namun, sejak 1 ramadan lalu, saya sudah mula bertudung dan InsyaAllah ianya akan berkekalan hingga akhirnya.. Alhamdulillah juga kerana sejak saya bertudung, ramai yang telah mendoakan yang terbaik untuk saya termasuk keluarga dan rakan-rakan.. Mereka banyak memberikan sokongan.." katanya ketika dihubungi murai.com.my..

--------------------------
Kalau korang rasa nak tahu info, boleh la klik entri di bawah ni :

Pelakon, ADI PUTRA Kena Tipu RM 19,000.00

Pelakon, ADI PUTRA Kena Tipu RM 19,000.00


“Saya serahkan sepenuhnya kepada polis untuk menyiasat.. Tolong hormati pendirian saya kerana apa yang berlaku sudah menjadi kes polis. Apa yang boleh saya katakan, perkara itu kini menjadi milik kerajaan..” Ady Putra.

Adi Putra telah kerugian RM19,000 kerana ditipu selepas melabur dalam satu pelaburan di Internet.. 

--------------------------------------------
Kalau korang rasa nak tahu info, boleh la klik entri di bawah ni :

Monday, 30 July 2012

GEMPAR : Najwa Latif Kena Rompak !

GEMPAR : Najwa Latif Kena Rompak !

Tiba-tiba je tengok tajuk entri daripada !Engineer Muda yang Najwa Latif di rompak! Terus bukak entri berkenaan then ......


Rupa-rupanya hanyalah PRANK! Haha.. Sempat layan VIDEO yang durasi lebih kurang 11 minit rasanya.. Lokasi di Tutti Frutti.. Itu penting.. Haha.. Ibu Najwa antara 'mangsa' rompak.. Hehe.. Komen tentang VIDEO? No Komen.. Korang boleh tengok dan komen sendiri.. VIDEO ado E'raz attach kan di bawah sekali.. Layaaannn...

Kredit entri n info kepada !Engineer Muda.. Info tentang VIDEO berkenaan, pelakon : Ibu kepada Najwa Latif (Tebusan), Iman Abdue (Customer hero), Bob (Cashier) dan Perompak iaitu Amiruddin, Haziq Jo dan Apeez.. Cameraman : Aiem Rahman, Rashid, Daus, Abdul Halim.. Published on 23 Apr 2012 by azzstarz93..

Video Prank NAJWA LATIF

--------------------------------------------

Beza Lelaki dan Perempuan

BEZA LELAKI & PEREMPUAN....


Perempuan...
senang dipujuk tapi susah memujuk,
senang moody tapi susah mengamuk,
senang jatuh hati tapi susah nak mencintai,
senang menangis tapi susah derita,
senang dimengerti tapi susah difahami.

Lelaki...
susah untuk difahami tapi senang memahami,
susah untuk menyayangi tapi mudah mencintai,
susah untuk memarahi tapi mudah menegur,
susah untuk setia tapi mudah bertahan,
susah untuk menangis tapi mudah tersentuh.

....yang sama hanya EGO...

PanduanIslam.com
#Hong Kong Disneyland
--------------------------------------------

Kelibat UFO Dilihat Di Sunway Mentari?

Kelibat UFO Dilihat Di Sunway Dipaparkan di YouTube?

Hanya Gambar Hiasan

Masa jelajah Mstar Online tadi, tertarik dengan satu tajuk ni.. 'Kelibat UFO Dilihat Di Sunway Dipaparkan di YouTube?'..  Dalam artikel tu beritahu tentang rakaman video di You Tube mengenai kelibat UFO dilihat di Sunway Mentari.. Tetapi kesahihan tersebut telah dinafikan oleh pakar yang menjelaskan bahawa apa yang berlaku hanyalah satu fenomena alam..

Juruvideo bernama John Tan melihat cahaya bintang yang sangat terang dan berseri serta kelipan cahaya lampu berwarna warni ketika dia sedang menikamati makan malam di sini dua minggu lalu.. Dengan peralatan ditangan dia terus merakamkan insiden tersebut dengan disertakan komentar lucu daripada rakan-rakan yang turut serta dalam makan malam bersamanya..

Ada seorang pengulas YouTube menjelaskan teori yang mengatakan bahawa ia hanyalah layang-layang yang diterangkan, Tan enggan menerima pendapat tersebut sebaliknya dia menegaskan bahawa malam tersebut tidak ada angin langsung..

Maklumbalas daripada Agensi Angkasa Negara (Angkasa) berkata memberitahu masih terlalu awal untuk menyatakan layang-layang terlibat dalam fenomena tersebut..

Bagaimanapun Ketua Pengarah Angkasa, Dr Mustafa Din Subari agak skeptikal dengan dakwaan kewujudan makhluk asing yang mempunyai senjata canggih untuk turun dan membuat lawatan ke Bumi.. 

Sementara itu, angkasawan pertama negara, Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor berkata sudah pasti ada satu penjelasan logik mengenai apa yang berlaku..

"Satu daripada alasan kami pergi ke angkasa adalah untuk melihat sama ada terdapat bentuk hidupan lain di luar sana. Makhluk asing atau tidak, tidak ada bukti lagi dan kami masih mencarinya," katanya.. Ketika ini rakaman video misteri Tan masih belum diterangkan dan perkara sebenar belum dapat dirungkaikan..

Mungkin inilah VIDEO yang diperkatakan : YOUTUBE

--------------------------------------------

DIANA AMIR : Ada Ustaz Ajak 'Taaruf' Dan Ingin Tamatkan Zaman Bujang Tahun Depan

DIANA AMIR : Ada Ustaz Ajak 'Taaruf' Dan Ingin Tamatkan Zaman Bujang Tahun Depan

diana amir

TEMUBUAL Diana Amir bersama wartawan Akhbar KOSMO!.. Antara soalan menarik yang boleh dikongsikan di sini.. Antaranya tentang rancangan perkahwinan beliau..

Kosmo!: Selepas bertudung, adakah Diana pernah dipikat oleh sesiapa?

Diana Amir : Saya masih tiada teman lelaki dan tidak terfikir ke arah itu lagi sekarang tetapi ada juga beberapa ustaz yang mengajak saya 'taaruf' (berkenalan) selepas berbalas khidmat pesanan ringkas (SMS). Apabila mereka buat demikian terus saya tidak balas SMS itu. Saya berkenalan dengan mereka ketika dalam program keagamaan.

Kosmo!: Kenapa Diana menolak untuk 'taaruf' dengan mereka?

Diana Amir : Saya masih tidak berani, misi saya sekarang untuk mendalami Islam. Ilmu saya masih tidak cukup dan tidak mahu campur aduk perkara lain dalam usaha saya kenal dengan agama sendiri.

Kosmo!: Adakah Diana menolak jika bertemu jodoh dengan ustaz?

Diana Amir : Saya tidak memilih. Saya akan terima sesiapa sahaja jodoh yang ditentukan Allah, kalau ustaz juga tidak mengapa asalkan ustaz yang baik dan boleh membimbing saya kelak.

Kosmo!: Diana ada sasaran bila akan menamatkan zaman bujang?

Diana Amir : Saya berdoa dipercepatkan jodoh mudah-mudahan tahun depan.

Kosmo!: Tahun hadapan? Bukankah itu terlalu cepat untuk anda?

Diana Amir : Saya mahu cepat-cepat dapat zuriat. Kalau dulu saya mahu kahwin sebab mahu mempunyai suami, tetapi sekarang saya begitu mengimpikan untuk mempunyai cahaya mata sendiri kerana saya terlalu sukakan kanak-kanak.

Kosmo!: Kriteria suami pilihan Diana?

Diana Amir : Sudah tentu yang beriman yang penting dia perlu bijak dalam membimbing saya dan keluarga.

Kosmo!: Bagaimana kerjaya seni Diana, adakah masih menerima tawaran berlakon?

Diana Amir : Saya kini banyak menerima tawaran berlakon drama dan telemovie, manakala untuk filem tawarannya agak terhad selepas saya bertudung tetapi saya reda.

Kosmo!: Adakah Diana mengenakan syarat selepas menerima tawaran berkenaan?

Diana Amir : Saya sebenarnya tidak kisah, asalkan kena dengan imej bertudung saya, jika tawaran itu yang mahu saya lakonkan watak bercinta juga tidak mengapa asalkan tiada adegan peluk dan bersentuhan dengan bukan muhrim. Diana kena begitu supaya tidak dipandang serong oleh masyarakat apabila berhijrah mesti ada perubahan.

Kosmo!: Apakah filem terbaharu Diana akan datang?

Diana Amir : September ini dilancarkan filem saya bersama Kamal Adli berjudul Salam Cinta terbitan Metrowealth.

--------------------------------------------
Kalau korang rasa nak tahu info, boleh la klik entri di bawah ni :

'Hidup Kau Tidak Selamat, Aku Pasti Kau Mati' : Kerana Dendam Suami, Isteri Diperkosa

'Hidup Kau Tidak Selamat, Aku Pasti Kau Mati' : Kerana Dendam Suami, Isteri Diperkosa

Lagi satu kes yang terjadi pada orang yang tak bersalah.. Kerana dendam kepada suami, isteri menjadi mangsa.. Dimana tanggungjawab seorang suami terhadap isteri? Isteri sepatutnya dilindungi, bukan untuk dijadikan mangsa! Siapa belum baca HARIAN METRO hari ni, boleh baca disini secara ringkas..

Dendam Suami, Isteri Diperkosa, Nota Perogol

KUALA LUMPUR: ‘Hidup kau tidak selamat, aku pasti kau mati.’ Itu kandungan nota ditinggalkan dua lelaki selepas menodai seorang wanita berusia awal 20-an di rumahnya di Bandar Teknologi Kajang, di sini.

Dalam kejadian jam 3.30 petang Jumaat lalu, itu, dua lelaki berusia 30-an terbabit dipercayai meninggalkan nota berkenaan untuk ditujukan kepada suami wanita itu yang tiada di rumah.

Sumber berkata, ketika kejadian mangsa yang bersendirian di rumahnya berada dalam bilik air untuk mandi.

“Mangsa terkejut apabila melihat dua lelaki tidak dikenalinya berada di rumah.

Belum sempat menjerit meminta bantuan jiran, dua lelaki terbabit mengeluarkan senjata lalu mengugut untuk mencederakannya.

“Bimbang dengan ugutan berkenaan, mangsa mendiamkan diri sebelum kedua-dua tangan dan kaki diikat manakala mulutnya ditutup dengan kain,” katanya.

--------------------------------------------
Kalau korang rasa nak tahu info, boleh la klik entri di bawah ni :

Sunday, 29 July 2012

SKETSA RAMADHAN : Euro vs Sahur

SKETSA RAMADHAN : Euro vs Sahur

.. Edisi Santai ..


Reza Mohamed Sertai Suria FM

Reza Mohamed Sertai Suria FM


Pengurus Operasi Suria FM, Subarma Mokhtar (Subi) menjelaskan bekas penyampai radio Era FM, Reza Mohamed pula akan menyertai Suria FM dalam masa terdekat ini.

"Pemilihan Reza dibuat selepas melihat kredibilitinya yang pandai menarik perhatian sasaran pendengar dengan celotehnya yang bersahaja.. Malah ketika dia mengacarakan program realiti Pilih Kasih di TV2 baru-baru ini, pihak kami telah memintanya datang ke studio untuk melihat keserasiannya sebagai penyampai radio Suria FM.. Sekarang ini, dia sedang menjalani beberapa latihan sebelum memulakan tugas.."

Perjuangan Nur Suryani Mohamed Taibi (Atlet Malaysia Yang Mengandung 8 Bulan 5 Hari) Berakhir

Perjuangan Nur Suryani Mohamed Taibi (Atlet Malaysia Yang Mengandung 8 Bulan 5 Hari) Berakhir


Perjuangan Nur Suryani Mohamed Taibi (Atlet Malaysia yang mengandung lapan bulan lima hari) berakhir.. Dia sekadar menduduki tempat ke-34 dengan bidikan 392 mata pada Sukan Olimpik kali ini untuk acara 10 meter Air Rifle individu wanita..

"Saya puas hati. Segala apa yang dirancangkan sebelum beraksi semuanya menjadi. Memang saya tidak meletakkan sasaran untuk meraih pingat tetapi tetap berusaha untuk melakukan yang terbaik. Sasaran saya ialah untuk mencatat 390 mata tetapi saya berjaya melakukan 392 mata. Ini dikira agak baik walaupun gagal menghadiahkan sesuatu kepada kontinjen negara. Sebelum memulakan saingan, bayi dalam kandungan saya terasa macam menendang dan selepas itu semuanya okey. Ketika mula nak tembak, bayi mula menendang dan saya cakap jangan ganggu dulu sebab mama nak mula beraksi. Selepas itu keadaan seperti biasa sehingga selesai pertandingan."


--------------------------------------------

Astaghfirullahalazim.. Ada Kes Pusat Tuisyen Hina Sahabat Nabi Muhammad S.A.W

Astaghfirullahalazim.. Ada Kes Pusat Tuisyen Hina Sahabat Nabi Muhammad S.A.W

Sape ade beli Kosmo hari ni? Sure nampak berita ni kan.. Jom baca sedikit tentang kes ni.. Untuk berita penuh, memang kena beli Kosmo Ahad la..


LEDANG - Sebuah pusat tuisyen di Tangkak dekat sini didakwa bertindak biadab memaparkan karikatur menghina para sahabat Nabi Muhammad S.A.W. dalam nota ringkas mata pelajaran Sejarah bagi pelajar tingkatan empat di pusat berkenaan.

Kadi Daerah Ledang, Sulaiman Maidin berkata, pusat tuisyen tersebut melukiskan 16 karakter sahabat nabi dalam bentuk kartun dengan watak berbeza dan bahan-bahan tersebut disediakan tenaga pengajarnya dikenali sebagai Mr. Fu.

"Antara karikatur yang keterlaluan ialah lukisan seorang sahabat nabi yang dilukis dengan wajah khinzir. Imej seorang lagi pula diletakkan gambar wanita dengan bahagian dadanya ditutup dengan tulisan Cina, selain ada yang dikelilingi tiga wanita.


--------------------------------------------
Kalau korang rasa nak tahu info, boleh la klik entri di bawah ni :

TIMOTHY RAY BROWN, Manusia Pertama sembuh HIV

TIMOTHY RAY BROWN, Manusia Pertama sembuh HIV

Mungkin ini satu info yang menarik untuk kita semua baca..

TIMOTHY RAY BROWN, Manusia Pertama sembuh HIV

TIMOTHY RAY BROWN, menjadi satu-satunya manusia dalam sejarah yang sembuh daripada jangkitan HIV selepas menjalani pembedahan pemindahan sumsum tulang daripada individu yang kebal terhadap virus itu.. Dia disahkan menghidap HIV sekitar tahun 1995 ketika menuntut di Berlin, Jerman dan diberitahu hanya mampu hidup selama dua tahun lagi..

Brown yang terkenal dengan jolokan ‘Berlin Patient’ berasal dari bandar raya Seattle, Washington, Amerika Syarikat (AS).. Dia menjadi popular selepas beberapa doktor cuba mengaplikasikan teknik yang unik itu dengan menggunakan penderma kebal HIV untuk menjalani satu pemindahan sel induk bagi mengubati penyakit leukemia Brown..

Sejak tahun 2007, dia telah menjalani dua pembedahan pemindahan sumsum selepas doktornya, Gero Huetter melakukan ujian ke atas lebih 70 penderma untuk menentukan keserasian mereka dengan Brown. Penderma itu juga menunjukkan keputusan negatif dalam ujian HIV..

“Saya disembuhkan daripada HIV. Dahulu saya mempunyai HIV, tetapi kini tidak lagi.. Saya menjadi bukti bahawa AIDS boleh diubati.. Sungguh mengagumkan apabila dapat sembuh daripada jangkitan HIV,” kata Brown..

Kombinasi terapi antivirus yang muncul di pasaran dunia membolehkan jangkitan HIV yang dihidap berjuta-juta penduduk dunia dirawat.. Terapi itu dapat mengekang kuman HIV di dalam badan Brown tetapi dia memilih untuk menemui seorang doktor pada tahun 2006 selepas mengalami kelesuan yang berpanjangan..

Untuk bacaan yang lebih detail, korang boleh klik SUMBER ni.. Thanx..

--------------------------------------------
Kalau korang rasa nak tahu info, boleh la klik entri di bawah ni :

30 Artis Sudah Sertai Usrah.. Alhamdulillah..

30 Artis Sudah Sertai Usrah.. Alhamdulillah..


Program usrah dikalangan artis ni bermula tahun lalu dengan tujuan untuk meningkatkan tahap keimanan dikalangan artis, khususnya yang telah berhijrah.. Kenyataan ni dikeluarkan oleh Yatt Hamzah..

Yatt memberitahu, walaupun mereka telah berhijrah khususnya artis wanita dengan menutup aurat, namun kelas-kelas agama dan usrah perlu dihadiri untuk mempertingkatkan ilmu dan iman masing-masing..

Andainya dahulu hanya 5 orang sahaja artis menghadiri kelas usrah, tapi kini telah meningkat lebih 30 artis pada satu-satu masa.. Antaranya Enot, Irma Hasmie dan lain-lain lagi..


--------------------------------------------
Kalau korang rasa nak tahu info, boleh la klik entri di bawah ni :

GAMBAR : Shila Amzah Bertudung Bersama Kekasih Hati, Shahnaz Ahmad

GAMBAR : Shila Amzah Bertudung Bersama Kekasih Hati, Shahnaz Ahmad

Edisi Ramadhan : Khas untuk peminat-peminat Shila.. Ini gambar yang diupload oleh Shila sendiri bersama kekasih hatinya, Shahnaz Ahmad.. Agaknya diaorang shopping raya dan berbuka puasa bersama-sama kot ni.. Shila memang nampak berbeza dengan bertudung.. Sangat sesuai! Doakan yang terbaik untuk berhijrah..


--------------------------------------------

Saturday, 28 July 2012

(GAMBAR) Mungkin Ini Salah Satu Cara Mengelak Barang Kita Dicuri

(GAMBAR) Mungkin Ini Salah Satu Cara Mengelak Barang Kita Dicuri

Apa pendapat korang? :) Banyak yang boleh ditapsirkan melalui gambar ni.. Elak dicuri ke? Elak digunakan? Elak dipinjam? Macam macam la..

Sumber : Facebook

Pertanyaan Seorang Anak Kepada Ibu Tentang Muncungkan Mulut Semasa Ambil Gambar.. Ibunya Jawab ......

Pertanyaan Seorang Anak Kepada Ibu Tentang Muncungkan Mulut Semasa Ambil Gambar.. Ibunya Jawab ......


Info : 5 Panduan Memilih Calon Isteri Menurut Islam

5 Panduan Memilih Calon Isteri Menurut Islam

Mesti ramai yang dah agak apakah kelima-lima panduan tu.. So, bagi yang masih samar-samar, jom kita semak..


1. Pilihlah isteri yang beragama
2.  Pilihlah isteri dari keluarga yang baik
3. Pilihlah isteri kerana rupa paras
4. Pilihlah isteri yang pandai menjaga kehormatan
5. Pilih dari keturunan yang subur

Friday, 27 July 2012

Maksud Tersirat FAMILY

Maksud F.A.M.I.L.Y


Ape pendapat korang?

EDISI Terkejut : Bekas Isteri Hattan, Noorfarashikin Othman Saman Oh Bulan! RM1 JUTA !

Bekas Isteri Hattan, Noorfarashikin Othman Saman Oh Bulan! RM1 JUTA !

Tak nak komen lebih detail.. Korang boleh baca keratan Utusan Malaysia Online dibawah..


KUALA LUMPUR 27 Julai - Bekas isteri penyanyi popular Hattan menfailkan saman bagi menuntut ganti rugi RM1 juta terhadap pemilik blog hiburan Oh Bulan! kerana menyiarkan artikel fitnah mengenainya.

Noorfarashikin Othman, 32, seorang peniaga, menfailkan saman itu di pejabat pendaftar Mahkamah Tinggi, pada 3 Julai lepas melalui Tetuan Ranjit Singh & Yeoh dengan menamakan Driven Communications Sdn Bhd sebagai defendan.

Noorfarashikin bercerai dengan Hattan atau nama sebenarnya Datuk Mohd Shukri Sahabuddin selepas dua bulan berkahwin. - BERNAMA, SUMBER : UTUSAN MALAYSIA

(GAMBAR) Anak Sulung Zed Zaidi, Ryan Ziqry Lahir 9.30 Pagi Tadi

(GAMBAR) Anak Sulung Zed Zaidi, Ryan Ziqry Lahir 9.30 Pagi Tadi

(GAMBAR) Anak Sulung Zed Zaidi, Ryan Ziqry Lahir 9.30 Pagi Tadi

Tahniah pada Zed Zaidi dan isteri, Natalia Mustafa Kamal yang selamat menyambut kelahiran anak sulung mereka awal pagi tadi di Pusat Perubatan Tropicana, PJ.. Isteri Zed Zaidi selamat melahirkan bayi lelaki seberat 4.32 kilogram yang diberikan nama Ryan Ziqry itu melalui teknik pembedahan sekitar jam 9.30 pagi tadi..

“Ikutkan isteri saya nak bersalin secara normal tetapi doktor menasihatkan untuk melakukan pembedahan kerana saiz bayi terlalu besar. Bagaimanapun syukur semuanya telah selamat”

Sumber : Rotikaya

Aku Terjah! Aku Follow! Apakah itu?

Aku Terjah! Aku Follow! Apakah itu?

Klik banner untuk info lanjut

Entri ringkas ni merupakan segmen.. Syarat, Eraz kena tag 3 orang.. Mereka adalah :

Lelaki Desak Anak Cerai Dengan Suami Dan Paksa Gugurkan Kandungan

Lelaki Desak Anak Cerai Dengan Suami Dan Paksa Gugurkan Kandungan

Dunia sekarang, memang macam-macam kes boleh berlaku.. Kadang-kadang yang sampai tidak masuk akal.. Yang masuk akal tu, memang banyak la.. Terbaru di Harian Metro kisah bapa desak anak bercerai dan gugurkan kandungan.. Adoi.. Jom baca sikit tentang ni..

          
KUALA LUMPUR : Seorang bapa menuang air minuman berkarbonat ke dalam mulut anaknya yang hamil sebelum memaksa wanita itu menelan pil tahan sakit untuk menggugurkan kandungannya.. Kejadian berlaku di rumah mereka di Pantai Dalam, di sini, jam 12.30 tengah malam kelmarin dan bapa berusia 50-an terbabit bertindak sedemikian semata-mata kerana tidak sukakan suami anaknya itu..

Sumber polis berkata, sebelum itu lelaki terbabit pulang ke rumah dalam keadaan marah dan memaki-hamun serta membelasah anak serta menantunya yang dikatakan baru beberapa bulan berkahwin.

“Suspek menyuruh anaknya berpisah dengan suaminya.. Apabila anaknya yang berusia 20 tahun memberitahu dia sudah mengandung, suspek bertambah berang dan memaksanya menggugurkan kandungan.. Tidak cukup dengan itu, bapa mangsa turut membawa pil tahan sakit dan menuang air minuman berkarbonat ke dalam mulut mangsa supaya kandungan mangsa gugur, namun mangsa berjaya menghalang perbuatan ayahnya,” katanya.

--------------------------------------------
Kalau korang rasa nak tahu info, boleh la klik entri di bawah ni :
Entri MENARIK : EKSKLUSIF! Wajah Terbaru Anak Jimmy Shanley, Zahrah Rania Shanley

EKSKLUSIF! Wajah Terbaru Anak Jimmy Shanley, Zahrah Rania Shanley

EKSKLUSIF! Wajah Terbaru Anak Jimmy Shanley, Zahrah Rania Shanley

Korang rase iras sape? Jimmy or bekas isteri Jimmy? ;)


SUMBER : Media Hiburan

--------------------------------------------
Kalau korang rasa nak tahu info, boleh la klik entri di bawah ni :
TERKINI, PANAS!!! Bekas Isteri Hattan, Noorfarashikin Othman Saman Oh Bulan! RM1 JUTA !
Entri MENARIK lain : Lelaki Desak Anak Cerai Dengan Suami Dan Paksa Gugurkan Kandungan

Thursday, 26 July 2012

Tengoklah Dengan Mata, Lihatlah Dengan Hati, Renunglah Dengan Akal, Fikirlah Dengan Iman

Sesiapa yang tidak pernah membuat kesilapan, tidak pernah mencuba perkara yang baru. - Albert Einstein


Tengoklah dengan mata, Lihatlah dengan hati, Renunglah dengan akal, Fikirlah dengan iman.

--------------------------------------------
Kalau korang rasa nak tahu info, boleh la klik entri di bawah ni :

Lagi Kes DERA Bayi : Bayi NAZAK Didera TEMAN LELAKI Ibu

Lagi Kes DERA Bayi : Bayi NAZAK Didera TEMAN LELAKI Ibu

Kes yang tak de kesudahan.. Ada je berita camni.. Dimanakah sifat perikemanusiaan? Kes terbaru ni berlaku di Kuantan, Pahang.. Jom baca sedikit daripada berita penuh tentang berita sedih ni..

Lagi Kes DERA Bayi : Bayi NAZAK Didera TEMAN LELAKI Ibu
          
“Saya tidak akan memaafkannya dan tidak sesekali menerimanya semula.. Selepas apa yang berlaku, dia tidak boleh terlepas daripada perbuatannya.. Saya mahu dia rasa azab yang Adam rasa..

 Itu kata-kata daripada Norhidayah Ahmad yang berumur 22 tahun, ibu kepada bayi 8 bulan, Mohamad Adam Mikhail Abdullah yang disahkan doktor pecah usus dipercayai akibat didera teman lelaki ibu kandungnya itu.. Teman lelaki ibunya pula berumur 19 tahun..

Sekarang ini, bayi berkenaan berada di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA).. Norhidayah dikatakan tidak menyangka perkara ini berlaku kerana kekasihnya itu sangat menyayangi anaknya.. Beliau menyedari ada sesuatu yang tidak kena terhadap Adam apabila anaknya itu kelihatan tidak bermaya dan muntah-muntah ketika dia pulang dari tempat kerja, awal pagi kelmarin..

Sebelum itu, Norhidayah meninggalkan Adam kepada suspek ketika keluar bekerja di tapak ekspo di hadapan Terminal Makmur, di sini, jam 8 malam Isnin lalu dan pulang semula ke bilik sewa pada jam 3 pagi kelmarin.. Untuk berita penuh, kena la dapatkan HARIAN METRO hari ni..

Wednesday, 25 July 2012

Edisi SANTAI BerGAMBAR: Online Facebook Dengan Handphone Nokia 3310

Edisi SANTAI BerGAMBAR: Online Facebook Dengan Handphone Nokia 3310

Edisi SANTAI BerGAMBAR: Online Facebook Dengan Handphone Nokia 3310

Haha.. Menarik kan.. KALAULAH ade di zaman handphone Nokia 3310 dulu camni, korang rela tak online FB? Skrin kecik giler.. Gigih.. ;) [Edisi Santai]


--------------------------------------------

Bonus Setengah Bulan Gaji Untuk Penjawat Awam, Minimum RM 500

Bonus Setengah Bulan Gaji Untuk Penjawat Awam


Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan bahawa kerajaan bersetuju membayar bonus setengah bulan gaji dengan bayaran minimum RM500 kepada penjawat awam.. Kerajaan juga bersetuju memberi Bayaran Khas Kewangan sebanyak RM500 kepada pesara kerajaan.. Bayaran itu akan dibuat pada 9 Ogos ini..


Jika Kita Mencintai Seseorang, Kita Akan .......

Jika kita mencintai seseorang, kita akan senantiasa mendoakannya walaupun dia tidak berada disisi kita..


--------------------------------------------

Perihal Astro On-The-Go.. Dapat Tengok TV Di Mana-Mana Sahaja



Mesti korang pernah dengar pasal Astro On-The-Go kan? Satu kemudahan yang Astro beri untuk tonton TV walau di mana-mana sahaja kita berada.. Nak maklumat lanjut? Korang boleh klik SINI.. 

Korang juga berpeluang untuk menang iPad.. Wow! Caranya? Panjang nak cerita kat sini.. Untuk cara-caranya, korang boleh klik SINI untuk ke laman web asal.. Penyertaan hanya melalui TWITTER.. 

--------------------------------------------

Azizulhasni Awang Tertusuk Serpihan Kayu Lagi

Azizulhasni Awang Tertusuk Serpihan Kayu Lagi

Sumber : Google


Mengikut Utusan Malaysia, tiga hari menjelang perasmian Sukan Olimpik 2012 London, kem basikal trek negara dikejutkan dengan kemalangan di atas trek yang dialami oleh jaguh keirin, Azizulhasni Awang di Koln, Jerman.. 

Beliau mengalami kemalangan yang hampir serupa ketika kaki kirinya tertusuk serpihan trek di Manchester Februari 2011. Akibat kemalangan tersebut, pelumba yang mendapat jolokan The Pocketrocketman itu cedera paha, lengan dan bahu kanan. Berita penuh, korang boleh klik SUMBER ni.. Selain dari tu, ade sumber nyatakan, sudah ada video yang diupload berkaitan kejadian itu..

--------------------------------------------