Monday, 18 June 2012

Penjelasan SHILA AMZAH Tentang Isu Dikatakan DEMAND!

Penjelasan SHILA AMZAH Tentang Dikatakan Harga Bayaran Persembahannya Sudah Naik!

Kadang-kadang ada sesetengah pihak yang cuba untuk jatuhkan seseorang artis.. Tapi apa yang pasti, hanya Shila Amzah sahaja yang tahu.. Mungkin hari ni Shila yang kena.. Next time, artis lain pulak..


PETALING JAYA: Penyanyi Shila Amzah mengakui mula menaikkan harga bayaran untuk dia mengadakan persembahan bermula Februari lalu kerana merasakan sudah tiba masanya dia berbuat demikian.

Shila atau nama sebenarnya Nur Shahila Amir Amzah berkata hal tersebut merupakan perkara biasa bagi seseorang penyanyi di mana harga yang ditetapkan dalam sesebuah persembahan haruslah mengikut pencapaian dalam karier seni masing-masing.

"Memang harga bayaran untuk saya mengadakan sesebuah persembahan dah naik sejak penyertaan saya dalam Anugerah Juara Lagu (AJL) yang berlangsung pada Februari lalu lagi.

"Dan ia merupakan perkara normal bagi setiap penyanyi yang menaikkan harga mereka. Harga petrol pun naik setiap tahun, takkan kami (penyanyi) tidak boleh naikkan harga sedikit?" katanya yang dihubungi mStar Online, di sini, Selasa.

Tambah Shila, dia kecewa apabila ada segelintir pihak menganggap dia tidak boleh berunding dengan harga bayaran yang diberi sedangkan dia sangat terbuka bergantung kepada kemampuan sesebuah syarikat yang ingin menjemputnya mengadakan persembahan.

Malah anak sulung penyanyi ND Lala ini juga sangat fleksibel apabila pihak stesen televisyen, majalah, akhbar atau mana-mana yang membabitkan penganjuran media mengundangnya untuk memenuhi acara yang diaturkan.

"Jika ada orang kata saya naikkan harga bagi acara-acara yang membabitkan stesen televisyen atau media-media lain, ia tidak benar sekali kerana saya terima sahaja apa-apa bayaran yang diberi.

"Dan ada juga persembahan yang saya buat percuma. Harga bayaran bukanlah satu isu, lebih-lebih lagi yang membabitkan untuk kebajikan amal. Saya harap dengan penjelasan ini, semua akan faham," ujarnya.

Bagaimanapun, penyanyi lagu Patah Seribu itu risau apabila banyak syarikat besar ‘menjual’ nama media bagi tujuan untuk mendapatkan harga murah daripada penyanyi-penyanyi yang diinginkan, termasuklah dirinya sendiri.

Sementara itu, mengenai perkembangan terbaru, dia bersyukur kerana sejak menyertai pertandingan Mania (saluran Astro), peminat-peminatnya semakin bertambah termasuklah daripada negara Indonesia.

"Walaupun tidak sampai ke peringkat akhir, saya bersyukur Mania telah memberi peluang besar untuk saya lebih-lebih lagi apabila Ahmad Dhani turut terbabit dalam pertandingan ini.

"Dia (Dhani) telah memberikan platform kepada saya untuk mengembangkan karier nyanyian di Indonesia dan setakat ini kami masih lagi dalam perbincangan sama ada saya akan menjadi artis di bawah naungannya iaitu, Republik Cinta Management (RCM) atau tidak," tuturnya.

SUMBER

--------------------------------------------
Kalau korang rasa nak tahu info, boleh la klik entri di bawah ni :
1. Kolej Taylor

1 comment:

  1. peminat setia shila ni.. dari masa first album dulu lagi dah minat,,...sweet jer muka dia....i follow u ,u follow i yer.....http://boyzonne-hijaurimba.blogspot.com/

    ReplyDelete

Penulis tidak bertanggungjawab atas apa-apa komen yang ditinggalkan oleh pembaca / pengunjung. Semua komen adalah di bawah tanggungjawab mereka. Sila gunakan bahasa yang sopan. Terima kasih.