Sunday, 17 June 2012

Nazmi Faiz : Saya Bukan PLAYBOY.. Jom selongkar..

Nazmi Faiz, "Saya Buka Playboy"..

Ini merupakan salah satu isu di Metro Ahad hari ni.. Statement lain daripada Nazmi ialah, Malas nak layan gosip.. Dah naik nama ni, byk gosip pulak.. Kemungkinan besar akan jadi macam Apek ni.. Jom baca serba sedikit isu ni..


“Perkara lepas biarkan berlalu. Saya tak mahu ia mengganggu kerjaya saya yang baru saja bermula. Saya tak nafikan mengenali gadis terbabit, tapi saya bukan playboy. “Buat masa ini, saya tak mahu layan apa-apa gosip atau kontroversi membabitkan nama saya. Orang boleh kata apa saja, tapi saya tahu kebenarannya,” kata bintang muda bola sepak negara, Muhamad Nazmi Faiz Mansor, 17, mengenai penyebaran beberapa gambar gadis di Internet yang didakwa teman wanitanya.

Carian dan semakan Metro Ahad mendapati sekurang-kurangnya dua gadis dikaitkan dengan pemain itu yang baru saja menandatangani kontrak lumayan dengan kelab divisyen satu Portugal, SC Beira-Mar, baru-baru ini.

Kebanyakan gambar itu membabitkan aksi mesra Nazmi bersama seorang gadis yang dikatakan kekasih barunya dikenali sebagai Tengku F.

Tidak cukup dengan itu, beberapa gambar wanita lain turut dikaitkan dengannya, termasuk seorang dikenali sebagai N, sehingga membuatkan Nazmi digelar ‘playboy’ di kalangan pengkritiknya.

Published with Blogger-droid v2.0.4

2 comments:

  1. harap tak jadi macam apek. kekalkan je prestasi dia, insyaallah dia akan berjaya. jangan biarkan gosip melanda diri, banyak sangat gosip, orang pun tak suka. Biarlah artis je yang banyak gosip. Saya suka tengok nazmi main bola, harap dia pandai tepis semua tu ^^

    ReplyDelete
  2. sian dye , hahaha , kena jage pergaulan dengan perempuan nih , kalaw semua benda berpandukan agama , senang elak benda nih , dye orang islam patut taw , bergamba dengan perempuan tuh mcm mane hukumnye , nak cnap jugak ? jage jarak tuh kalaw dye bukan muhrim kiter , CP bukan nak kate apew , tp kalaw bukan agama yang guide kiter , memang senang dapat masalah , jadikan nih pengajaran , wallahualam ~

    ReplyDelete

Penulis tidak bertanggungjawab atas apa-apa komen yang ditinggalkan oleh pembaca / pengunjung. Semua komen adalah di bawah tanggungjawab mereka. Sila gunakan bahasa yang sopan. Terima kasih.