Friday, 1 June 2012

Kisah Tanggang : BERLAKON Sebagai Jiran, Jurutera Berusia 40 Tahun 'Buang' Bapa Nyanyuk Di Pusat Jagaan

Kisah Tanggang : BERLAKON Sebagai Jiran, Jurutera Berusia 40 Tahun 'Buang' Bapa Nyanyuk Di Pusat Jagaan

Dah baca tajuk entri ni kan.. Cuba bayangkan.. Ya Allah, kesiannya pada bapa Jurutera ni.. Tak mengaku pulak tuh.. Sempena hari bapa yang akan tiba ni, marilah kita same-same jadikan artikel ni sebagai satu pengajaran kepada kita.. Sayangilah ibu bapa kita dan fikir sedalam-dalamnya sebelum membuat apa-apa perkara.. Ingat akan jasa mereka kepada kita..


UZUR...kakitangan Pusat Jagaan Nur Ehsan menyalin baju warga emas terbabit.

JOHOR BAHRU: Seorang lelaki berusia 40-an tergamak menghantar bapa kandungnya berusia 70 tahun yang diserang angin ahmar ke Pusat Jagaan Nur Ehsan, Kempas, di sini, dan enggan mengaku dia anak warga emas itu, sebaliknya mendakwa dia hanya jiran yang prihatin terhadap nasib lelaki tua berkenaan.

Bagaimanapun, tembelang lelaki terbabit yang juga jurutera di sebuah syarikat swasta di bandar raya ini terbongkar apabila pengurusan pusat jagaan berkenaan membuat semakan dengan beberapa pihak.

Ketika mendedahkan perkara itu, Pengurus Pusat Jagaan Nur Ehsan, Norijah Bidin berkata, jurutera terbabit yang juga anak tunggal warga emas berkenaan menghubungi pihaknya dan bertanya mengenai kemudahan di pusat itu bermula bulan lalu.

“Lelaki terbabit mengaku jiran warga emas berkenaan dan dalam perbualan telefon, dia menyatakan simpati terhadap nasib lelaki tua itu.

“Lelaki itu turut mendakwa warga emas berkenaan hidup sebatang kara, justeru, dia berhasrat menghantarnya ke pusat jagaan kami.

“Pada masa sama, warga emas itu juga mengalami kesulitan untuk berkomunikasi selain nyanyuk dan gagal memberikan maklumat berkaitan warisnya,” katanya di sini, semalam. - HARIAN METRO

--------------------------------------------

Kalau korang rasa nak tahu info, boleh la klik entri di bawah ni :

12 comments:

  1. Ya Allah,
    sampai hati dia....
    geram betul lah dengan si tanggang tu.. memang tak sayang ayah ke? memang artikel ni sebagai satu pengajaran buat kita semua...

    ReplyDelete
  2. Sedihnya. Sanggup dia buat macam tu :(

    ReplyDelete
  3. Sheila, ya.. sbg pengajaran bersama..

    ReplyDelete
  4. kaisara.. hrp2 pihak yang sepatutnya dpt siasat btul2 kes ni.. mgkn blh interview jurutera tu..

    ReplyDelete
  5. hmm kenapa ek dia buat cm tu.. klau ya pun jgn la smpai tak mgku bapa..

    tp.. entah2 ada sebab trsndri dia buat mcm tu kan.. kena tanya betul2 dia dulu kan..

    ReplyDelete
  6. setuju.. harian metro perlu buat susulan..

    ReplyDelete
  7. sampai hati dia buat ayah dia camtu..kerja dah bagus tapi??? emm.....mungkin ada sebab lain kot.

    ReplyDelete
  8. ctayue, itu la.. tunggu jika ade susulan berita lepas ni..

    ReplyDelete

Penulis tidak bertanggungjawab atas apa-apa komen yang ditinggalkan oleh pembaca / pengunjung. Semua komen adalah di bawah tanggungjawab mereka. Sila gunakan bahasa yang sopan. Terima kasih.