Saturday, 23 June 2012

KENYATAAN Balas ANZALNA : Enggan Balas Notis Tuntutan Peguam Neelofa, Jumpa di mahkamah

RENTETAN Artikel "Anzalna Bidas Neelofa" di Berita Minggu, Neelofa Beri Anzalna Seminggu Jawab Tuduhan Fitnah Tetapi Anzalna Enggan Balas Notis Tuntutan Peguam Neelofa, Jumpa di mahkamah


DUA-DUA MANIS BERTUDUNG..

Akhirnya Anzalna atau nama sebenar Anzalna Nasir bersuara dengan menyatakan enggan membalas notis tuntutan kepada peguam Neelofa atau nama sebenarnya Noor Neelofa Mohd Noor walaupun tempoh seminggu yang diberi kepada Anzalna, berakhir semalam.. Dalam masa yang sama, Anzalna menyerahkan isu kemelut yang dihadapinya kepada Persatuan Seniman Malaysia (SENIMAN) untuk diselesaikan.

“Kalau Neelofa berkeras nak bawa kes ini ke mahkamah, silakan.. Ini kerana saya sudah bersiap sedia dengan bukti.. Atas nasihat SENIMAN, saya tidak akan membalas notis diberi.. SENIMAN mahu membantu menyelesaikan masalah ini.. Jadi saya akan serahkan kepada SENIMAN untuk menguruskannya.. Malah persatuan itu ada peguamnya sendiri..”

Menurut Anzalna, SENIMAN belum memaklumkan tarikh pertemuan atau mesyuarat tertutup antara dirinya, Neelofa dan Tasha Shilla seperti dirancang SENIMAN..

“Saya belum bertemu Neelofa dan kita masih menunggu laporan Biro Aduan, Pemantauan dan Perundingan SENIMAN. Apabila laporan itu sudah keluar dan tarikh ditentukan, kita akan duduk bersemuka dan berbincang dengan ketiga-tiga mereka,” kata  Presiden SENIMAN, Zed Zaidi..

Sumber Asal

1 comment:

  1. Langkah bijak yang diambil oleh persatuan seniman Malaysia.. Thumbs uo Zed Zaidi! ^_^

    ReplyDelete

Penulis tidak bertanggungjawab atas apa-apa komen yang ditinggalkan oleh pembaca / pengunjung. Semua komen adalah di bawah tanggungjawab mereka. Sila gunakan bahasa yang sopan. Terima kasih.