(GAMBAR TERKINI) Diana Amir, Kini Sedang Menunaikan Umrah Bersama Heliza AF5 dan Irma Hasmie
Diana Amir yang ditemui akhir bulan lalu oleh KOSMO, kini berada di kota Mekah untuk menunaikan umrah buat pertama kali dalam hidupnya.. Sudah berangkat ke Tanah Suci sejak 8 Jun lalu, dia turut ditemani dua rakan artis iaitu Irma Hasmie dan Heliza AF..
Ujarnya pada pertemuan sebelum berangkat ke Mekah: "Saya akan berada di sana selama 12 hari. Memandangkan tidak pernah ke Mekah sebelum ini, sudah tentu saya sangat teruja untuk menjejakkan kaki ke sana. Boleh dikatakan saya agak berdebar, tetapi gembira apabila peluang untuk menjejakkan kaki ke sana tercapai."
Selain mahu mengambil peluang yang terbuka untuk beribadah, Diana tanpa berselindung memberitahu, dia akan berdoa di hadapan Kaabah agar dapat bertemu dengan seorang lelaki yang baik untuk menjadi suami.
"Kalau boleh saya ingin menjadi seperti Irma yang berdoa di depan Kaabah, dan akhirnya bertemu jodoh di sana. Malah, dia juga ada berpesan supaya berdoa bersungguh-sungguh sekiranya menginginkan setiap perkara yang dihajati," ujarnya.
"Saya akui masih lagi solo dan tidak mempunyai teman lelaki. Tidak dinafikan ada yang cuba mahu mendampingi diri saya, tetapi ia hanya pada peringkat berkawan dan belum sampai tahap yang lebih serius," jelasnya.
Sudah mula ditayangkan pada 7 Jun lalu, filem X: Janda-Jandaku Gangster yang diarahkan Ahmad Rusli Khadri menampilkan beberapa pelakon seperti Pierre Andre, Intan Ladyana, Siti Cubby, Nuremy Ramli, Chloe Nicole dan Liyana Rafiai.
"Sebenarnya, saya kurang gemar untuk membawakan watak sebagai pengkid dan cuba untuk menolaknya. Namun, pengarah dan penerbit melihat saya paling sesuai untuk membawakan watak tersebut," jelasnya.
--------------------------------------------
Kalau korang rasa nak tahu info, boleh la klik entri di bawah ni :
1. Berpeluang menang RM20,000
2. Promosi SenHeng
1. Berpeluang menang RM20,000
2. Promosi SenHeng
assalamualaikum eraz...alhamdullilah ramai artis skg dah bertudung n pi umrah...kita bila lg dpt pi umrah ni kan...:)
ReplyDeletediana amir pkai tudung cara mcm mna pn dia mmg cute sgt2... =)
ReplyDeleteMemg cute laa dia ni. S;moga dpt ketemu jodoh yg baik untuk dia.. Amin
ReplyDeletebaguslah dah terbuka hati dia. semoga dia jumpa bakal suami yang baik dan ibadatnya diterima Allah.
ReplyDeleteFrom,
Nasz
MOHD NASER.COM
semoga berubah jadik lebih baek dan lebih baek , amin ...
ReplyDeletesuka dengan penampilan baru diana..syukur la..tapi kesian filem2 dan drama lakonannya sebelum berhijab masih byk ditayangkan..
ReplyDelete