Wednesday 16 May 2012

TERKINI 16 MEI 2012 : Ibu Baru Lepas Pantang Bermandikan Darah Dan Parah Kerana Ditetak !

TERKINI 16 MEI 2012 : Ibu Baru Lepas Pantang Bermandikan Darah Dan Parah Kerana Ditetak !

Petikan Harian Metro yang menyatakan kes ni berlaku dipercayai berpunca daripada masalah hutang.. So! Jauhilah Hutang! Jom baca sedikit kisah tentang hal ni..


BEGINI...Arufullah menceritakan detik cemas isterinya diserang suspek.

KANGAR: “Selepas ditetak di kepala dan bahu, isteri saya cuba melawan menyebabkan tangannya hampir putus apabila menepis tetakan yang dihalakan ke mukanya,” kata Arufullah Dirladhusdan, 26, menceritakan kejadian isterinya diserang seorang lelaki dengan parang di rumah mereka di Kampung Pida 8, Kodiang, Kedah, kelmarin.

Dalam kejadian jam 11 pagi itu, isteri Arufullah, Hasina Mogul Ahmad, 28, yang baru habis berpantang anak sulung parah di kepala, bahu dan lengan kiri selepas ditetak lebih lima kali oleh penyerangnya dipercayai berpunca daripada masalah hutang. 

Arufullah dan Hasina, kedua-duanya warga Myanmar. Ketika kejadian hanya Hasina berada di rumah bersama bayi lelaki mereka berusia tiga bulan manakala Arufullah bekerja di sawah berhampiran.

Menurut Arufullah, sebaik dimaklumkan kejadian itu, dia bergegas pulang dan mendapati isterinya telentang tidak sedarkan diri dalam keadaan berlumuran darah.

“Ketika cuba membantu isteri, baju saya turut dibasahi darah yang keluar membuak-buak daripada kepalanya yang ditetak dengan parang, malah darah masih mengalir walaupun sudah tiba di hospital,” katanya ketika ditemui di Hospital Tuanku Fauziah (HTF), di sini, semalam. - HARIAN METRO

--------------------------------------------
Kalau korang rasa nak tahu info, boleh la klik entri di bawah ni :

1 comment:

Penulis tidak bertanggungjawab atas apa-apa komen yang ditinggalkan oleh pembaca / pengunjung. Semua komen adalah di bawah tanggungjawab mereka. Sila gunakan bahasa yang sopan. Terima kasih.