Monday, 14 May 2012

TERKINI 14 MEI 2012 : Gara-Gara ALONG, Usahawan Merana Diburu 58 Ceti Haram.. 58 tu.. BAYANGKAN!

TERKINI 14 MEI 2012 : Gara-Gara ALONG, Usahawan Merana Diburu 58 Ceti Haram.. 58 tu.. BAYANGKAN!

Aktiviti pinjaman yang sangat sangat sangat tidak perlu kita buat.. Bak kata orang, lebih baik mencegah daripada mengubati.. Usahawan ni perlu bayar RM 80 K sehari.. Bayangkan duit sebanyak tu kena carik dalam sehari hari.. Fuh!


KUALA LUMPUR: Seorang usahawan hartanah kini pasrah apabila hilang projek bernilai RM11 juta sehingga terpaksa pula menggadaikan harta bernilai lebih RM3 juta gara-gara membuat pinjaman dengan along dan kini masih dikejar 58 along setiap hari bagi menuntut baki pinjaman berserta faedah sebanyak RM3 juta.

Itu pengajaran paling besar yang diterima usahawan berkenaan selepas memperjudikan nasib keluarga dengan meminjam sejumlah besar wang daripada ceti haram.

Lebih malang, lelaki yang memperkenalkan diri sebagai Ghani, 47, itu turut berdepan kerenah melampau kumpulan terbabit yang meminta bayaran harian RM80,000 dengan nilai faedah mencecah 40 peratus sehari.

“Saya mula terjebak dengan along tiga tahun lalu apabila syarikat gagal memperoleh pinjaman bank untuk melaksanakan beberapa projek.

“Jumlah pinjaman ketika itu RM50,000 dan saya tidak pernah gagal melunaskan bayaran bulanan seperti di tetapkan along,” katanya ketika ditemui di Pejabat Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) di sini, semalam.. -HARIAN METRO

2 comments:

  1. Dah bnyak kes pasal ni kan, tapi masih gak ada yg pinjam ngan Ahlong. kesihan keluarga jadi mangsa.. ermmm

    ReplyDelete
  2. mane nak cari duit tu..huu ape jadi nih..

    ReplyDelete

Penulis tidak bertanggungjawab atas apa-apa komen yang ditinggalkan oleh pembaca / pengunjung. Semua komen adalah di bawah tanggungjawab mereka. Sila gunakan bahasa yang sopan. Terima kasih.