Thursday, 24 May 2012

Suami Asah Parang Kerana Syak Isteri Jalin Hubungan Sulit Melalui Laman Sosial

Suami Asah Parang Kerana Syak Isteri Jalin Hubungan Sulit Melalui Laman Sosial

Pada semua yang suka main Facebook, berpada-pada la ya.. Jom baca isu dalam Harian Metro hari ni..

Mungkinkah Facebook?

GOMBAK : Gara-gara sering melayari laman sosial, seorang isteri menerima nasib malang apabila dibelasah suami kerana disyaki menjalinkan hubungan sulit dengan lelaki lain ketika melayari Internet berkenaan di rumah mereka di Selayang, di sini.

Ketika kejadian kira-kira jam 6 pagi kelmarin, mangsa yang berusia 29 tahun baru terjaga daripada tidur sebelum mendapati suaminya berusia 30-an tiada di bilik.

Mangsa mencarinya di ruang tamu dan terkejut apabila mendapati suaminya itu sedang mengasah parang.

Menurut sumber, mangsa yang pelik dengan sikap suaminya itu cuba menegur namun dimarahi dan dihambur kata-kata kesat, malah dituduh berlaku curang.

“Terkejut dengan sikap suaminya, mangsa cuba menenangkan lelaki itu dan memberitahu dia tidak pernah berlaku curang. - HARIAN METRO

--------------------------------------------
Kalau korang rasa nak tahu info, boleh la klik entri di bawah ni :

2 comments:

  1. gile punya suami..sampai nak membunuh sb syak isteri..memg gile....

    ReplyDelete
  2. haha . kalau tak , confirm dah kena sembelih .

    ReplyDelete

Penulis tidak bertanggungjawab atas apa-apa komen yang ditinggalkan oleh pembaca / pengunjung. Semua komen adalah di bawah tanggungjawab mereka. Sila gunakan bahasa yang sopan. Terima kasih.