Seorang Maut, 77 Cedera, Dua Bas Bawa Anggota Umno Terlibat Kemalangan
Pengalaman aku naik bas kali terakhir masa perjalanan dari KL ke KELANTAN.. Perjalanan tu memang tak boleh dilupakan sampai bila-bila.. Tapi nasib baik umur masih panjang.. Bas hampir terlanggar tepat lembu.. Sempat mengelak bas hanya rosak bahagian tepi depan sahaja.. Aku berada di seat depan masa tu.. Fuh!
Apa-apa pun, kite sedekahkan Al-Fatihah kepada mangsa kemalangan ini dan salam takziah untuk keluarga..
SEREMBAN: Seorang wanita warga emas maut, manakala 77 lagi cedera dalam kemalangan membabitkan dua buah bas dan sebuah lori treler di Kilometer 258.8 Lebuh Raya Utara Selatan arah Selatan berhampiran susur keluar ke Port Dickson, di sini awal hari Sabtu.
Roha Dol, 79, anggota wanita Umno Batu Pahat, meninggal dunia semasa menerima rawatan di Hospital Tuanku Ja'afar di sini akibat kecederaan di kepala dan badannya.
Pengarah hospital berkenaan Dr Jaafar Che Mat berkata mangsa disahkan meninggal dunia 5.40 pagi. Kesemua yang cedera pula dirawat sebagai pesakit luar di hospital itu.
Dalam kejadian pukul 2.58 pagi itu, dua bas berkenaan yang membawa anggota Umno, dalam perjalanan ke Melaka dan Batu Pahat, Johor setelah menghadiri sambutan ulang tahun Umno ke-66 di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur malam Jumaat.
Jurucakap polis berkata, siasatan awal mendapati kejadian berlaku apabila bas yang membawa 40 anggota Puteri Umno dari kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Berang, Terengganu yang hendak ke Melaka, terlebih dahulu melanggar belakang sebuah treler ketika tiba di tempat kejadian.
Katanya, sebuah lagi bas yang membawa 44 anggota Umno, sedang dalam perjalanan pulang ke Batu Pahat pula mengekori dari belakang, tetapi gagal mengelak bas di hadapan itu lalu melanggar bahagian belakang bas berkenaan.
Sambil mengesahkan kejadian itu, Pegawai Turus Trafik Negeri ASP Abd Halil Hamzah ketika dihubungi berkata semua mangsa dihantar ke Hospital Tuanku Ja'afar, di sini untuk menerima rawatan.
Seorang mangsa, Mohd Hafizan M. Senin, 30, ketika ditemui berkata sewaktu kejadian dia sedang tidur dan terjaga apabila terdengar bunyi dentuman kuat akibat pelanggaran itu.
Dia yang menaiki bas belakang kemudiannya tercampak ke tengah-tengah bas menyebabkannya mengalami kecederaan ringan.
"Saya berada dalam bas di belakang apabila tersedar saya nampak dua buah bas dengan sebuah lori sudah berlanggar dan saya nampak ada cedera, ada yang teruk juga," katanya.
Seorang lagi mangsa, Raja Sulaiman Busu, 59, berkata, ketika kejadian kebanyakan penumpang sedang tidur sebelum dikejutkan dengan kejadian itu.
"Bagaimanapun saya bersyukur kerana saya tidak mengalami kecederaan," katanya.
Turut hadir melawat mangsa di hospital adalah Anggota Parlimen Parit Sulong Datuk Noraini Ahmad. - BERNAMA
--------------------------------------------
Kalau korang rasa nak tahu info, boleh la klik entri di bawah ni :
1. Sony Internet TV
1. Sony Internet TV
Entri menarik yang perlu korang terjah :
2. Lelaki Kacak
No comments:
Post a Comment
Penulis tidak bertanggungjawab atas apa-apa komen yang ditinggalkan oleh pembaca / pengunjung. Semua komen adalah di bawah tanggungjawab mereka. Sila gunakan bahasa yang sopan. Terima kasih.