Friday, 4 May 2012

Scha Al-Yahya Sah Bergelar Isteri Awal Ashaari Dengan Sekali Lafaz

Pernikahan Awal & Scha (SchaAwal) :  Scha Al-Yahya Sah Bergelar Isteri Awal Ashaari Dengan Sekali Lafaz (04 Mei 2012)


Akhirnya Awal Ashaari dan Scha Al-Yahya selamat diijabkabulkan sekitar 9.20 malam ini di Putrajaya.

Dengan sekali lafaz, Scha & Awal selamat bergelar suami isteri dalam satu majlis ringkas yang dihadiri kira kira 250 orang jemputan yang terdiri daripada kaum keluarga rapat pengantin dan wakil media.

Pengantin perempuan menerima mas kahwin sebanyak RM2,050 manakala jumlah wang hantaran dirahsiakan daripada pengetahuan umum. Scha menghantar 9 dulang hantaran berbalas 7 dulang.

Majlis pernikahan mereka malam ini berlangsung di Hotel Pullman Lakeside, Putrajaya manakala resepsi perkahwinan mereka bakal berlangsung pada 6 Mei ini di Putrajaya International Convention Centre (PICC).

Tahniah! Kita sama-sama doakan mereka berdua kekal bahagia ke akhir hayat.. Amin..


--------------------------------------------
Kalau korang rasa nak tahu info, boleh la klik entri di bawah ni :
1. iPhone 4S
2. DiGi WWWOW Internet For All Awards 2012!


Entri menarik yang perlu korang terjah :

1 comment:

Penulis tidak bertanggungjawab atas apa-apa komen yang ditinggalkan oleh pembaca / pengunjung. Semua komen adalah di bawah tanggungjawab mereka. Sila gunakan bahasa yang sopan. Terima kasih.