Friday 11 May 2012

PENGAKUAN Wanita Rakam Ibu Belasah Bayi, "Saya Tak Subahat.."

PENGAKUAN Wanita Rakam Ibu Belasah Bayi, "Saya Tak Subahat.."

Berikutan kes VIDEO dera bayi, hari ni Metro tampilkan artikel tentang perakam VIDEO.. Aku mmg tak blh nk tgk VIDEO tu.. Kesian giler!

‘Saya rakam untuk dedah’

KUALA LUMPUR: “Saya membuat rakaman semata-mata untuk diserahkan kepada polis kerana saya sudah tidak tahan melihat bayi itu kerap dikasari ibunya. Jadi, jangan kata saya bersubahat (mendera) atau tidak bertimbang rasa.”

Itu penjelasan wanita dikenali sebagai Noor yang merakam adegan seorang bayi perempuan berusia 10 bulan didera ibunya dan rakaman video itu dimuat naik dalam Internet kelmarin, sekali gus menimbulkan kemarahan orang ramai.

Harian Metro semalam menyiarkan berita mengenai adegan rakaman video berkenaan serta kenyataan Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed yang kes itu berlaku Mei tahun lalu dan ia sudah disiasat polis, malah ibu terbabit sudah dijatuhi hukuman penjara 18 bulan.

Noor, 30-an, berkata, dia tidak tahu siapa yang memuat naik rakaman video itu dalam Internet dan sedih apabila sebahagian besar maklum balas pengguna Internet mengenainya menyalahkan dia kerana dianggap bersubahat apabila tidak menyelamatkan bayi itu daripada didera ibunya.

“Itu ikhtiar terakhir saya untuk selamatkan bayi berkenaan. Saya sangat sedih kerana sebelum itu sudah empat kali wanita terbabit yang juga rakan saya memukul bayinya dengan teruk termasuk menghumban ke dinding,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Petaling Jaya. - HARIAN METRO

--------------------------------------------
Kalau korang rasa nak tahu info, boleh la klik entri di bawah ni :
Entri menarik yang perlu korang terjah :

5 comments:

  1. cerita ni da lame gak rupenye

    ReplyDelete
  2. ada sumber mengatakan wanita yg merakam video tu hampir dibelasah ngan teruk semata-mata nk halang wanita kejam tu dera bayi tu.. jd dia terpaksa ambil video aje sbg bukti sbb x dpt guna tenaga dia sndiri utk mnghalang perbuatan kejam tu..

    ReplyDelete
  3. Macam-macamlah sekarang nie...

    ReplyDelete
  4. kesian budak tu . tapi bagus jugak dia rakam . boleh jadi bahan bukti .

    ReplyDelete
  5. huhu..mcm2 lah skrg..ape2 pon mintak2 baby tu slmt

    ReplyDelete

Penulis tidak bertanggungjawab atas apa-apa komen yang ditinggalkan oleh pembaca / pengunjung. Semua komen adalah di bawah tanggungjawab mereka. Sila gunakan bahasa yang sopan. Terima kasih.