Nayati Shamelin Moodliar, Kanak-Kanak Warga Belanda Dibebaskan Setelah Wang Tebusan Dibayar !
Penculik berkenaan sah-sah akan dicari oleh pihak Polis.. Kalau aku jadi budak ni, mesti ade perasaan Fobia.. Apa-apa pun, harap-harap semua dapat berhati-hati jaga diri sendiri dan anak-anak..
Gambar : Remaja lelaki, Nayati Shamelin Moodliar yang diculik ketika pulang dari sekolahnya di Mont Kiara pada 27 April lalu telah ditemui dalam keadaan selamat pada pagi tadi. Gambar terbaru Nayati bersama rakan-rakan sekolahnya dimuatnaik oleh bapanya Sham Moodliar di akaun Twitter milkinya pada tengah hari Khamis.
KUALA LUMPUR: Polis kini memburu penculik Nayati Shamelin Moodliar selepas kanak-kanak warga Belanda itu selamat ditemui di Sungai Buloh pada Khamis, seminggu selepas diculik semasa perjalanan ke sekolahnya di Mont Kiara di sini.
Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Mohmad Salleh berkata sehingga kini belum ada tangkapan dibuat.
"Jika sabit kesalahan (mengikut seksyen 3 Akta Culik) boleh dihukum gantung sampai mati atau dipenjara seumur hidup dan boleh dikenakan sebatan," katanya kepada pemberita di sini, Khamis.
Nayati, 12, ditemui selamat di kawasan rehat dan rawat (R&R) Sungai Buloh, Lebuhraya Utara Selatan (Plus), di sini pada pukul 7.55 pagi ini setelah dilapor hilang Jumaat lepas.
Nayati, yang dilapor dilarikan dua lelaki berhampiran Sekolah Antarabangsa Mont' Kiara ketika berjalan berseorangan ke sekolahnya Jumaat lepas, kini berada di pangkuan ibu bapanya. Mohmad berkata wang tebusan telah dibayar kepada sekumpulan penculik pada tengah hari semalam di Cheras sebelum keluarga Nayati menerima panggilan daripada satu nombor telefon bimbit untuk mengambil anak mereka di Sungai Buloh, hari ini. -BERNAMA
--------------------------------------------
Kalau korang rasa nak tahu info, boleh la klik entri di bawah ni :
Entri menarik yang perlu korang terjah :
2. Lelaki Kacak
No comments:
Post a Comment
Penulis tidak bertanggungjawab atas apa-apa komen yang ditinggalkan oleh pembaca / pengunjung. Semua komen adalah di bawah tanggungjawab mereka. Sila gunakan bahasa yang sopan. Terima kasih.