MAUT Main Air, Budak Perempuan 9 Tahun Meninggal Terkena Renjatan Elektrik
Malang tidak berbau.. Dalam kes camni, nak komen, susah sikit.. Tak tahu mana punca salahnya.. Apa-apa pun, mari sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah kepada kanak-kanak berkenaan dan salam takziah kepada keluarga.. Kita semua yang lain, sentiasa la berwaspada.. Perkara camni, memang diluar kawalan dan diluar dugaan kita..
BERTAKUNG...Md Afizi menunjukkan tempat mangsa ditemui.
PILU...Massari ditenangkan ahli keluarga selepas keluar dari bilik mayat Hospital Melaka, semalam.
MELAKA: “Melihat tubuhnya lembik dengan air liur meleleh, saya mengerah kudrat mengangkatnya keluar dari situ (takungan air) biarpun pada awalnya saya juga tidak bermaya kerana turut disambar renjatan (elektrik) sebelum memangkunya di atas jalan.”
Begitu cerita Massari Muhammad, 35, bapa Mariam Najwa, 9, yang meninggal dunia dipercayai terkena renjatan elektrik ketika bermain dalam takungan air berhampiran tiang elektrik kira-kira 20 meter di depan rumahnya.
Dalam kejadian jam 1 tengah hari semalam di Kampung Gedung Lalang, Bukit Rambai, murid tahun tiga Sekolah Kebangsaan Taman Bukit Rambai berkenaan bersama adiknya, Muiz Asyraf, 3, bermain di tempat air bertakung itu sebelum rebah dipercayai terkena renjatan elektrik.
Massari berkata, dia mengetahui insiden malang menimpa anak perempuan tunggalnya itu selepas dimaklumkan jiran yang melihat anaknya terbaring dalam air.
Katanya, sebelum itu dia berada di dalam rumah didatangi Muiz yang berlari mengadu sakit kaki sebelum menyapu ubat di kakinya. - HARIAN METRO
--------------------------------------------
Kalau korang rasa nak tahu info, boleh la klik entri di bawah ni :
No comments:
Post a Comment
Penulis tidak bertanggungjawab atas apa-apa komen yang ditinggalkan oleh pembaca / pengunjung. Semua komen adalah di bawah tanggungjawab mereka. Sila gunakan bahasa yang sopan. Terima kasih.