Matahari Tegak Di Atas Kaabah Petang Ini, Peluang Semak Arah Kiblat Yang Betul
KUALA LUMPUR: Umat Islam di negara ini berpeluang menyemak arah kiblat yang betul pada jam 5.16 petang hari ini (waktu Malaysia) berikutan fenomena Istiwa' Matahari di atas Ka'abah, iaitu matahari akan berada tegak di atas Kaabah, di Masjidil Haram, Makkah.
Laman Facebook milik Observatori Negara Langkawi (NOL), di bawah Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi, memberikan pautan www.falak-online.net yang menyebut matahari akan berada tepat di atas Kaabah dua kali setahun iaitu pada jam 5.16 petang 28 Mei dan juga jam 5.28 petang 16 Julai.
Di Makkah, Arab Saudi, ia berlaku pada jam 12.16 tengah hari 28 Mei dan jam 12.28 tengah hari pada 16 Julai.
Laman sesawang itu juga memaklumkan cara menyemak arah kiblat iaitu dengan memacak kayu atau pancang di atas tanah yang tidak dilindungi sebarang pokok atau bangunan supaya bayang kayu yang dipacakkan itu dapat dilihat dengan jelas.
"Apabila tepat masanya, pastikan bayang-bayang yang ada jelas dan tidak dilindungi. Kemudian buat garisan bayang-bayang itu ke arah matahari supaya mendapat arah kiblat yang tepat, Insya Allah," menurut laman itu. - Bernama
--------------------------------------------
Kalau korang rasa nak tahu info, boleh la klik entri di bawah ni :
baru jer nampak tadi pasal istiwa kat jadual waktu solat..seyes tak penah tahu..baru la paham..rugi tak sempat buat tadi..
ReplyDeletebaru tau. tak sempat nak buat. ruginya. huu
ReplyDeletejemput join giveaway ni ;) tarikh tutup : 7jun 2012.
http://anakmama89.blogspot.com/2012/05/topup-giveaway-by-noor-fatin.html