2012 : ERA FM Dinobatkan Radio Nombor Satu Tewaskan SINAR FM.. HOT FM di tangga 4 dan SURIA FM ke 5..
Era FM telah menewaskan Sinar FM yang mana telah menduduki tahta No. 1 sebelum ini untuk 2 tahun berturut-turut.. Hot FM berada di tangga ke 4 manakala Suria FM di tangga ke 5..
Kedudukan penuh (7 Stesen Radio Teratas Liputan 1, 2012) :
1. ERA fm
2. SINAR fm
3. THR (Raaga & Gegar)
4. HOT fm
5. SURIA fm
6. MY FM
7. HITZ.fm
KUALA LUMPUR, 2 MEI 2012: Stesen radio popular, ERA fm telah dipilih sebagai radio nombor satu paling didengari di negara ini bersandarkan kuputusan rumusan kajiselidik terbaru Pengukuran Pendengar Radio Nielsen Liputan 1 tahun ini.
Stesen radio yang bernaung di bawah Airtime Management and Programming Sdn Bhd (AMP) itu telah berjaya menarik perhatian seramai 4.8 juta pendengar sepanjang tahun ini, sekali gus mengetepikan beberapa stesen radio berbahasa Melayu yang lain.
Malah kemenangan Era FM itu telah memecahkan tradisi kejayaan yang pernah dimiliki Sinar FM sebelum ini untuk dua tahun berturut-turut atau sepanjang empat musim kaji selidik berkenaan diadakan.
Lebih manis lagi, apabila kejayaan radio Era FM itu turut diraikan dengan kedudukan dua lagi stesen radio di bawah payung AMP iaitu Sinar FM dengan 4.7 juta pendengar dan THR (Raaga & Gegar) seramai 1.73 juta pendengar bagi melayakan mereka berada di tempat kedua dan ketiga dalam senarai teratas.
Ini menjadikan tiga stesen radio AMP iaitu Era FM, Sinar FM dan THR (Raaga & Gegar) berada dalam rangkaian tiga stesen radio berbahasa Melayu paling teratas tahun ini.
Malah menerusi kenyataan yang dikeluarkan daripada pihak AMP sebentar tadi, kejayaan itu melayakan AMP untuk sekali lagi dilabelkan sebagai penyiar radio terulung di negara ini dengan gabungan pendengar seramai 12.9 juta setiap minggu dan peningkatan sebanyak 1.2 juta pendengar berbanding laporan tahun lalu.
Sementara itu, stesen radio berbahasa Inggeris, hitz.fm sekali lagi dipilih di tangga pertama menerusi kategori stesen radio Inggeris selepas berjaya menghiburkan 2 juta pendengarnya sepanjang tahun ini.
Manakala MY FM masih kekal sebagai stesen radio berbahasa Cina paling kuat di negara ini apabila berjaya mengekalkan kejuaraan dengan penambahan 16 peratus berbanding tahun lalu iaitu sebanyak 2.5 juta pendengar.
Diikuti THR Raaga sebagai stesen radio Tamil paling unggul tahun ini dengan penambahan pendengar seramai 26 peratus dengan pengumpulan sebanyak 2.2 juta pendengar.
SUMBER
Kalau korang rasa nak tahu info, boleh la klik entri di bawah ni :
Entri menarik yang perlu korang terjah :
2. Lelaki Kacak
lor....igtkan hotfm nombor 1 :(
ReplyDeleteala kenapa sinar xmenang??hmm~tp xpelah.lagipon sya mmg pendengar setia era dan sinar fm.huhu.both of them sgt best berbanding hot fm.teruskan usaha lagi yee.hehe
ReplyDeletego ERA! dari dulu peminat setia era =)
ReplyDelete