Tuesday, 15 May 2012

Bidaan No. Pendaftaran WWW Dapat Sambutan Hangat, Terima 18,243 Bidaan !

Bidaan No. Pendaftaran WWW Dapat Sambutan Hangat, Terima 18,243 Bidaan !

18,243 ?! Bukan angka yang sikit.. Aku tak termasuk dalam angka ni.. Cukup la dengan WSF ! ;)


PUTRAJAYA: Pembidaan nombor pendaftaran kenderaan siri "WWW" mencatat rekod baru apabila sebanyak 18,243 bidaan diterima sehingga tarikh tutup pada pukul 12 tengah hari semalam, kata Menteri Pengangkutan Datuk Seri Kong Cho Ha hari ini.

Beliau berkata pembidaan itu mencatat hampir empat kali ganda bidaan berbanding rekod tertinggi sebelum ini, iaitu nombor pendaftaran kenderaan siri "WVW" yang mempunyai 4,750 bidaan. 

"Ini memang di luar jangkaan kita. Sehubungan itu, ia akan mengambil masa untuk memproses dan menganalisis bidaan yang diterima. Para pegawai kami sedang bertungkus-lumus. Kita tidak mahu ada bidaan yang tertinggal. Kami harap orang ramai faham. 

"Keputusan (bidaan) dijangka diumumkan pada 24 Mei nanti," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Buku Pelan Strategik Kementerian Pengangkutan 2011-2015 di sini hari ini.

Bidaan bagi nombor pendaftaran siri itu yang dibuka pada 30 April lalu mendapat sambutan luar jangkaan apabila 12,805 bidaan diterima di Pejabat Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Wangsa Maju, JPJ Bandar Seri Permaisuri (2,362), JPJ Maju Juntion (926) dan Pos (2,150).

Pembidaan nombor pendaftaran kenderaan "WWW" dijangka mencatatkan harga paling tinggi dalam sejarah tempahan nombor pendaftaran kenderaan di negara ini. 

Terdapat empat kategori nombor yang boleh ditempah iaitu nombor bernilai utama, nombor menarik, nombor popular dan nombor semasa. - BERNAMA

--------------------------------------------
Kalau korang rasa nak tahu info, boleh la klik entri di bawah ni :

1 comment:

Penulis tidak bertanggungjawab atas apa-apa komen yang ditinggalkan oleh pembaca / pengunjung. Semua komen adalah di bawah tanggungjawab mereka. Sila gunakan bahasa yang sopan. Terima kasih.