Entri ringkas dari aku.. Masa ni dalam fitting room! Sebab dah lenguh sangat aku jalan2 kat Berjaya Megamall Kuantan dua hari lepas, so aku lepak sampai tunggu orang tu try-try baju.. Snap la gambar! Tapi aku, satu ape pun tak beli..
Thursday, 31 May 2012
Tersirat, Penat, Melayang, Fikir, Kerjasama, Hasil?
Tersirat, Penat, Melayang, Fikir, Kerjasama, Hasil?
Pening tak baca tajuk entri ni?
Apa yang aku tulis dibawah, tak de kaitan dengan gambar di atas.. Gambar di atas mempunyai maksud yang tersirat untuk aku..
Giler penat rase badan.. Kaki pun rasa lenguh lagi.. Tapi masa drive, tak rase apa-apa pun.. Seronok ada la.. ;) Mungkin ini saki baki rasa penat aku drive pergi balik ke Kuantan.. Bertolak Selasa pagi ke Kuantan dan balik petang Rabu (semalam).. Then pagi ni, terus masuk kerja.. Malam ni, memang tak boleh nak buat apa-apa dah la.. Rehat je la.. Kerja kat office ni pun, aku rase macam melayang-layan je.. Dah la dapat kes baru arini.. Tengah fikir cara penyelesaian.. Tapi, jika tanpa kerjasama, hasilnya akan mengecewakan.. Errrmmmmmm.. Penatnya nak fikir..
--------------------------------------------
Kalau korang rasa nak tahu info, boleh la klik entri di bawah ni :
MAUT Main Air, Budak Perempuan 9 Tahun Meninggal Terkena Renjatan Elektrik
MAUT Main Air, Budak Perempuan 9 Tahun Meninggal Terkena Renjatan Elektrik
Malang tidak berbau.. Dalam kes camni, nak komen, susah sikit.. Tak tahu mana punca salahnya.. Apa-apa pun, mari sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah kepada kanak-kanak berkenaan dan salam takziah kepada keluarga.. Kita semua yang lain, sentiasa la berwaspada.. Perkara camni, memang diluar kawalan dan diluar dugaan kita..
BERTAKUNG...Md Afizi menunjukkan tempat mangsa ditemui.
PILU...Massari ditenangkan ahli keluarga selepas keluar dari bilik mayat Hospital Melaka, semalam.
MELAKA: “Melihat tubuhnya lembik dengan air liur meleleh, saya mengerah kudrat mengangkatnya keluar dari situ (takungan air) biarpun pada awalnya saya juga tidak bermaya kerana turut disambar renjatan (elektrik) sebelum memangkunya di atas jalan.”
Begitu cerita Massari Muhammad, 35, bapa Mariam Najwa, 9, yang meninggal dunia dipercayai terkena renjatan elektrik ketika bermain dalam takungan air berhampiran tiang elektrik kira-kira 20 meter di depan rumahnya.
Dalam kejadian jam 1 tengah hari semalam di Kampung Gedung Lalang, Bukit Rambai, murid tahun tiga Sekolah Kebangsaan Taman Bukit Rambai berkenaan bersama adiknya, Muiz Asyraf, 3, bermain di tempat air bertakung itu sebelum rebah dipercayai terkena renjatan elektrik.
Massari berkata, dia mengetahui insiden malang menimpa anak perempuan tunggalnya itu selepas dimaklumkan jiran yang melihat anaknya terbaring dalam air.
Katanya, sebelum itu dia berada di dalam rumah didatangi Muiz yang berlari mengadu sakit kaki sebelum menyapu ubat di kakinya. - HARIAN METRO
--------------------------------------------
Kalau korang rasa nak tahu info, boleh la klik entri di bawah ni :
Wednesday, 30 May 2012
MATI Kerana MERAJUK.. Kesiannya.. Jom Selongkar..
MATI KERANA MERAJUK KERANA AYAH TIDAK DAPAT BAWA BALIK KAMPUNG UNTUK JUMPA DATUK SEMPENA CUTI SEKOLAH..
RANAU: Kecewa tidak dapat pulang ke kampung bertemu datuknya sempena cuti sekolah dipercayai punca seorang murid tahun enam nekad menggantung diri menggunakan tali kasut dalam bilik di rumahnya di Kampung Lembah Permai, Kundasang, di sini, kelmarin. Dalam kejadian kira-kira jam 6 petang itu, mangsa dikenali sebagai Md Rabin Ginin, 12, ditemui tergantung oleh kakaknya sejurus memasuki bilik adiknya itu untuk menyiasat selepas adiknya tidak keluar dari situ sehari suntuk.
Difahamkan, sebelum kejadian murid berkenaan meminta bapanya menghantarnya pulang ke Kampung Tompios, dekat sini, untuk bertemu datuknya sempena cuti sekolah.
Bagaimanapun, bapa mangsa yang bekerja sebagai pemandu bas mendakwa terlalu sibuk dan tidak sempat membawa mangsa ke kampung.
Ketika kejadian, ibu mangsa memanggil anaknya beberapa kali, namun tiada jawapan, sebelum mengarahkan anak perempuannya masuk ke bilik mangsa.
Published with Blogger-droid v2.0.4
--------------------------------------------
Kalau korang rasa nak tahu info, boleh la klik entri di bawah ni :
Majlis Konvokesyen POLISAS Ke-33..
Majlis Konvokesyen Majlis Konvokesyen Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah Ke-33..
(30 Mei 2012) Selama dua hari di Kuantan sebab menghadiri majlis konvokesyen POLISAS.. Bukan untuk diri sendiri, tapi meraikan adik ipar.. lepas je konvo ni, terus drive balik sebab esok dah keje.. arghhhh.... Datang Kuantan, tak sempat nak release tension kat mana2 pun..
Just for info, Majlis Konvokesyen Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah ni diadakan di Dewan Jubli Perak Sultan Haji Ahmad Shah, Jalan Teluk Sisek, Kuantan, Pahang..
teringat pada zaman aku konvo pada tahun 2006 dulu di USM ! itulah kali terakhir aku nyanyi lagu Menara Ilmu bersama kawan2.. Moment dan perasaan yang tak akan dilupakan sampai bila2! Masing2 dh ade kerjaya sendiri dan beranak pinak skang..
(Nota : insan2 di dalam gambar di atas, tak de kaitan dengan kami ya.. tak kenal.. :-)
Rase 'panas' sikit sbb smpi saat ni, VIP belum masuk2 lagi! Sah2 akan larik dari jadual ni.. Inilah hakikatnya dunia skang.. Panas panas panas.. sempat ke habis kul 12:30 ni? errrrmmmmmm.. tunggu dan lihat.. Tibe2 aku rase lapar..
Published with Blogger-droid v2.0.4
Tuesday, 29 May 2012
Selebriti Pertama Tersingkir MasterChef Selebriti Malaysia : Mejar Dr. Faiz
Selebriti Pertama Tersingkir MasterChef Selebriti Malaysia : Mejar Dr. Faiz
(29 Mei 2012) Selebriti pertama yang tersingkir dari dapur MasterChef Selebriti Malaysia adalah Mejar Dr. Faiz.. Malam ni aku tak sempat nak tengok MasterChef sebab berada di Kuantan.. Disebabkan itu, nanti aku update info penuh lepas ni.. :-)
Publish Postblished with Blogger-droid v2.0.4
Gabungan Terbaru 3 Suara : Semua Isi Hatimu - Jaclyn Victor, Ning Baizura, Shila Amzah
Gabungan Terbaru 3 Suara : Semua Isi Hatimu Jaclyn Victor, Ning Baizura, Shila Amzah Jadi Lagu Tema Drama : Bunga-Bunga Syurga, TV3 Lakonan Wawa Zainal
Mesti ramai yang sudah alert dengan lagu terbaru gabungan 3 Suara ni.. Jaclyn Victor, Ning Baizura, Shila Amzah.. Sesuatu yang menarik daripada mereka.. Dapat ke lagu Semua Isi Hatimu ni mengatasi kejayaan Beribu Sesalan? Kita tunggu dan lihat. Lagu ni telah menjadi lagu tema untuk drama di TV3, Bunga-Bunga Cinta..
Lirik
Kau katakan padaku
Betapa lelahnya dirimu menghadapi aku
Kau katakan padaku
Ingin kau mengakhiri semua ini
Tak bisakah engkau cuba
Melihat diriku dan semua cintaku
Tak bisakah engkau cuba
Hargai hatiku dan perasaan ku untukmu
Cubalah tuk mengerti aku
Seperti aku yang mengerti semua tentang dirimu
Cubalah tuk merasakanku
Seperti aku yang merasakan semua isi hatimu
Tak bisakah engkau cuba
Melihat diriku dan semua cintaku
Tak bisakah engkau cuba
Hargai hatiku dan perasaanku
Yang hanyalah teruntuk dirimu
Cubalah tuk mengerti aku
Seperti aku yang mengerti semua tentang dirimu
Cubalah tuk merasa aku
Seperti aku yang merasakan semua isi hatimu
Cubalah tu cubalah tuk mengerti aku
Cubalah tuk merasa aku
seperti aku yang merasakan semua isi hatimu
Semua isi hatimu
--------------------------------------------
Kalau korang rasa nak tahu info, boleh la klik entri di bawah ni :
Motivasi Diri Di Pagi Selasa : Positif Diri
Motivasi Diri Di Pagi Selasa :
EVERY BAD SITUATION WILL HAVE SOMETHING POSITIVE.. EVEN A DEAD CLOCKS SHOWS CORRECT TIME TWICE A DAY.. STAY POSITIVE IN LIFE.. GOD KNOWS WHAT IS BEST FOR YOU..
Sentiasa cuba positifkan diri.. InsyaAllah akan lebih tenang..
--------------------------------------------
Kalau korang rasa nak tahu info, boleh la klik entri di bawah ni :
Monday, 28 May 2012
Matahari Tegak Di Atas Kaabah Petang Ini, Peluang Semak Arah Kiblat Yang Betul
Matahari Tegak Di Atas Kaabah Petang Ini, Peluang Semak Arah Kiblat Yang Betul
KUALA LUMPUR: Umat Islam di negara ini berpeluang menyemak arah kiblat yang betul pada jam 5.16 petang hari ini (waktu Malaysia) berikutan fenomena Istiwa' Matahari di atas Ka'abah, iaitu matahari akan berada tegak di atas Kaabah, di Masjidil Haram, Makkah.
Laman Facebook milik Observatori Negara Langkawi (NOL), di bawah Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi, memberikan pautan www.falak-online.net yang menyebut matahari akan berada tepat di atas Kaabah dua kali setahun iaitu pada jam 5.16 petang 28 Mei dan juga jam 5.28 petang 16 Julai.
Di Makkah, Arab Saudi, ia berlaku pada jam 12.16 tengah hari 28 Mei dan jam 12.28 tengah hari pada 16 Julai.
Laman sesawang itu juga memaklumkan cara menyemak arah kiblat iaitu dengan memacak kayu atau pancang di atas tanah yang tidak dilindungi sebarang pokok atau bangunan supaya bayang kayu yang dipacakkan itu dapat dilihat dengan jelas.
"Apabila tepat masanya, pastikan bayang-bayang yang ada jelas dan tidak dilindungi. Kemudian buat garisan bayang-bayang itu ke arah matahari supaya mendapat arah kiblat yang tepat, Insya Allah," menurut laman itu. - Bernama
--------------------------------------------
Kalau korang rasa nak tahu info, boleh la klik entri di bawah ni :
Jom Ping Entri Terbaru di 'Blogger's Group Without Rules' Facebook
Jom Ping Entri Terbaru di 'Blogger's Group Without Rules' Facebook
Mungkin korang dah banyak join Group-Group yang ada di Facebook untuk ping entri terbaru.. So sekarang, E'raz nak memperkenalkan satu group yang mungkin korang belum join lagi.. Lagi ramai join, lagi ramai la orang kenal blog kita..
So! Jom join beramai-ramai.. Link :
atau klik banner di bawah..
--------------------------------------------
Kalau korang rasa nak tahu info, boleh la klik entri di bawah ni :
Gaya Santai Ku
Jika sebelum ini, gambar E'raz dipilih oleh Mak Dara untuk Entri : MEN IN SUIT.. Memang Macho.... Tapi kali ni, Mak Dara anjurkan Segmen khas untuk Gaya Santai.. Dengan penuh sokongan, E'raz mau join Segmen ni.. ;) Ini gambar yang boleh diberi :
Ini salah satu gaya kalau buat aktiviti luar atau bercuti.. Jika tidak, E'raz pilih ber t-shirt atau pakai jaket je.. Gambar ni diambil dalam flight masa nak ke KL..!
Korang dijemput join jugak.. Dah tahu syarat? Baca dibawah ni..
1) Buat satu entry bertajuk GAYA SANTAI KU dan letakkan sekali header Mak Dara..
2) Letakkan gambar anda (solo/ bersama rakan atau keluarga) yang menggayakan ala ala santai dan ceritakan serba sedikit gaya yang anda kenakan dan ke destinasi mana anda pegi dengan gaya seperti itu contoh seperti ke pantai ke, balik kampung ke, pergi shopping ke, keluar lepak bersama kawan kawan ke..
Jika anda tak kemana mana dan hanya duduk bersantai di rumah bersama dengan keluarga dan hanya pakai kain batik atau kain pelikat pun no hal hantorkan aje hehehe.. Tak kisah le asalkan semuanya bertemakan SANTAI...
3) Siap hantarkan di url link ke sini..
BERMINAT? Boleh klik sini untuk join..
Tarikh tutup pada 28hb Mei 2012 ini. Mak Dara akan masukkan gambar gambar kita semua di dalam sebuah entri istimewa nanti..
--------------------------------------------
Kalau korang rasa nak tahu info, boleh la klik entri di bawah ni :
WARDINA Terima Panggilan Lucah Daripada Lelaki, Dipercayai Lelaki Tempatan Beragama Islam
WARDINA Terima Panggilan Lucah Daripada Lelaki, Dipercayai Lelaki Tempatan Beragama Islam
Kisah terbaru tentang Wardina.. Jika sebelum ini, rumah beliau dimasuki perompak, kali ini panggilan LUCAH pula... Jom baca berita tentang ini..
KUALA LUMPUR: “Saya rasa nak cari dia, kalau boleh nak kenal dan tahu dia anak siapa,” kata Wardina Saffiyah Fadlullah Wilmot, 32, mengulas mengenai panggilan berunsur lucah dan mengaibkan yang diterimanya daripada seorang lelaki tidak dikenali, pagi semalam.
Personaliti televisyen itu yang masih trauma dengan panggilan berunsur lucah itu mendakwa terkilan dengan sikap lelaki terbabit yang dipercayai dilakukan seorang lelaki tempatan dan beragama Islam.
“Saya ada anak. Saya pernah rasa melahirkan anak dan pasti sangat sedih apabila anak sudah besar jadi seperti itu (melakukan gangguan seksual).
“Malah, saya simpati dengan dia kerana bersikap sedemikian. Saya pasti dia seorang Muslim, kenapa perlu melakukan perbuatan mengaibkan dan sukar untuk saya luahkan,” katanya ketika dihubungi Harian Metro, semalam.
Menceritakan bagaimana kejadian itu berlaku, Wardina memberitahu beliau menerima dua panggilan daripada nombor sama ketika dia berada di rumahnya di Taman Bukit Utama, Bukit Antarabangsa, di sini.
--------------------------------------------
Kalau korang rasa nak tahu info, boleh la klik entri di bawah ni :
Sunday, 27 May 2012
MENTOR 6 ; SEPARUH AKHIR MINGGU 1 - Caroline (Protege Ella) Mendahului Tanpa Markah Juri Tetap
(27 MEI 2012) MENTOR 6 ; SEPARUH AKHIR MINGGU 1 - Caroline (Protege Ella) Mendahului Tanpa Markah Juri Tetap
Persembahan malam ni adalah persembahan solo dan duet bersama dengan Mentor masing-masing.. Markah yang diumumkan tanpa markah juri tetap yang dirahsiakan.. Hanya markah Juri Awam dan SMS je yang diumumkan.. Anas memulakan persembahan, diikuti Tisha, Zatul dan Caroline.. Nampaknya, tanpa markah dari juri tetap, Caroline mendahului dengan 28 markah.. Anas dan Zatul dengan 27 markah manakala Tisha paling rendah dengan 18..
Published with Blogger-droid v2.0.4
Kalau korang rasa nak tahu info, boleh la klik entri di bawah ni :
Drama 'Kau Untukku', Lakonan Remy Ishak, Dira Abu Zahar
Sinopsis Drama 'Kau Untukku', Lakonan Remy Ishak, Dira Abu Zahar (Astro)
Pelakon Utama : Remy Ishak, Dira Abu Zahar.. Dibantu : Johan Asari, Lana Nordin, Norman Hakim, Sheera Iskandar, Nadia Mustafa
Pengarah : James Lee
Adaptasi Novel : Kau Untukku
SINOPSIS : Kali pertama Ahmad Fuad bertemu dengan Nurul Umairah, Ahmad Fuad telah jatuh pandang pertama walaupun berstatus kekasih kepada Ellina.. Nasib Nurul Umairah kurang baik apabila tunangnya, Jefri telah meninggal dunia dan mengakibatkan Nurul Umairah seakan-akan hilang separuh nyawa.. Selepas itu, Nurul Umairah tidak bersedia lagi menerima cinta baru kerana dia memikirkan bahawa sesiapa yang berkahwin dengannya akan meninggal secara mengejut juga.. Tetapi akhirnya, selepas beberapa ketika bersama Ahmad Fuad di pejabat dan luar pejabat, hati Nurul Umairah terbuka hati untuk Ahmad Fuad.. Selepas itu, Nurul Umairah dapati ada seorang wanita bernama Ellina sedang menunggu Ahmad Fuad kembali kepada dia..
Nurul Umairah pergi dan menganggap Ahmad Fuad hanya ingin memainkan hati dia untuk kembali kepada Ellina.. Oleh sebab itu, Nurul Umairah menghilang! Akhirnya, takdir membawa mereka berjumpa semula dan Ahmad Fuad berpeluang untuk menerangkan segalanya bahawa Ahmad Fuad betul-betulkan cintakan Nurul Umairah..
SINOPSIS ni ada aku skip sesetengah jalan cerita.. Untuk cerita penuh, korang kena la tengok! Sekarang drama ni ditayangkan di Astro Box Office, Channel 952..
--------------------------------------------
Kalau korang rasa nak tahu info, boleh la klik entri di bawah ni :
Saturday, 26 May 2012
Keputusan LIGA SUPER MALAYSIA 2012 : Kelantan Lawan Johor FC (Seri Tanpa Jaringan)
26 MEI 2012 - Keputusan LIGA SUPER MALAYSIA 2012 : Kelantan Lawan Johor FC (Seri Tanpa Jaringan)
Lepas penat sepenat penatnya kerja hari ni sampaikan sampai umah pukul 7 tadi, aku terlelap di sofa depan tv.. Then isteri kejut untuk Solat Maghrib.. Malam ni lepas makan, bersantai tengok bola di channel Astro Arena untuk Liga Super Malaysia 2012.. Semestinya kalau time ada bola melibatkan Kelantan, semua kedai makan yang tayang live bola, sah2 penuh! Untung niaga.. :-) So! Lastnya, Keputusan nya ialah : 0, 0.. Seri tanpa jaringan.. Perlawanan bola malam ni berlangsung di Stadium Majlis Perbandaran Pasir Gudang, Johor..
Secara keseluruhannya, permainan macam hambar sikit.. Tapi cubaan tepat ke arah gol lebih kepada Kelantan.. Rasanya dalam 2 cubaan tepat.. Tapi diaorg yang main, kita tengok je.. So ok la tu daripada kalah kan.. Haha.. Padang permainan malam ni memang merosakan permandangan mata la.. Terutama di kawasan gol.. Biasa la kalau padang dah basah kan.. Nak ulasan penuh, kita baca akhbar esok.. InsyaAllah.. Drama di TV3 sekarang, PELUANG KEDUA nampak cam lawak.. Jom layan sekejap!
--------------------------------------------
Kalau korang rasa nak tahu info, boleh la klik entri di bawah ni :
Published with Blogger-droid v2.0.4
Final Super Spontan : Juara Antara Zizan, Tauke, Suhaimi, Johan, Rahim, Ropie Ditentukan 01 Jun 2012
Final Super Spontan : Juara Antara Zizan, Tauke, Suhaimi, Johan, Rahim, Ropie Ditentukan 01 Jun 2012
Selepas Nana tersingkir semalam (Minggu Separuh Akhir - Minggu 9), melangkahlah Zizan, Tauke, Suhaimi, Johan, Rahim dan Ropie yang akan ke Final Super Spontan pada 01 Jun 2012 ni.. Siaran Langsung tu akan berlangsung pada pukul 10.30 malam ni Astro Warna, 132 dan Astro Mustika HD, 134.. Mereka tidak lagi akan bertanding mengikut kumpulan tetapi bertanding secara individu.. Undian perlu dibuat secara individu..
Seperti yang dilaporkan semalam, Zizan hampir tercedera semasa game atau sketsa yang ke-3 bersama Suhaimi.. Masa tu game Ciptaan : "Dua orang wakil dari setiap kumpulan akan diberikan sejenis peralatan dan mereka harus menggunakan kreativiti mereka untuk mempelbagaikan fungsi peralatan itu".. Tapi alhmadulillah semua OK..
Bagi aku, sketsa yang paling best semalam ialah Sketsa yang ke-4 iaitu Alih Suara "Tiga pemain dari setiap pasukan akan diberikan satu sedutan filem dan mereka harus menggunakan kreativiti mereka untuk mengalih suara adegan berkenaan kepada versi mereka tersendiri".. Gabungan kumpulan Angsa Ganas iaitu Zizan, Tauke dan Suhaimi, memang best!
--------------------------------------------
Kalau korang rasa nak tahu info, boleh la klik entri di bawah ni :
Motivasi Diri Di Pagi Sabtu
Motivasi Diri Di Pagi Sabtu :
Whenever You Feel Down And Discouraged, Just Tell Yourself That Things Will Get Better.. Keep Believing In Yourself!
Cuba positif dan Yakin Pada Diri Sendiri..
--------------------------------------------
Kalau korang rasa nak tahu info, boleh la klik entri di bawah ni :
Friday, 25 May 2012
SUPER SPONTAN Minggu 9 (Separuh Akhir) : Nana Jadi Artis Terakhir Yang Tersingkir, Minggu Depan Final!
(25 Mei 2012) SUPER SPONTAN Minggu 9 (Separuh Akhir) : Nana Jadi Artis Terakhir Yang Tersingkir Dari Angsa Ganas, Minggu Depan Final Super Spontan!
Akhirnya terjawab sudah yang Zizan, Tauke, Suhaimi, Johan, Rahim dan Ropi yang akan ke Final Super Spontan yang akan berlangsung pada minggu depan, 1 Jun 2012 pada jam 10.30 malam di Saluran Astro Warna, 132 dan Saluran Mustika HD, 134.. Jam 10.00 mlm tu terlebih dulu program tentang Ramalan Final Super Spontan..
Berbezanya Final Super Spontan ialah Kumpulan Angsa dan Beruang Comel telah dibubarkan dan mereka ber Enam akan bersaing sesama sendiri untuk merebut juara.. Salah satu hadiah rasanya wang RM 100K.. So mungkinkah Zizan? Tauke? Suhaimi? Johan? Rahim? Atau Ropi?
Review Super Spontan Separuh Akhir.. Nasib Nana kurang baik lepas Angsa Ganas kalah minggu ni, dan mereka terpaksa menyingkirkan salah seorang daripada mereka.. So! Mereka telah memilih Nana.. Keputusan tu boleh di agak.. Mana tahu lepas ni muka Nana akan muncul di filem-filem Afdlin Sauki kan.. So tunggu dan lihat..
Zizan hampir tercedera di muka semasa bermain game ke-3 tak silap aku bersama Suhaimi.. Tapi nasib baik semua ok..
--------------------------------------------
Kalau korang rasa nak tahu info, boleh la klik entri di bawah ni :
Seawal SUPER SPONTAN Minggu 9 (Separuh Akhir) : Bell Ngasri Tersingkir
(25 Mei 2012) SUPER SPONTAN Minggu 9 (Separuh Akhir) : Bell Ngasri Tersingkir
Permulaan Minggu Ke-9 atau Separuh Akhir ni mengumumkan Bell Ngasri tersingkir kerana kumpulan Beruang Comel kalah minggu lepas.. Minggu depan dah Final untuk Super Spontan.. Tinggal seorang lagi yang akan tersingkir sebelum semuanya ke Final.. Setakat ini nampaknya Beruang Comel jauh meninggalkan Angsa Ganas dalam undian terkini.. Layaaannnn dulu..
--------------------------------------------
Kalau korang rasa nak tahu info, boleh la klik entri di bawah ni :
(4 GAMBAR TERKINI) Aishwarya Rai, Sedikit Berbeza Dari Sebelum ini
(4 GAMBAR TERKINI) Aishwarya Rai, Sedikit Berbeza Dari Sebelum ini
Korang mesti penah baca entri ni kan, Benarkah Ini GAMBAR Terbaru Aishwarya Rai Selepas Bersalin.. Aishwarya Sudah Berubah Saiz Ke? So sekarang, E'raz nak update gambar terbaru Aishwarya Rai.. Gambar dan info ini, E'raz dapat daripada blog OhBulan! So ini ada 4 keping gambar yang dikatakan oleh OhBulan! diambil pada minggu ini di Festival Filem Cannes 2012.. Jom tengok..
Perkongsian ini adalah untuk semua peminat Aishwarya Rai dan yang ingin mendapatkan tentang dia..
--------------------------------------------
Kalau korang rasa nak tahu info, boleh la klik entri di bawah ni :
OST Seindah Sakura Akasia TV3 : Buatku Di Sana & Harapan
Lagu OST Seindah Sakura Akasia TV3 : Buatku Di Sana (Penyanyi : Mafa duet bersama Ronnie One In Million) & Harapan (Penyanyi : Hyper Act)
Lepas tengok beberapa episod drama 'Seindah Sakura' ni (lepas Fasha Sandha keluar), aku tertarik dengan lagu-lagu dalam drama ni.. So, aku kumpulkan dua lagu best ni untuk share ngan korang yang mencari-cari.. Untuk info, Mafa ialah peserta 'Vokal Bukan Sekadar Rupa'..
OST Seindah Sakura Akasia TV3 - Buatku Di Sana (Mafa duet bersama Ronnie One In Million)
OST Seindah Sakura Akasia TV3 - Harapan (Hyper Act)
Kalau korang rasa nak tahu info, boleh la klik entri di bawah ni :
Kesedaran SIVIK : Boleh Tak Bayangkan Macamana Kereta Nak Masuk Parking Kat Situ?
Kesedaran SIVIK : Boleh Tak Bayangkan Macamana Kereta Nak Masuk Parking Kat Situ?
Tak tahu la maca mana pemilik Motosikal ni berfikir.. Dah tahu itu tempat parking kereta staf, boleh lagi dia letakkan moto kat tengah-tengah tu.. Pemilik motor yang ber'helmet' merah tu, boleh dimaafkan lagi sebab letak betul-betul di tepi sana.. Yang menjadi masalahnya, yang sebelah dia tu.. Tak boleh ke dia bayangkan sekejap macam mana pemilik parking kereta tu nak masuk?? Adoi.. Kepada yang membaca entri ni, jangan la korang buat camni.. Sah-sah akan menyusahkan orang.. Sekian, terima kasih..
--------------------------------------------
Kalau korang rasa nak tahu info, boleh la klik entri di bawah ni :
Info : 10 Cara Membahagiakan Isteri (Bahagian 1)
10 Cara Membahagiakan Isteri (Bahagian 1)
Rasulullah SAW bersabda :
“Yang terbaik di antara kalian adalah yang paling baik (perlakuannya) terhadap isteri-isterinya dan aku adalah yang terbaik di antara kalian terhadap isteri-isteriku.”
Rasullullah SAW juga bersabda :
“Tidak ada yang memuliakan wanita dengan sejati kecuali laki-laki yang pemurah (dermawan) dan tak seorangpun yang menghina mereka (wanita) kecuali laki-laki yang kasar.”
1. Hendaklah anda selalu memperlihatkanlah wajah yang menyenangkan ketika masuk ke rumah, ucapkan salam Islam “assalaamu’alaikum” dengan senyuman yang manis, raih tangannya dan peluklah isteri anda dengan mesra.
2. Ketika berbicara, ucaplah kalimat yang manis serta memikat isteri anda. Usahakan isteri anda merasa benar-benar diperhatikan dan menjadikannya wanita paling istimewa untuk anda. Untaian kalimat yang disampaikan kepadanya hendaklah jelas (ulangi jika perlu) dan panggillah isteri anda dengan sebutan yang dia sukai seperti ; manisku, sayangku, cintaku dan lain sebagainya.
3. Meskipun anda mempunyai beban kerja yang banyak, luangkanlah waktu untuk beramah mesra dan bersenda gurau dengan isteri anda. Hal ini juga dilakukan oleh Rasulullah SAW di mana beliau juga beramah mesra dan menghabiskan waktu bersama para isteri beliau, meskipun pada saat itu beliau juga penuh dengan pekerjaan serta beban tanggung jawab yang sangat besar.
4. Mainkanlah suatu permainan ataupun selingan yang menggembirakan bersama isteri anda. Hal ini dinyatakan dalam suatu hadith bahawa Rasullah SAW bersabda :
“Semua hal yang di dalamnya tidak menyebut nama Allah SWT, adalah suatu yang sia-sia, kecuali dalam empat hal : seorang laki-laki yang sedang bermain dengan isterinya, melatih kuda, memanah di antara dua sasaran, serta mengajarkan berenang.”
5. Membantu pekerjaan sehari-hari rumahtangga. Usahakan membantu dan menolong isteri anda dengan tugas-tugas seharian rumahtangga anda, seperti membeli makanan, menyiapkan makanan, membersihkan serta mengatur rumah, dan lain sebagainya. Hal-hal seperti ini akan membawa kebahagiaan tersendiri pada diri isteri anda dan tentu saja akan semakin memperkuat cinta dan hubungan anda bersama sang Isteri.
6. Usahakan musyawarah selalu menghiasi rumahtangga anda. Bermusyawarahlah dengan isteri anda, dalam setiap permasalahan. Pendapat yang disampaikan Ummu Salamah kepada Rasulullah SAW pada saat perjanjian Hudaibiyyah adalah suatu kejadian yang sangat terkenal. Hal ini merupakan cara yang dicontohkan oleh Rasulullah SAW untuk bermusyawarah dengan para isteri dan para sahabat beliau.
7. Ketika Isteri anda sedang berkunjung ke tempat saudaranya, teman-temannya, serta orang-orang saleh, maka temanilah isteri anda.
8. Tatacara melakukan perjalanan dan meninggalkan isteri di rumah. Jika anda tidak boleh membawa serta isteri anda dalam perjalanan, maka ucapkanlah selamat tinggal dengan penuh rasa sayang, bekalkan isteri anda dengan persediaan keperluan sehari-hari dan wang secukupnya, mintalah isteri anda untuk mendo’akan anda, sentiasalah untuk menghubungi isteri anda. Jangan lupa untuk meminta pertolongan kepada orang yang anda percayai untuk menjaga keluarga anda selama anda tiada. Singkatkan perjalanan anda jika dirasa sudah tidak penting lagi dan pulanglah dengan membawa hadiah. Hindari untuk pulang pada malam hari atau pada saat-saat yang tidak diharapkan.
9. Pengurusan kewangan. Tumbuhkanlah sikap dermawan pada diri anda (tidak kedekut) dalam urusan pengeluaran rumah tangga anda sesuai dengan kemampuan kewangan anda. Pengurusan kewangan yang baik (tidak boros ) sangat berguna untuk memelihara kestabilan perkahwinan anda.
10. Buatlah diri anda agar selalu berbau harum dan perindahkan penampilan anda. Allah SWT itu indah dan Dia menyukai keindahan. Maka selalu bersihlah anda, rapi, dan pakailahminyakwangi. Ibnu Abbas r.a. berkata :
“Saya menyukai keindahan diri saya sendiri untuk isteri saya, seperti halnya saya menyukai keindahan isteri saya untuk saya.”
--------------------------------------------
Kalau korang rasa nak tahu info, boleh la klik entri di bawah ni :
Thursday, 24 May 2012
MalTechPro Sdn Bhd Memperkenalkan Tablet '1Malaysia Pad' Dan Kini Di Pasaran
Tablet Pertam Buatan Malaysia, '1Malaysia Pad' Kini Di Pasaran
Jom ramai-ramai baca tentang 1Malaysia Pad ni.. Adakah akan menarik perhatian korang? ;)
PUTRAJAYA: MalTechPro Sdn Bhd hari ini memperkenalkan tablet pertama buatan Malaysia dikenali '1Malaysia Pad' yang dilengkapi aplikasi terkini dan skrin sesentuh.
Mensasarkan jualan awal sebanyak 5,000 unit dengan harga pengenalan RM999, tablet selebar 7 inci itu juga dilengkapi dengan kemudahan 1Malaysia Messenger.
Pengerusi Eksekutifnya Datuk Sohaimi Shahadan berkata menerusi kemudahan itu, pemilik tablet yang sama boleh berhubung secara percuma dengan pesanan ringkas, menghantar gambar, rakaman video dan rakaman suara.
"Tablet itu dicipta degan pelbagai aplikasi tambahan yang mesra pengguna dan bercirikan identiti Malaysia di samping aplikasi sama yang terdapat pada tablet jenama lain," katanya kepada pemberita selepas majlis prapelancaran di sini.
Majlis itu disempurnakan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Sohaimi berkata tablet yang menggunakan sistem Android itu juga dilengkapi dengan sambungan jalur lebar tanpa wayar dan 3G.
"Syarikat kami juga bersedia untuk mengubah suai aplikasi itu mengikut kehendak pengguna yang ingin membeli dengan jumlah besar untuk kegunaan jabatan atau agensi masing-masing," katanya.
Selain itu katanya, pelajar institusi pengajian tinggi yang mempunyai kad diskaun siswa boleh membeli tablet tersebut dengan diskaun istimewa.
Mereka yang berminat boleh menempah secara dalam talian di laman web www.maltechpro.com atau mengunjungi ejen jualan yang terdapat di seluruh negara. - BERNAMA
--------------------------------------------
Kalau korang rasa nak tahu info, boleh la klik entri di bawah ni :
There Will Always Be Someone Who Cares For You Even Without You Noticing..
There Will Always Be Someone Who Cares For You Even Without You Noticing..
--------------------------------------------
Kalau korang rasa nak tahu info, boleh la klik entri di bawah ni :
SEGMEN NASZ : BLOGLIST NASZ JUN 2012
Jom join SEGMEN NASZ : BLOGLIST NASZ JUN 2012.. Klik banner untuk info..
--------------------------------------------
Kalau korang rasa nak tahu info, boleh la klik entri di bawah ni :
Sudirman : Dalam Kenangan.. Info Konsert Kenangan Sudirman dan Filem Hoore Hoore..
Lagenda seni tanahair, Allahyarham Sudirman adalah di antara bintang kelahiran Malaysia yang telah menempa nama di dalam dunia hiburan tempatan dan antarabangsa serta terukir kekal di hati ribuan peminatnya sehingga hari ini.
Sempena kempen AKUASUDIRMAN, Astro dengan bangganya ingin meraikan nostalgia ini dengan lagu dan program-program menarik termasuk filem Hoore Hoore yang menampilkan seleksi karya muzik beliau yang tiada tandingan.
Sertai kami di dalam Konsert Kenangan Sudirman bertempat di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur Cheras pada pukul 9.00mlm pada 3 Jun 2012. Untuk info, korang boleh klik SINI..
--------------------------------------------
Kalau korang rasa nak tahu info, boleh la klik entri di bawah ni :
Magik No. 3 Boleh Bawa Kita Ke London? Wow! Jom Siasat..
Untuk lebih jelas, korang boleh klik gambar untuk ke Laman Web asal..
Untuk lebih jelas, korang boleh klik gambar untuk ke Laman Web asal..
“Multiple transactions” atau "Lebih daripada satu transaksi" adalah kata kunci kepada bakal mendapat kemenangan besar dalam Peraduan 'Awesome 3' yang telah dianjurkan oleh RHB! Hanya dengan melakukan favourite transaksi macam Bayar Bil, Top-Up, Transfer Duit sebanyak 3 kali berturut-turut dengan minimum RM 50, korang semua layak untuk join contest ni..
3 pelanggan bakal memenangi Samsung Galaxy Note setiap satu - setiap minggu! Dan paling bertuah, seharusnya dapat ke LONDON.. Untuk maklumat lanjut, korang boleh klik SINI..
--------------------------------------------
Kalau korang rasa nak tahu info, boleh la klik entri di bawah ni :
Suami Asah Parang Kerana Syak Isteri Jalin Hubungan Sulit Melalui Laman Sosial
Suami Asah Parang Kerana Syak Isteri Jalin Hubungan Sulit Melalui Laman Sosial
Pada semua yang suka main Facebook, berpada-pada la ya.. Jom baca isu dalam Harian Metro hari ni..
Mungkinkah Facebook?
GOMBAK : Gara-gara sering melayari laman sosial, seorang isteri menerima nasib malang apabila dibelasah suami kerana disyaki menjalinkan hubungan sulit dengan lelaki lain ketika melayari Internet berkenaan di rumah mereka di Selayang, di sini.
Ketika kejadian kira-kira jam 6 pagi kelmarin, mangsa yang berusia 29 tahun baru terjaga daripada tidur sebelum mendapati suaminya berusia 30-an tiada di bilik.
Mangsa mencarinya di ruang tamu dan terkejut apabila mendapati suaminya itu sedang mengasah parang.
Menurut sumber, mangsa yang pelik dengan sikap suaminya itu cuba menegur namun dimarahi dan dihambur kata-kata kesat, malah dituduh berlaku curang.
“Terkejut dengan sikap suaminya, mangsa cuba menenangkan lelaki itu dan memberitahu dia tidak pernah berlaku curang. - HARIAN METRO
--------------------------------------------
Kalau korang rasa nak tahu info, boleh la klik entri di bawah ni :1. HONDA HYBRID
DiGi WWWOW Awards 2012 - Sponsor Kempen Mialiana.com : TCS Global Resources
DiGi WWWOW Awards 2012 - Sponsor Kempen Mialiana.com : TCS Global Resources
Saya dengan sukarelanya telah menyertai atau dengan kata lain menjadi salah seorang peserta untuk Kempen Mialiana.com bagi merebut gelaran Nuffnang Blogger Of The Year bagi DiGi WWWOW Awards 2012.. Entri khas hari ni adalah untuk memperkenalkan sponsor yang telah sukarela menaja kempen ini..
Alhamdulillah, sehingga undian tamat tempoh hari, Mialiana.com berada di tangga ke-dua.. Keputusan rasminya nanti, kita tunggu saat kemuncaknya..
TCS Global Resources
Ini merupakan sponsor yang kedua.. Alhamdulillah, bertambahlah koleksi Pendrive.. Pendrive Kingston 4GB ini ditaja oleh TCS Global Resources.. Terima kasih! Terima kasih tidak terhingga diucapkan kepada Encik Ansel daripada TCS Global Resources yang sudi menjadi sponsor bagi cenderahati peserta kempen lelaki..
Sesiapa yang berminat, boleh hubungi Ansel di :
TCS Global Resources
19, Jalan Pembangunan
Taman Desa Rahmat
81200 Johor Bahru, Johor
Tel : 012-7363934 / 016-2104906
Faks : 07-2352027
Email : tcsglobal@yahoo.com