Thursday, 3 May 2012

05/03/2012 : Foto Pra Perkahwinan Schawal, 'Best Man Win' dan Scha Bayangkan Peluang Lakonan Selepas Kahwin

Foto Pra Perkahwinan Schawal, 'Best Man Win'.. Schawal akan membina masjid esok!







Pasangan selebriti yang bakal berumahtangga tidak lama lagi, Awal Ashaari dan Scha Al Yahya yang kini dikenali sebagai Schawal telah menyiarkan foto pra perkahwinan seperti poster filem.

Difahamkan sesi fotografi tersebut telah dihasilkan oleh juru gambar profesional bernama Saiful Nang.

Menurut laporan yang disiarkan di sebuah blog tempatan, Saiful memberitahu sesi fotografi itu telah diadakan baru-baru ini dengan bertemakan Best Man Win.

Pemilihan tema ini dibuat untuk melambangkan kesungguhan Awal dalam usaha murninya memenangi hati Scha yang mana Awal telah melamar Scha secara langsung dalam program Propaganza di Astro Ria (saluran 104).

Hero filem Syurga Cinta ini telah mengenakan persalinan berkonsepkan pahlawan perang atau pun tentera. Manakala, heroin filem Libas kelihatan sangat cantik dengan persalinan yang menampilkan ciri-ciri sebagai gadis idaman Malaya.

Lokasi stesen keretapi telah diabadikan dalam foto ini sebagai simbolik pertemuan Schawal dari dua arah yang berlainan arus.

Scha Bimbang Tak Laku Selepas Jadi Isteri


Pelakon Scha Al-Yahya, mengakui berasa risau sekiranya dia semakin kurang menerima tawaran berlakon selepas bergelar isteri kepada pengacara Awal Ashaari, 31, pada Mei ini.

Scha berkata, perasaan itu mula wujud ketika dia sibuk membuat persiapan perkahwinannya namun percaya bahawa rezeki itu akan berada di mana-mana sekiranya seseorang itu berusaha.

"Saya pernah juga terfikir, adakah saya masih diterima oleh para penerbit dan peminat-peminat selepas berkahwin nanti atau mungkin dah tak laku?

"Tetapi saya percaya rezeki itu akan sentiasa ada sekiranya bakat dan kualiti kerja kita seiring," katanya.

Tambah pelakon filem Aku Bukan Tomboy ini, hal tersebut tidak menjadi satu masalah untuknya apabila bergelar isteri nanti selepas melihat rakan-rakan seangkatannya yang masih lagi menerima tawaran berlakon.

Scha dan Awal atau Ahmad Awaluddin Ashaari akan melangsungkan pernikahan mereka pada 4 Mei depan di Hotel Pullman, Putrajaya.

Majlis resepsi kedua-dua mempelai pula akan diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya pada 6 Mei 2012.

Ditanya adakah Scha atau nama sebenarnya Sharifah Norazean Syed Mahadzir sudah merasai 'debaran pengantin', dia masih belum merasai perasaan itu.

"Setakat ini, saya belum merasai debarannya lagi walaupun ramai yang berkata perasaan itu akan muncul buat mana-mana wanita apabila masa untuk menjadi suami isteri itu semakin dekat.

"Bagaimanapun, harap-harap saya tenang melalui peristiwa bersejarah itu," ujarnya.

Sementara itu Scha dan Awal turut berkongsi tip dan kesibukan menguruskan persiapan perkahwinan mereka menerusi program Seia Sekata yang disiarkan selama setengah jam pada setiap hari Jumaat, pukul 9.30 malam bermula 13 April lalu menerusi saluran Astro Ria.

Program selama enam episod itu memaparkan detik manis beliau bersama bakal isteri melakukan persiapan sehingga pada hari pernikahan.


--------------------------------------------
Kalau korang rasa nak tahu info, boleh la klik entri di bawah ni :
Entri menarik yang perlu korang terjah :

1 comment:

  1. bila kahwin, rezeki lagi bertambah...
    tak caya?
    jom tengok blog saya

    ReplyDelete

Penulis tidak bertanggungjawab atas apa-apa komen yang ditinggalkan oleh pembaca / pengunjung. Semua komen adalah di bawah tanggungjawab mereka. Sila gunakan bahasa yang sopan. Terima kasih.